UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

ISTANBUL

PAKEJ UMRAH TRANSIT SINGAPURA + ISTANBUL 2013
Berita Terkini Umrah Ziarah Istanbul, tidak lagi menggunakan bas untuk ke Singapura. Jemaah akan diterbangkan ke Singapura dengan menaiki penerbangan FIREFLY di Airport Subang. Jemaah akan berada di Istanbul selama 3 malam (lawatan) sebelum dibawa melaksanakan umrah dan ziarah di Kota Madinah.
Hubungi kami segera untuk tempahan.
 
Dengan penerbangan Turkish Airlines
Untuk Umrah Ziarah Transit Singapura + Istanbul (Madinah & Mekah) diskaun RM 300/pax
 sehingga 31 Disember 2012..daftar segera sementara tawaran masih ada.  Hubungi
Haji Abu Bakar bin Haji Buyong
 013 - 3807442
 untuk tempahan dan pertanyaan.
 
Harga sekarang RM 6690
KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN
ATUR CARA ISTANBUL 

NOTA PENTING
· Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah anda kepada guru agama/pembimbing untuk kelancaran umrah
· Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama asa anda wajib membayar dan atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah
WAKTU MAKAN
· Sarapan pagi selepas Subuh
· Makan tengah hari selepas Zohor
· Minum petang selepas Asar (Makkah sahaja)
· Makan malam selepas Isya’
· Minum sejuik/panas/roti 24 jam (Makkah Sahaja)

HARI
TEMPAT
AKTIVITI
1
KUALA LUMPUR - ISTANBUL
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Istanbul. Tiba di Istanbul Atarturk Airport, seterusnya dibawa ke hotel dan makan malam.
2
JALAN-JALAN ISTANBUL
Istanbul sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaan. Anda akan dibawa melawat ke Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panaroma di Istanbul.
3
ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menaiki Bosphorus Cruise. Kemudian akan ke Spice Market yang turut dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Seterusnya masa membeli belah di Grand Bazaar. Kembali ke Hotel dan makan malam.
4
ISTANBUL/
JEDDAH/
MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah bebas melakukan aktiviti masing-masing sementara menunggu masa untuk ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pengawai Andalusia dan dibawa terus ke Madinah menaiki bas.
5-6
MADINAH (ZIARAH DALAM/
LUAR)
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah)
Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk ziarah :-
a) Ziarah Dalam
i) Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii) Raudhah
iii) Perkuburan Baqi
b) Ziarah Luar
i) Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii) Jabal Uhud
iii) Bazar kurma / ladang kurma
Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripda di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"
C) Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i) Masjid Tikar, Gua Uhud
ii) Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnut
Sekiranya ada kelapangan, jemaah boleh berunding dengan mutawif untuk ziarah dengan kos tambahan.
7
MADINAH/
MAKKAH
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) . Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.
Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sae'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk untuk beribadah didalam Masjidil Haram.
8 - 12
MAKKAH
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk ziarah :
A) Ziarah Dalam (tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)
i) melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
ii) tapak rumah Abu Bakar
iii) tapak rumah Saidina Omar
iv) tapak rumah Siti Khadijah (isteri Nabi)
v) tapak kelahiran Nabi Muhammad
vi) tapak rumah Abu Lahab
vii) masjid jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin)
viii) masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi)
ix) perkuburan Ma?ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan)
x) kawasan pasar zink dan masjid kucing
xi) Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.
B) Ziarah Luar
i) Jabal Thur, Arafah
Ii) Jabal Rahmah
Iii) Jabal Nur
iv) Muzdhalifah
v) Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah , Ula,Wusta)
vi) Jemaah akan dibawa ke Ja?ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah.
13 - 14
Selepas bersarapan, jemaah boleh melakukan aktiviti bebas.
15
MAKKAH
Daftar keluar hotel . Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida? sebelum meninggalkan Makkah.
Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang dengan pesawat
Gulf Air dan kemudian transit di Bahrain. Seterusnya dari Bahrain terus menuju ke KLIA.
16
Tiba di KLIA.
*Segala maklumat adalah tertakluk kepada perubahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan