UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Isnin, 30 Ogos 2010

HARI KE 21 RAMADAN (SELESA, 31 OGOS 2010, HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE 53)

Dalam diam tak diam kita telah masuk hari ke 21 Ramadan hari ini (31 Ogos 2010), bermakna kita telah mengerjakan ibadah puasa selama 21 hari. Dalam masa 9 hari lagi Ramadan yang penuh barakah ini akan berlalu meninggalkan kita. Aku merenung kembali, apakah puasa yang aku laksanakan ini termasuk dalam tingkat Puasa Paling Istimewa (Puasa Khusus al-Khusus) iaitu merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah yang aku harapkan, kerana kedudukannya tertinggi di sisi Allah SWT. Dengan baki Ramadan yang ada ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT semoga kita mendapat balasan berlipat kali ganda daripada-Nya. Dan berusaha mencari Lailatul Qadar malam lebih baik daripada 1000 bulan yang dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Esa. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Nya. Kerana kita tidak pasti, adakah kita akan bertemu kembali pada Ramadan yang akan datang?. Oleh itu, aku berdoa agar dipanjangkan umur, disihatkan badan dan dimurahkan rezeki, supaya dapat bertemu lagi Ramadan akan datang yang penuh kenikmatan ini. Dan dapat beramal dengan sebaik-baiknya, dalam perjalanan menuju ke alam yang kekal abadi. Sesungguhnya di sini....aku hanya seorang hamba kembara di Tanah Gersang mengutip buih-buih cinta untuk dibawa pulang bersama payung rahmat Ilahi.

Ahad, 29 Ogos 2010

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut:
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut:

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku. Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
  • Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
  • Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

sumber: http://www.al-azim.com/


Khamis, 26 Ogos 2010

SEJARAH PEPERANGAN SENAPANG & PARANG 1946

Batu Kikir adalah sebuah Pekan kecil terletak antara Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan iaitu lebih kurang 16 KM dari Kuala Pilah dan 12 KM dari Bahau. Pekan kecil ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri yang masih belum tersebar luas. Mengikut sejarah, terdapat satu peperangan dahsyat telah berlaku di antara orang Melayu yang hanya menggunakan senjata parang melawan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senjata senapang. Peperangan ini telah berlaku pada bulan November 1946.

Peristiwa amuk yang terjadi di kampung Padang Lebar, lebih kurang 4 KM daripada Pekan Batu Kikir adalah merupakan punca peperangan ini terjadi. Dalam peperangan ini pasukan Bintang Tiga telah menjadi Gua di Simpang Pertang sebagai markas mereka dalam usaha menentang kemaraan orang Melayu. Peristiwa ini telah banyak mengorbankan nyawa dari pasukan Bintang Tiga. Dalam peperangan ini kemenangan telah memihak kepada orang Melayu, walaupun mereka hanya menggunakan parang berbanding dengan pasukan Bintang Tiga yang menggunakan senjata lebih moden. Peperangan ini telah menjadi satu sejarah yang mengambarkan semangat juang yang tinggi orang-orang Melayu ketika itu dalam usaha menentang musuh negara.

Rujukan: wikipedia

Selasa, 24 Ogos 2010

BATU KIKIR, JAMBATAN BOSI
Apabila kita mendengar lagu 'Apo Kono Eh Jang' nyanyian Ally Noor dan Mastura, antara lain bait-bait liriknya berbunyi begini:
....Batu Kikir Jambatan Bosi, Gulai udang sebelango...
Kita akan terhibur mendengar lagu ini dan terbanyangkan keindahan dan keharmonian masyarakatnya dan Jambatan Bosinya yang masih kukuh sepertimana kukuhnya mereka dengan adat perpatih.
Jabatan baru ditaraf Sungai Jempol Pasar Tani
Batu Kikir terkenal dengan Jambatan Bosinya, adalah sebuah Pekan kecil terletak antara Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan iaitu lebih kurang 16 KM dari Kuala Pilah dan 12 KM dari Bahau. Pekan kecil ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri yang masih belum tersebar luas. Dahulu, Pekan ini mempunyai deretan kedai kayu yang terletak di kiri kanan jalan laluan utama antara Kuala Pilah dan Bahau yang menjadi nadi pengerak ekonomi penduduknya. Tetapi semuanya telah berubah wajah, pekan lama telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan batu rumah kedai 2 tingkat, didirikan di kawasan yang lebih selesa dan jauh daripada laluan jalan utama. Jambatan Bosi juga telah dinaik taraf oleh pihak kerajaan tempatan, digantikan dengan Jambatan Batu yang lebih luas merentasi Sungai Jempol. Pelbagai kemudahan terdapat di Pekan baru ini seperti Perhentian Bas, Perhentian Teksi, Pasar Raya, Klinik, Pejabat Pos, Balai Polis, Restoran, Tandas Awam, Surau dan kedai yang menjual pelbagai jenis produk.

Menara Jam Batu Kikir

Di sini, setiap pagi hari minggu terdapat Pasar Tani, yang menjual berbagai jenis, kuih muih tradisi Melayu Negeri Sembilan, buah-buahan, sayuran kampung, ikan air tawar dan masin yang masih segar, kraftangan, barangan hiasan rumah, tetapi yang istimewanya Burung Puyoh dan Daging Lembu Salai yang dimasak lemak cili padi dicampur Belimbing Buluh..woo memang sedap. Tidak jauh dari Pekan ini terdapat Teratak Za'ba atau Zainal Abidin Ahmad yang merupakan seorang Tokoh Pejuang bahasa dan Kesasusteraan Melayu kelahiran anak Kampung Bukit Kerdas. Pengunjung boleh melawat Teratak ini secara percuma.

Teratak Za'ba menyimpan pelbagai khazanah
Mejoriti penduduk Pekan ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang kebanyakannya bekerja sebagai peniaga. Kaum Melayu pula kebanyakan mereka sebagai penoreh getah, petani, peniaga, pekerja swasta dan penjawat awam. Tidak kelaluan kalau boleh dikatakan Batu Kikir sebuah pekan pendidikan, di sini terdapatnya Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Batu Kikir, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol.

Isnin, 23 Ogos 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

MALAM KEDUABELAS
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

MALAM KETIGABELAS
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

MALAM KEEMPATBELAS
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah s.w.t. tidak akan menyesatkan mereka.

MALAM KELIMABELAS
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengambarkannya.

Ahad, 22 Ogos 2010

JASA MU DIKENANG
Kak Hapsah selamat bersara pilihan, setelah hampir 30 mencurahkan khidmat bakti demi bahasa dan sastera Melayu tercinta. Diiringi doa semoga sentiasa dibawah payung rahmat Ilahi.
SATU PERJALANAN KEHIDUPAN
Sesungguhnya kehidupan di Alam Dunia ini penuh dengan keseronokan dan tipu daya, di sana jua yang kekal abadi.

Yang Kuasa lindungi dari kesesatan
Beramal sujud keampunan
Mohon kembali dalam syahdu reda' Ilahi
Bawa amal bakti ke alam abadi

Aku pinjam imej ini yang dikirim oleh seorang teman sepejabat melalui email untuk kita renungkan bersama, ke mana kita selepas ini...agar ada manfaatnya.

Khamis, 19 Ogos 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM KESEBELAS
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Rabu, 18 Ogos 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM KESEPULUH
Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Selasa, 17 Ogos 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM KESEMBILAN
Allah s.w.t. mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
DELEGASI ACEH
Gambar kenangan bersama delegasi LASQI Aceh pada 27 Jun 2010, di Menara DBP
IBADAH HAJI
Alhamdulillah hasrat untuk membawa ayah dan ibu untuk menunaikan Haji akhirnya dikabulkan oleh Yang Maha Kuasa. Kami berangkat ke Tanah Suci pada 20 Disember 2005, menggunakan pakej muassasah Tabung Haji dengan penerbangan SV0025 iaitu KT53. Penerbangan terus dari KLIA ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam.
Pemandangan Khemah jemaah Haji di Mina Kawasan melontar Jamrah di Mina
Di Padang Arafah Dalam khemah di Mina
Aku dan Ayah sedang Wukuf di Padang Arafah Ibu dalam khemah di Padang Arafah sedang wukuf, iaitu kemuncak ibadah Haji
Membeli sedikit buah tangan di Mina, 10 Zulhijjah
Lawatan di Bukit Thur, selepas selesai ibadah Haji
Bersama Ayah, Ibu di Jabar Rahmah
Gua Hira...amati kalimah Allah yang tertera dalam kepulan awam putih gambar ini diambil pada 16 Januari 2006 semasa lawatan luar Makkah selepas selesai ibadah Haji

Isnin, 16 Ogos 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH MALAM KELAPAN
Allah s.w.t. mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
KENANGAN LALU....

Bersama pelakon dan Tenaga Produksi Teater Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman arahan Johan Jaffar di Kota Kinabalu, Sabah

Perlawanan Bola Sepak antara Jabatan/BahagianBersama teman semasa di KBB

Ahad, 15 Ogos 2010

INSAN TIDAK BERDOSA

Sejak kebelakangan ini kerap kali dipaparkan dengan isu pembuangan bayi sama ada di TV atau surat khabar. Apakah sebabnya gejala ini terjadi, dimanakan letaknya sifat kasih sayang sebagai insan. ALLAH telah menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah kejadian, iaitu keindahan yang dikehendaki ialah keindahan dalam kedua-dua unsurnya, jasmani dan rohani. Bentuk keindahan ini secara langsung adalah dari ciptaan Allah s.w.t.
Allah berfirman, maksudnya:
"Sesungguhnya telah Kami (Allah) menciptakan (jenis) manusia itu dalam sebaik-baik cara kami menjadikan sesuatu berkelengkapan sesuai dengan keadaannya." Al-Tin 4
Hidup aku tenang dan damai ketika berada dalam kandungan ibu.
Ketenangan ini jugalah menjadi idaman apabila hadir di dunia nanti.
Ibu sambutlah kehadiran ku
bukan dengan hamparan permaidani
pukulan kompang atau bunga mangga
tapi hanya sekelumit rindu kasih sayang mu
Tapi wahai ibu kenapa aku dibuang bagai sampah
Wahai ayah dimana dikau....
Kenapa aku diperlakukan begini
Ibu berilah aku merasai nikmat kasih sayang mu
Apakah doa ku
Apakah salah ku
Tidak ku duga hadir begini
Menjadi mangsa
Hawa nafsu yang serakah.
Ayuh bangun bersama, kita banteras gejala ini...sebelum datangnya murka dan balasan daripada Yang Maha Esa.

Khamis, 12 Ogos 2010

Bubur Lambuk...menu berbuka puasa

RENUNGAN...

Kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak kita akan menunggu kehadiran waktu solat Maghrib...tetapi tamat sahaja Ramadan, Maghrib pula akan menunggu kehadiran kita, adakalanya Maghrib berlalu begitu sahaja tanpa kehadiran kita. Fikirkanlah.....

CENDERAMATA KENANG-KENANGAN

Cenderamata ini diterima daripada Pemerintah Aceh semasa Kunjungan Muhibah ke Banda Aceh pada Mac 2010 sempena Festival Qasidah Gambus Provinsi Aceh 2010 yang diadakan di Banda Aceh. Kunjungan ini telah merapatkan ikatan ukhwah sebangsa dan seagama.

Rabu, 11 Ogos 2010

GULAI TELUR ITIK

Petang semalam aku berkesempatan berjalan-jalan di Pasar Ramadan Tapak Letak Kereta bersebelahan JPJ Bandar Sri Permaisuri, Cheras sementara menunggu waktu berbuka puasa. Pengunjung tidaklah terlalu ramai ketika ini, kerana sudah pukul 6.45 petang. Aku dapati sebuah gerai menjual lauk pauk pelbagai menu, antaranya gulai Telur Itik masak lemak cili padi dengan harga RM 2.00 sebiji. woooo...mahalnya.
MARHABAN PERINGKAT ADUN PANDAN

Pandan, Kuala Lumpur, 1 Ogos 2010 (Ahad): Biro Agama dan Kebajikan JKKK dan Biro Muslimah Masjid Nurul Hidayah telah berjaya menganjurkan Pertandingan Marhaban Peringkat ADUN Pandan bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan Dalam, bersebelahan dengan Masjid Nurul Hidayah. Pertandingan ini diadakan bagi merebut Piala ADUN Cempaka. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Ir. Iskandar bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Pertandingan kali ini khusus untuk muslimah telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat, sebanyak 6 kumpulan telah mengambil bahagian.
Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan 2 buah lagu nasyid oleh kumpulan nasyid Rayyan, iaitu Perjalanan dan Kembara Di Tanah Gersang.

Menikmati jamuan bersama YB Tuan Ir. Iskandar selepas majlis perasmian, kami amat kagum dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh YB Tuan Ir. Iskandar.

Selasa, 10 Ogos 2010

MASJID DESA
Masjid-masjid sekitar kampung aku...tidaklah secantik dan seindah masjid yang terdapat di bandar-bandar besar seperti Seremban atau Kuala Lumpur yang serba canggih, tetapi tetap meriah dengan jemaah yang hadir untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan walaupun ramai antara mereka telah menjangkau usia emas. Maka dengan itu, kita dapat lihat ikatan ukuhwah masyarakat di kampung masih utuh dan kuat jika dibandingkan dengan masyarakat warga kota yang sentiasa sibuk dengan tugas harian masing-masing. Tidak ketelaluan jika kedapatan sekelumit antara kita tidak berkesempatan untuk solat berjemaah di masjid dan mengenali jiran kita dengan lebih dekat. Mungkin inikah...cara hidup kita di kota!

Masjid Kariah Kampung Jerejak, Padang Lebar, Batu Kikir masih mengekalkan seni bina lama.
PERTEMUAN ADAM DAN HAWA...DI JABAL RAHMAH

Selamat Pengantin Baru buat Abg. Azri dan Yan...iringan doa semoga pertemuan berkekalan hingga ke akhir hayat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan badan dan ditambahkan iman dan takwa. Majlis 31 Julai 2010, di Bangi, Selangor Darul Ehsan.

AKU PINJAM KATA-KATA INI...
Sememangnya, semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian...
Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan...
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan...
Penuh ketenangan, menempuh dugaan...
Moga kita semua dirahmati-Nya,
Tuluslah dengan ALLAH SWT, tuluslah sesama INSAN...
Gapai takwa dan iman.

Isnin, 9 Ogos 2010

RAMADAN BULAN PENUH BARAKAH
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak, semoga kita peroleh Maghfirah-Nya.
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa." (surat al-Baqarah: 183)
"Pada bulan Ramadan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadan hendaklah ia berpuasa" (surat al-Baqarah: 185)
Imam al-Ghazali telah membahagikan tingkat puasa itu kepada 3 tingkat:-
PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak.
PUASA ISTIMEWA (Puasa Khusus)
Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.
PUASA PALING ISTIMEWA (Puasa Khusus al-Khusus)
Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.
(sumber: Indahnya Hidup Bersyariat)