Seperti biasa Jemaah akan solat subuh di Masjid Nabawi, hari ini merupakan hari terakhir kami di Madinah. Terlalu sayu rasanya untuk berpisah dengan Rasulullah S.A.W.
9.00 pagi: Semua Jemaah diminta letakkan beg di lobi hotel (bagi memudahkan urusan petugas hotel memyusun beg-beg Jemaah dalam bas mengikut kumpulan yang ditetapkan).
10.00 pagi: Ke Masjid Nabawi, mendapat ruang untuk solat sunat di Raudhah agak lama juga (polis yang bertugas telah memberi ruang kepada aku pagi ini). Hari ini aku agak beruntung kerana dapat solat zuhur di belakang imam saf yang ketiga (dapatlah lihat muka imam). dan laksanakan ziarah wida sebelum solat zuhur. Selepas solat balik hotel...makam tengah hari. Bersiap berpakaian ihram.
Tempat imam mengimamkan solat |
3.30 petang: Bertolak ke Mekah (agak lewat kerana urusan memunggah beg-beg Jemaah tergendala disebabkan kesesakan trafik).
Miqat di Masjid Bir Ali (umrah pertama).
Pokok pisang yang terdapat perkarangan Taman Mini Masjid Bir Ali, Madinah |
Masjid Bir Ali |
Dalam perjalanan singgah di Wadi Kudek untuk makan malam Nasi Mandy, satu dulang lima orang yang ditaja oleh pihak Andalusia dan solat Maghrib jamak Isyak. teruskan perjalanan (terlupa nak gambar semasa makan nasi Mandy).
11.00 malam: Selamat sampai di Mekah, kami ditempat di Hotel Tharawat Monsia lebih kurang 500 M dari Masjidilharam. Ambil kunci bilik, beg dan rehat sebentar di bilik.
Dari kiri Kak Salimah, Induk Marina dan Mak Cik Maheran, kepenatan baru samapi |
Ha..bilik 807 |
Dari kri Mak Cik Maheran, Kak Ani, Encik Yusof dan Pak Cik Deris di lobi hotel baru sampai |
1.00 pagi: Laksanakan tawaf dan sei dibimbing oleh Mutawwif, Ust Ahmad Nauli, selesai 4.00 pagi. Semasa sei Jemaah telah berpecah. Saya dapati Pak Cik Deris tiada dalam kumpulan puas di cari tetapi tidak dijumpai. Saya berdoa agar ianya selamat.
5.02 pagi: Masuk waktu sloat subuh.
6.45 pagi: Balik hotel, sampai di hotel saya dapati Pak Cik Deris terbaring keletihan di sofa lobi hotel. (Alhamdulillah ianya selamat). Katanya dia balik dengan Ust Ahmad Nauli. Sarapan pagi di level 'S'.
7.15 pagi: Rehat....kurang sihat badan mula macam nak demam, banyakkan minum air zam-zam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan