UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Khamis, 29 Julai 2010

KEMBARA CINTA KELIMABELAS...BERTEMU KELUARGA TERSAYANG
Ahad, 30 Mei 2010 bersamaan 16 Jamadilakhir 1431

11.15 pagi: Kepulangan aku di Airport KLIA disambut oleh dua orang adik, iaitu Mat dan Acu yang telah sedia menanti sejak jam 9.00 pagi lagi. Dalam perjalanan pulang ke kampung, aku tidak banyak berbicara...hanya sekali sekala bercerita tentang seronoknya beribadah di Tanah Suci.
12.30 tengah hari: Sampai di kampung...disambut oleh ibu tersayang, ibu memeluk dan mencium dua belah pipi ku, aku lihat ibu menitiskan air mata bergitu juga ayah. Ibu menitiskan air mata gembira kerana aku selamat kembali kepangkuan keluarga tercinta dan dapat bersama kembali seperti biasa. Turut menunggu kepulangan aku, ahli keluarga tersayang, Mak Teh (adik emak yang agak rapat dengan aku), Kakak, adik-adik, anak saudara dan adik sepupu. Selepas bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh adik (Azmi), aku terus ke rumah nenek yang tidak jauh daripada rumah emak hanya seberang jalan sahaja. Aku terus dapatkan nenek, yang sedia menanti kepulangan aku. Rupanya nenek tidak beberapa sihat, sebab itulah dia tidak dapat datang ke rumah emak menyambut kepulangan aku.
Setelah berjumpa dengan nenek aku kembali semula ke rumah emak, untuk jamuan makan tengah hari bersama ahli keluarga tersayang. Selepas itu apa lagi...ucapara yang dinanti-nantikan, acara membahagikan buah tangan yang dibawa daripada Makkah dan Madinah. Untuk ibu tersayang aku belikan 2 pasang jubah, untuk ayah tercinta sepasang jubah, 2 helai kopiah dan minyak Attar Kasturi begitu juga ahli keluarga yang dikasihi, buah kurma Madinah sudah semestinya. Kepada ahli keluarga semua aku rakamkan ucapan terima kasih. Khas buat ibu, ayah, nenek dan Mak Teh...rakaman dan sanjungan kasih sayang tidak terucap atas doa kalian.
Kesyahduan dan keseronokkan beribadah di Tanah Suci akan menjadian imbauan sepanjang hayat ini. Buat kenalan dan teman semasa berada di sana sentiasa dalam lipatan memori, ikatan ukuhwah yang dibina akan kekal abadi.
Haji Zack, Lan Termeloh, Kak Zai, Adik, Along, Abg. Azri, Yan, Rusli dan isteri, Abg. Kamal dan keluarga, Fahmi, Along, Eddie, Ust. Syariff, Abg. Suhir, isteri dan anggota keluarga, Maarof dan adik-adik, Azlina, Zainon, Kak Parti, Kak Khamsiah.
Sekadar dapat menyebut nama, mohon maaf jika tidak tercoret dilembaran ini atas kealpaan diri ini.
Sebuah kendi warna kencana
Di atas kain kesumba murup;
Sepantun budi kami terima,
Menjadi kenangan seumur hidup.

Rabu, 28 Julai 2010

KEMBARA CINTA KELIMABELAS...SELAMAT MENDARAT DI KLIA
Ahad, 30 Mei 2010 bersamaan 16 Jamadilakhir 1431

09.45 pagi: Alhamdulliah, kami selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sepang tepat jam 9.45 pagi (waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan panjang lebih kurang 7 jam 45 minit dalam keadaan tenang, gembira dan sedih. Gembira kami dapat bertemu semula dengan keluarga tersayang...sedih, kami akan berpisah setelah berkampung 15 hari 13 malam di dua Tanah Suci Makkah dan Madinah yang penuh barakah.
Menunggu agak lama juga untuk dapatkan beg dan air zam-zam yang kami bawa daripada Tanah Suci. Botol air zam-zam Aku, Kak Zai dan Rosli pecah sedikit dan beberapa orang jemaah yang lain, Haji Zack berjanji akan cuba berusaha untuk mendapatkan ganti daripada Andalusia. Terima kasih Haji Zack, kerana sanggup berusaha untuk kami, alhamdulillah.
Sebelum meninggalkan KLIA, untuk pulang ke rumah masing-masing, bersalaman dan memohon maaf antara kami. Semoga kami diketemukan lagi. Dalam tempoh 15 hari 13 malam, kami telah dapat membina ukhuwah sesama saudara Islam, walaupun berlainan latar belakang kehidupan...tetapi dengan satu tujuan, menuju ALLAH YANG MAHA ESA.
11.00 pagi: Aku dan Haji Zack jemaah yang terakhir meninggalkan Balai Ketibaan KLIA, kerana kami ingin pastikan urusan penerimaan bagasi jemaah berjalan lancar dan tiada kehilangan bagasi atau barang yang dibawa. Alhamdulillah semua beres, kecuali Haji Zack kehilangan satu beg yang dibawa melalui proses kargo, kehilangan ini telah dilaporkan kepada pihak MAS.
Terima kasih Haji Zack, membenarkan aku menumpangkan 5 botol kecil air zam-zam dalam beg Haji (air zam-zam ini aku ambil di saluran paip air zam-zam di Masjidil Haram sebagai buah tangan untuk keluarga).
KEMBARA CINTA KELIMABELAS...KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA TERCINTA
Ahad, 30 Mei 2010 bersamaan 16 Jamadilakhir 1431

05.00 pagi: Tidur ku dalam penerbangan ini amat lena sekali. Abg. Azri kejutkan untuk solat subuh, dalam keadaan terpinga-pinga aku hanya bertayamun dengan menepuk kerusi hadapan dan tingkap kapal terbang. Kerana tiada kemudahan yang memungkinkan mengambil wuduk dengan sempurna. Mendirikan solat duduk di atas kerusi sahaja. Selesai solat aku bertanyakan Abg. Azri, "kita dah sampai mana sekarang". Tak pasti, jawap Abg. Azri ringkas. Pemandangan di ruang udara amat indah dan cantik sekali, fajar menyinsing diufuk pagi. Keindahan ini aku rakam melalui lensa kamera digital yang sentiasa berada ditangan melalui tingkap kapal terbang. Inilah sekelumit keindahan alam ciptaan-Nya.

07.00 pagi: Sarapan pagi dihidangkan...sepotong kek, buah-buahan dan air kopi.

Isnin, 26 Julai 2010

KEMBARA CINTA KEEMPATBELAS...BAHRAIN DALAM INGATAN
Sabtu, 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadilakhir 1431

08.35 malam: Teruskan penerbangan ke Kuala Lumpur, dengan penerbangan GULF AIR GF 0280. Penerbangan ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 7 jam 30 minit (Semua kenangan di Tanah Suci terpahat di sanubari kami). Aku duduk di seat 24A, sebelah aku Abg Azri seat 23A. Sejam kemudian hidangan makan malam dihidangkan...apa lagi masa yang ditunggu-tunggu. Semasa transit di Bahrain, kami tidak dibenarkan keluar dari Airport untuk mencari makanan, lagi pun harga makanan di sini teramatlah mahal harganya.

Susana dalam penerbangan agak dingin dan tenang. Kami di bekalkan dengan "blanket" untuk menahan kesejukkan. Selepas menikmati hidangan makan malam, kami semua dibuai mimpi...penat, letih dan mengantuk.

Sabtu, 24 Julai 2010

KEMBARA CINTA KEEMPATBELAS...SELAMAT TINGGAL BUMI JEDDAH
Sabtu, 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadilakhir 1431

Kawasan Perumahan Mewah di Jeddah

01.40 petang: Selamat tinggal bumi Jeddah, meneruskan penerbangan transit ke Bahrain. Penerbangan ke Bahrain akan mengambil masa dua setengah jam. Kami ke Bahrain dengan penerbangan GULF AIR GF 172.


Dalam penerbangan ini aku tidak banyak berbicara...seperti biasa aku duduk seat bersebelahan dengan Abg Azri...seat 36A sebelah tepi tingkap. Sejam kemudian hidangan makan tengah hari diedarkan. Nasi Goreng ayam, buah-buahan dan kopi panas. Selepas makan tengah hari kami semua merehatkan mata dan fizikal. Penat sudah mulai dirasai.

04.00 petang: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Kami transit di sini lebih kurang empat jam untuk tukar penerbangan ke Kuala Lumpur. Kami dapati ramai jemaah umrah Andalusia singgah di sini sementara meneruskan perjalanan ke Jeddah atau Madinah.

Jumaat, 23 Julai 2010

KEMBARA CINTA KEEMPATBELAS...JEDDAH
Sabtu, 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadilakhir 1431
09.00 pagi: Teruskan kembara ke Airport Jeddah hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Sampai di Airport kami sama-sama mengambil, mengangkat barang dan air zam-zam. Kami di hadiahkan 10 liter air zam-zam seorang oleh pihak Andalusia yang telah siap ditandakan nama, tetapi malangnya terdapat botol air zam-zam yang pecah. Alhamdulillah...botol air zam-zam aku masih baik. Sebelum berangkat masuk ke dewan berlepas kami bersalaman dan bergambar kenangan dengan Ust. Haji Syariff yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bantuan semasa kami di sini (Makkah dan Madinah). Aku bagi pihak jemaah umrah GF16 Mei 2010 merakamkan penghargaan dan sanjungan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ust. Haji Syariff, budi baik tuan akan sentiasa dikenang dalam sudut sanubari kami hingga ke akhir hayat. Insya-Allah diizikan Allah kita akan ketemu lagi.
Pisang nangka dimasak pengat,
Kait-kait banyak durinya;
Macam mana kami tak ingat,
Orang baik dengan budinya.
Jemaah lelaki bergambar kenangan bersama Ust Haji Syariff di Airport JeddahJemaah wanita bergambar kenangan bersama Ust. Haji Syariff di Airport Jedddah

kami dikenakan bayaran purata SR 10.00 seorang bagi memudahkan urusan timbang beg/barang dan imigresen. Aku bimbang juga kalau-kalau urusan imigresen tidak lepas kerana aku ada membawa hampi 10 botol air zam-zam yang diisi dalam botol air mineral kecil yang ditumpang dalam beg besar Haji Zack (terima kasih Aji kerana membantu aku dalam urusan ini).

Bantu menyusun beg Jemaah untuk urusan timbangTaklimat oleh Ketua Rombongan Haji Zack sebelum berlepas ke Bahrain

kami dibekalkan sarapan pagi nasi bungkus, ayam panggang....sedap dan menyelerakan. Kami makan berasingan tempat antara lelaki dan wanita. Di sini tempat duduk tidak boleh bercampur antara lelaki dan wanita.

Rabu, 21 Julai 2010

KEMBARA CINTA KEEMPATBELAS...SELAMAT TINGGAL KOTA MADINAH
Sabtu, 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadilakhir 1431

01.00 pagi: Selamat tinggal Makam Rasulullah dan kota Madinah yang dicintai, aku dan Grup Umrah GF16 bertolak ke Jeddah dengan bas yang disewa khas. Sebelum bertolak kami sama-sama membaca doa musafir semoga Allah memelihara perjalanan ini yang dipimpin oleh Ust. Haji Syariff. Turut sama dalam perjalanan ini Ust. Haji Syariff selaku mutawwif dan Haji Zakaria selaku ketua rombongan kami. Semoga Allah memberikan limpahan rahmat kesihatan dan rezeki...semoga kita ketemu kembali nanti. Insya Allah. Perjalanan kami ke Jeddah, Alhamdulillah. Dalam perjalanan ini, aku perbanyakkan berzikir...sehingga terlena. Tunaikan solat subuh dalam bas sahaja kerana tiada tempat berhenti untuk bersolat.

06.00 pagi: Singgah sekejap di Wadi/lembah (lupa nama tempatnya) untuk buang air dan minum pagi di salah sebuah gerai...hanya teh 'O' dan kebab ayam sahaja.

06.30 pagi: Teruskan perjalanan.
08.00 pagi: Sampai di Bandaraya Jeddah. Santai di tepi pantai laut merah berhampiran Masjid Terapong Jeddah. Rehat..haaa..makan ais krim...sedap.


Masjid Terapong Jeddah

Gambar kenangan berlatarbelakangkan Laut MerahMakan ais krim...JeddahDari kiri Rosli, Ust. Haji Syariff dan EpulTaman Tema Jeddah
KEMBARA CINTA KEEMPATBELAS...ZIARAH WIDA'
Sabtu, 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadilakhir 1431

12.05 pagi: Setiap pertemuan sudah tentunya akan diakhiri dengan perpisahan, maka sampai masanya untuk aku meninggalkan kota Madinah yang tercinta ini. Sebelum meninggalkan kota Madinah kita disunatkan melakukan ziarah Wada' ke makam Rasulullah s.a.w. iaitu ziarah perpisahan dengan makam Baginda Nabi s.a.w. sebagai memberi penghormatan kali terakhir kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika kita akan meninggalkan kota Madinah. Dengan sebak doa ini dilontar dengan penuh rasa keinsafan sesungguhnya diri ini amatlah kerdil.

'Ya Allah! berilah selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh keluarganya. Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba-Mu ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba-Mu peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat dan 'afiat, jika ada umur yang panjang insya Allah hamba akan berziarah lagi ke sini, jika ajal telah sampai maka hamba telah mengabdikan diri kepada kepada-Mu syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehinggalah hari kiamat, iaitu hamba bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah. Tuhan yang Maha Esa dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Maha Suci Allah yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan, salam sejahtera ke atas sekalian Rasul serta segala pujian adalah bagi Allah. Tuhan yang memelihara sekalian alam."

Solat sunat kali terakhir di Raudhah, tidak dapat aku bayangkan bertapa hibanya saat-saat perpisahan ini, hanya Kau sahaja yang mengetahuinya.

Raudhah satu-satunya tempat paling mustajab bagi orang yang berdoa kepada Allah
Pemandangan indah bahagian luar sekitar Masjid Nabawi di waktu malam bermandikan cahaya lampu

Isnin, 19 Julai 2010

KEMBARA CINTA KETIGABELAS...GUA UHUD
Jumaat, 28 Mei 2010 bersamaan 14 Jamadilakhir 1431

02.30 petang: Selesai solat Asar di Masjid Quba, meneruskan kembara menuju ke Jabal Uhud (Bukit Uhud). JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya, begitulah sabda Nabi. Jabal Uhud adalah bukit batu warna kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para syuhada ketika Perang Uhud pada 15 Syawal 3H (625M) yang akan dikenang sepanjang zaman. Ziarah ke sini sudah menjadi satu kemestian bagi jemaah haji/umrah. Terletak lebih kurang 5 KM dari arah sebelah utara kota Madinah.
Bukit Uhud
GUA UHUD
Gua Uhud adalah bukit batu yang berwarna kemerahan. Aku berkesempatan masuk ke dalam gua ini, yang hanya boleh memuatkan empat orang sahaja dalam sesuatu masa. Bahagian dalam gua ini terdapat rekabentuk batu seperti bangku tempat duduk untuk empat orang, aku dapati baunya sentiasa wangi. Untuk naik ke gua ini kita hanya memerlukan masa lebih kurang setengah sahaja. Ust. Syariff maklumkan bangku itu adalah tempat duduk Rasulullah, Abu Bakar, Omar dan Othman manakala Ali berdiri di bahagian depan pintu gua.
Gua Uhud, tempat di mana Nabi dan para sahabat bersembunyi semasa perang Uhud

MASJID TIKAR

Masjid Tikar terletak di kaki Gua Uhud...Rasulullah akan turun bersolat di masjid ini apabila masuk waktu solat.

Tapak asal Masjid Tikar hanya tinggal batu binaan awal
Wadi (lembah) di tengah-tengah padang pasir dalam perjalanan ke Lapangan Magnet

LAPANGAN MAGNET

Kawasan ini tiada apa yang menarik cuma padang pasir dan beberapa batang pokok bonsai yang tumbuh atau ditanam di sini. Tempat ini merupakan lokasi masyarakat arab berehat berkeluarga terutamanya hari khamis dan jumaat (hari cuti hujung minggu). Cuma istimewanya di sini, ialah kereta atau bas akan berjalan sendiri apabila enjinnya dimatikan walaupun jalannya agak mendaki sedikit, mungkin disebabkan oleh kuasa magnet yang terdapat di kawasan ini. kami meluangkan masa di sini hampir setengah jam.

07.00 malam: Sampai di Hotel...terus ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib dah terlambat. Kali ini dapat solat di dataran luar masjid sahaja jemaah terlalu ramai. Imam hanya membaca surah lazim sahaja, tidak seperti biasa membaca surah-surah yang agak panjang.

08.00 malam: Balik hotel...bersihkan diri tukar pakaian, siap-siap ke masjid untuk solat Isyak.

09.00 malam: Balik hotel...makan malam.

10.00 malam: Kemas barang, pakaian...bersiap-siap, malam ini berangkat ke Jeddah untuk meneruskan kembara ke Bahrain.

Ahad, 18 Julai 2010

KEMBARA CINTA KETIGABELAS...MADINAH...NYAMAN
Jumaat, 28 Mei 2010 bersamaan 14 Jamadilakhir 1431

03.30 pagi: Ke Masjid Nabawi untuk solat subuh, cuaca tenang dan nyaman. Seperti biasa masuk sahaja masjid minum dulu segelas dua air Zam-zam... dengan doa agar disuci hati ni.
05.30 pagi: Balik ke hotel...untuk sarapan pagi
06.00 pagi: Jalan-jalan sekitar sebelah luar Masjid Nabawi...membeli sedikit buah tangan untuk emak, ayah, kakak, adik, anak saudara dan keluarga. Puas juga pusing-pusing mencari minyak Attar Al-Rawdah yang dipesan oleh Kak Mai, Alhamdulillah akhirnya dapat juga dengan harga SR 35.00 satu pack ada 12 botol. Ada satu lagi yang dipesan oleh rakan sepejabat sdr. Hasniza, dia minta aku belikan baju jubah untuk suaminya....tetapi tidak ketemu juga seperti mana yang dipesan. Banyak sudah kedai yang aku masuk... penat dibuatnya tetapi hasilnya sama juga. Akhirnya aku buat keputusan beli sahaja mengikut citarasa aku sendiri...kalau dia tidak setuju nanti aku pakai sendirilah, dengan harga SR 80.00.
Sebuah kedai pakaian di Madinah
Salah satu sudut santai di madinah, dihiasi dengan pokok kurma
Kota Madinah indah dan bersih
Pemandangan Masjid Nabawi di waktu pagi
10.00 pagi: Selepas membeli belah serba sedikit, balik hotel...bersiap-siap untuk ke masjid solat Jumaat. Hari ini jemaah terlalu ramai di Masjid Nabawi seolah-olah musim haji, cuaca agak panas hari ini tetapi itu bukanlah menjadi masalah kepada jemaah, yang pentingnya ialah mereka dapat bersolat di Masjid Nabawi yang penuh dengan barakah ini. Seperti mana sabda Rasulullah:
''Solat di Masjidku ini lebih utama 1000 kali daripada solat di tempat lain, kecuali di Masjidil Haram"
suasana selepas solat Jumaat di Masjid Nabi
02.00 petang: Balik hotel...makan tengah hari
02.30 petang: Lawatan pilihan ke Lapangan Magnet..dalam perjalanan kami ditunjukkan/singgah di tapak rumah Salman Al-Farasi iaitu salah seorang sahabat Nabi yang telah mewakafkan ladang kurmanya untuk syiar Islam.
Tapak rumah Salman Al-Farasi
Singgah solat Asar di Masjid Quba...Alhamdulillah aku dapat solat 2 kali di sini.