UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Khamis, 27 Disember 2012

KUNCI PEMBUKA REZEKI

Istighfar dan Taubat
Nabi Nuh berkata kepada kaumnya:  "Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada Rabb-Mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) sungai-sungai". (QS Nuh: 10-12).
Taqwa
Firman Allah: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
Bertawakal (berserah diri) kepada Allah
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung.  Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang". (HSR. Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah, Ibnul Mubarak, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al Qudha'i dan Al Baghawi dari Umar bin Khaththab).
 
bersambung...

Isnin, 24 Disember 2012

TAMBAHAN SET OMAN AIRLINES 2013

Hubungi kami segera untuk tempahan/pertanyaan:
HAJI ABU BAKAR BIN HAJI BUYONG
013 - 380 7442
Ejen Pemasaran yang sah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

Ahad, 23 Disember 2012

PENERBANGAN PERTAMA UMRAH 2013

Salam bakal-bakal jemaah umrah 2013.
Penerbangan pertama umrah Andalusia akan bermula 1 Januari 2013.   Sila buat tempahan segera bagi memastikan tuan/puan mendapat tempat, sila hubungi kami.   Makluman tuan/puan pihak Oman Airline juga telah membuat tambahan set kerana permintaan yang tinggi daripada jemaah untuk melaksanakan umrah ziarah Oman (melawat bandar Muscat, iaitu ibu negara Oman).   Selamat beribadah di Tanah Suci.

Khamis, 13 Disember 2012

TAKZIAH

Baru-baru ini sahabat kumpulan nasyid Rayyan kehilangan orang yang amat disayangi, iaitu Nash (Bap Mentua), Ust. Fadzli (Ibu), Rizan (Ayah) dan Razid (Nenek).  Sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T.  Amin.  Sesungguhnya kita akan menyusul kemudian hari, yang mana kematian itu pasti bagi yang hidup.

Rabu, 5 Disember 2012

WAKTU ADALAH KEHIDUPAN

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.  (Surah Al-Asr ayat 1 - 3). 
Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkan masanya di dunia untuk beriman, beramal soleh dan melaksanakan perintah |Allah bagi bekalan mereka ke akhirat kelak.  Manakala, manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya ketika hidup di dunia yang sementara ini.  Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. memerintahkan unmatnya agar memanfaatkan waktu yang tersisa dengan 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:-
  1. Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu.
  2. Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu.
  3. Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu.
  4. Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.
  5. Masa kaya sebelum datang masa kamu ditimpa kemiskinan.
Marilah kita bersama-sama menggunakan masa dengan sebaik-baiknya di mana sahaja kita berada.  Ingatlah bahawa nilai seseorang muslim bukan dinilai daripada panjang atau pendek umur yang diberikan oleh Allah kepadanya, tetapi akan dinilai dengan apa yang telah dibuat olehnya untuk Allah dan agamanya.

Ahad, 25 November 2012

AMALAN

Awal pagi merupakan waktu penting untuk menentukan perjalanan hidup kita seharian. Mood pagi yang ceria dan gembira akan menghasilkan hari yang indah untuk kita dan orang lain. Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya mood pagi kita dimulakan dengan keadaan yang stress dan marah-marah, ini akan menyebabkan kerja seharian kita akan terganggu dan kualiti kerja kita akan menurun.
Berikut disenaraikan beberapa amalan mudah yang boleh kita amalkan pada setiap pagi:
Bangunlah awal pagi-setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita.
Bersegeralah menyucikan diri-ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajjud. Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 79:Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Banyakkanlah berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa-Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?” Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu.” (Riwayat al-Tirmizi)
Lakukanlah solat subuh berjemaah-Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya). Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Amalkan membaca Al-Mathurat selepas subuh-Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
Amalkan solat sunat Dhuha-Daripada Ibn Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: “Hai anak adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut.” (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)
Marilah kita semua cuba mengamalkan amalan mudah ini setiap pagi. Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaallah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita. Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim)

sumber: http://wanwma.com/agama/amalan-di-awal-pagi/

Khamis, 22 November 2012

5 TIP BANTU GAZA

5 Tip Mudah Untuk Bantu Gaza
 
5 tip tersebut diringkaskan menjadi formula berikut : Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin
 
1) Doa - Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang

2) Kaji - Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan

3) Boikot - Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel (kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)

4) Didik - Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.

5) Infaq - Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.
sumber: :http://www.tranungkite.net

Isnin, 5 November 2012

SEKITAR KONVENSYEN TAHUNAN KE-3/2012

Persembahan lagu-lagu nasyid oleh mutawwif
Jamuan Makan Malam
 

Ahad, 4 November 2012

AKAN DATANG....TUNGGGU KEMUNCULANNYA

Umrah transit Ethiopian...akan datang...Tunggu


 

KONVENSYEN TAHUNAN KE-3

Pada 3 November 2012, mulai jam 8.30 pagi - 11.00 malam, bertempat di Pacific Ballroom A, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur telah diadakan Konvenyen Tahunan kali ke-3 Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.   Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg. Datuk Haji Anan C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri.  Konvensyen kali ini dihadir lebih kurang 180 orang terdiri daripada Pengurus Cawangan, Ejen jualan dan Tour Manager, Mutawwif dan pegawai dan kakitangan Syarikat Andalusia. 
SESI PERTAMA & KEDUA
Ejen Jualan, Tour Manager & Syarikat Andalusia: Perspektif Undang-undang
Oleh:  Dr. Nuraisyah Chua Abdullah 
SESI KETIGA
Etika dan Garis Panduan Tour Manager
Oleh:  Puan Siti Norhuda binti Datuk Mahadi 
SESI KEEMPAT
Soal Jawab 
SESI KELIMA
Product Briefing
Oleh:  Tuan Haji Ibrahim Mat Sin 
8.00 malam:  Jamuan Makan Malam Tahunan 
11.00 malam:  Bersurai 
Semoga kita semua memdapat manfaatnya untuk menjayakan lagi perancangan kita untuk tahun hadapan dengan target 35,000 orang jemaah 2013.  (29,300 orang jemaah 2012).  Tahniah kepada semua.

Rabu, 31 Oktober 2012

TAWARAN PAKEJ ISTIMEWA

Terhad hanya 47 orang sahaja setiap penerbangan

Ahad, 28 Oktober 2012

MINA:- Pemandangan dari udara khemah jemaah haji di Mina di hari kedua melontar Jamrah.

sumber: UM/29 Oktober 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

SALAM AIDILADHA 1433H

Salam Aidilahda 1433H kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam.  Jangan lupa untuk kita berpuasa sunat hari Arafah esok 9 Zulhijah 1433H/25 Oktober 2012M.   Sementara itu saudara kita yang mengerjakan ibadah haji akan berwukuf di padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.
Dalam khemah di Padang Arafah pada musim haji 2006
 Disunatkan agar kita yang tidak mengerjakan ibadah haji agar berpuasa sunat padanya dan kelebihannya sangat besar. Antara kelebihan yang disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam adalah seperti berikut:

1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…

sumber: www.tranungkite.net

AIR TERJUN

Di Madinah pun ada Air Terjun...
Gambar ini diambil semasa melaksanakan umrah pada hujung April 2012

Jumaat, 19 Oktober 2012

TAHNIAH BUAT ADIK....(cot)

Bersama ayah, ibu, mak saudara, abang, kak ipar dan anak saudara
 
 

Khamis, 18 Oktober 2012

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG

1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI........
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EGO.......Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


sumber: melalui e-mail

PAKEJ UMRAH SV - 26 JULAI 2012

Sekitar perjalanan umrah Puan Hajah Rahmah dari Kuala Langat, Selangor dengan penerbangan Saudi Airlines (KLIA - Jeddah - Madinah - Mekah - Jeddah - KLIA) pada 26 Julai 2012 (awal Ramadan). Semoga Makcik Rahmah dikurniakan umrah Maqbullah.
 
Di Masjid Quba, Madinah
Bersama rakan umrah
Jabal Thur (kepala unta betina)
Bukit memanah di Jabal Uhud, Madinah
Mutawwif ustaz Muzakkir (vest biru) di Airport Haji Jeddah
dalam perjalanan pulang Jeddah - KLIA 8 Ogos 2012


Isnin, 15 Oktober 2012

SALAM BAITULLAH 2012

Ikuti perkembangan semasa jemaah haji di Tanah Suci melalui siaran SALAM BAITULLAH DI TV1, setiap hari mulai 9.00 - 10.00 malam

AIDILADHA 2012

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012" katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

BBK Negeri Selangor 2012

15 Oktober 2012, Shah Alam:  Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim telah melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz (SUK). 
YAB Tan Sri mencuba menggunakan Portal PRPM
 

MALAM BAHASA JIWA BANGSA

Nyanyian lagu rakyat Sarawak
Gendang Melayu Sarawak
Pada 8 Oktober 2012, jam 8.30 malam berkesempatan  menyaksikan Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang diadakan di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak bersempena Pelancaran BBK Peringkat Negeri Sarawak 2012.  Program malam ini diisi dengan pelbagai persembahan membawa kita menghayati erti BAHASA JIWA BANGSA itu sendiri.

INFO

Astana kediaman rasmi TYT Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru

Khamis, 11 Oktober 2012

PELANCARAN BBK 12 SARAWAK

YB sedang melayari sistem Bahasa Sukuan
Pelancaran BBK 12 Peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, wakil YAB Ketua Menteri Sarawak pada 8 Oktober 2012, bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.  Dalam majlis ini telah dilancarkan Pangkalan Data Bahasa Sukuan entik Sarawak bagi memperkayakan kosa kata bahasa Melayu.