UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 16 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE TUJUH - 26 Mac 2013, Selasa

4.30 pagi:  Masjidilharam solat subuh
6.45 pagi:  Balik hotel...sarapan pagi
7.30 pagi:  Rehat...kurang sihat
7.45 pagi;  Jemaah membuat ziarah luar Mekah, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah & Mina (melintas & memandang dari dalam bas), Masjid Ja'ranah & Miqat (umtuk umrah kedua).  Aku tidak turut serta dalam ziarah ini kerana kurang sihat.
11.30 pagi:  Masjidilharam solat zuhur...lepas solat balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat sekitika.
3.30 petang:  Masjidilharam...solat asar,  lepas solat ke Tanaim dengan van, bayaran SR10.00 seorang pergi - balik untuk miqat umrah badal arwah Uwan (panggilan nenek bagi orang Negeri Sembilan).  Uwan semasa hayatnya telah banyak memberikan nasihat dan panduan kepada aku untuk menjadi benar-benar seorang muslim dan selalu menasihatkan aku agar sentiasa melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.   Nasihat inilah yang aku genggam betul-betul hingga ke hari ini.   Perjalanan dengan Van dari Mekah ke Tanaim mengambil masa lebih kurang 20 minit jika trafik tidak sesak.  Aku berhagrap Uwan bahagia di sana dengan limpahan rahmat kasih sayang Yang Maha Esa.   Selepas solat sunat ihram, kembali semula ke Masjidilharam.
6.30 petang;  Solat Maghrib di ruang sei'...lepas solat teruskan tawaf umrah.   Masuk pusingan ke empat terserempak dengan Sdr. Iskandar (rakan sepejabat) yang datang satu hari lebih awal daripada aku di Dataran Kaabah.   Kami hanya sempat berjabat tangan sahaja, kerana aku ingin selesaikan tawaf sebelum masuk waktu Isyak, solat sunat tawaf.
8.05 malam:  Solat Isyak di Dataran Kaabah..Syahdu....selesai solat teruskan dengan sei umrah, malam ini jemaah terlalu ramai mengerjakan sei' mungkin juga  jemaah lebih selesa mengerjakan tawaf dan sei di waktu malam, kerana siangnya cuaca di Mekah agak panas sedikit.
10.00 malam:  Selesai sei dan bergunting....maka selesailah umrah arwah Uwan, aku memohon Yang Maha Esa menerimanya dengan ganjaran Umrah Maqbullah.  Amin.

Selepas...selesai umrah aku tidak balik ke hotel sebaliknya itikaf di Masjidilharam hingga ke solat subuh.  Aku cari lokasi tingkat 1, bersetentangan dengan Rukun Yamani, laksanakan solat-solat sunat, zikir munajat.   Kalau terlalu mengantuk baring sekejap.   Jam 4.00 pagi perut rasa tidak selesa.   Sebelum ke tandas aku pastikan Tasbih yang digunakan dimasukkan dalam beg sandang dan begitu juga botol kecil berisi air zamzam.  Ketika ini jemaah tidak ramai di tempat ini....memang selesa sekali untuk kita beribadah, ruangnya mempunyai penghawa dingin yang begitu nyaman.   Aku lalu di celah-celah jemaah yang kebanyakkannya sedang baring mungkin kepenatan dan keletihan.   Ke tandas bersihkan diri dan mengambil wuduk...aku masih berpakaian kain ihram.  Masuk semula ke dalam masjid untuk menanti masuknya waktu subuh, ya aku di tempat yang sama.    Aku buka beg sandang untuk mengambil Tasbih...ya seperti biasa untuk berzikir kepada Rab Yang Satu.   Aku dapati Tasbih kesayangan ini tiada dalam simpan beg sandang aku, puas aku cari.  Aku tanya seorang jemaah berbangsa arab yang duduk bersebelahan dengan aku semasa kami sama-sama itikaf malam tadi.  Katanya tidak Nampak.   Aku memang sudah pasti Tasbih ini aku masukkan dalam beg sandang sebelum aku bergerak ke tandas tadi.   Tasbih ini sudah aku gunakan hampir 10 tahun lamanya.    Ini merupakan kali kedua Tasbih aku hilang di Tanah Suci Mekah...kali pertama pada tahun 2011 semasa mengerjakan umrah juga.    Hingga ke akhir ini aku masih lagi memikirkan di manakah Tasbih ini berada, kenapakah ianya hilang dari genggaman jari jemari ku.

Sebagai gantinya, semasa pulang dari masjid selepas solat subuh...aku singgah di sebuah kedai yang menjual tasbih dan membeli seutas Tasbih Kayu yang nilai riyalnya murah sekali iaitu SR1.   Bagi aku yang penting bukan riyalnya...tetapi untuk apa digunakan.....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan