Pakej umrah Transit Amman, Jordan
Meneroka keajaiban bumi Amman, Jordan
KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN
ATUR CARA JORDAN
HARI
|
TEMPAT
|
AKTIVITI
|
1
|
KUL-
AMMAN |
Semua Jemaah diminta berada di KLIA 3 jam sebelum berlepas
untuk penerbangan ke Amman melalui Bangkok. Urusan di airport akan dibantu
oleh kakitangan syarikat yang bertugas. Setibanya di Bangkok berehat sebentar
di airport sementara menunggu perjalanan ke Amman.
|
2
|
AMM
|
Dijangka tiba Amman pada jam 5.00 pagi (waktu tempatan).
Selepas urusan kastam jemaah dibawa ke hotel (Alia Gateway) untuk berehat.
Selepas sarapan pagi@jam 8.00 pagi jemaah akan di bawa melawat ke tempat
bersejarah di Amman seperti Makam Nabi Shuib, Makam Nabi Yushak, Gua Ashabul
Kahfi (Gua di mana tujuh orang pemuda beriman yang melarikan diri kedalam gua
demi menyelamatkan iman. Mereka ditidurkan selama 309 tahun oleh Allah
s.w.t), Masjid Raja Abdullah, Coliseum (Roman) dan Bandar Baru dan Lama
Jordan. Makan tengahari akan disediakan di ?Dead Sea Rest House? di kawasan
laut mati (Jemaah boleh bermandi manda di Laut Mati) . Setelah selesai
lawatan jemaah dibawa berehat di Hotel Alia Gateway.
|
3
|
AMM
- JED - MADINAH |
Jam 12.30 tengahari, jemaah akan dibawa ke airport untuk
penerbangan ke Jeddah. Setibanya di Jeddah jemaah akan disambut oleh mutawwif
dan pegawai umrah Madinah/Makkah dan dibawa terus ke Madinah menaiki bas ke
hotel yang ditetapkan.
|
4
|
MADINAH
(Ziarah Dalam) |
Selepas
jam 7.00 pagi, jemaah akan diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi
Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi?. Selesai
ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di
Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w : "Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram" |
5
|
MADINAH
(Ziarah Luar) |
Jam 3.00 pagi jemaah
dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi,
jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat
bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid QiblaYtain,
Jabal Uhud dan Bazaar Kurma. Selepas ini jemaah bebas beribadat.
|
6
|
MADINAH
- MAKKAH |
Jam
3.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi.
Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida' di Makam Rasulullah s.a.w. sebelum
berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan
berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di
Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar ditempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sae'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram. |
7
|
MAKKAH
(Ziarah Dalam) |
Jam
3.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil
Haram. Selepas jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk
melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubais, tapak rumah Abu
Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khadijah (Isteri Nabi),
Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin (tempat Nabi
Muhammad berdahwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang
bertemu Nabi), Perkuburan Ma'ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan) dan Pasa
Zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk
beribadat. Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selapas Isya' di dewan makan hotel. |
8
|
MAKKAH
(Ziarah Luar) |
Jam
3.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh Masjidil Haram.
Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi
tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah,
Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula
dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja?ranah untuk bermiqat dan seterusnya
kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat. |
9
|
MAKKAH
|
Jam 07.00 pagi jemaah diminta
berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina
Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke
Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas
untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.
|
10 -12
|
MAKKAH
|
Jemaah
bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil haram. Sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud : "pada kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat kaabah"
ZIARAH PILIHAN JEMAAH
A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu kaabah) sebelum balik ke Masjidil Haram. InsyaAllah. (lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang) B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isya'. (perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki) |
13 - 14
|
MAKKAH - JED -AMM -KUL
|
Jemaah
dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah
kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke Amman
dengan menaiki Royal Jordanian. Setibanya di Amman jemaah akan terus dibawa berehat di Hotel Alia Gateway sementara menunggu penerbangan seterusnya dari Amman ke Bangkok dan pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Thai Airways / Malaysia Airlines. |
*Segala
maklumat adalah tertakluk kepada perubahan.
|
NOTA PENTING
·
Bagi
jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah anda
kepada guru agama/pembimbing untuk kelancaran umrah
·
Sebelum
meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama asa anda wajib membayar dan atau
tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah
WAKTU MAKAN
·
Sarapan
pagi selepas Subuh
·
Makan
tengah hari selepas Zohor
·
Minum
petang selepas Asar (Makkah sahaja)
·
Makan
malam selepas Isya’
·
Minum
sejuik/panas/roti 24 jam (Makkah
Sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan