UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 19 Julai 2011

AKU TAKUT MATI

Kata orang, mati ialah perkara paling dekat dengan kita.

Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita.Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.

Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.

Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?

Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.

Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.

Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.

Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.

Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.

sumber: http://janganignore.blogspot.com

Rabu, 13 Julai 2011

UNTUK DIKONGSI BERSAMA...

SURAT AN NAML 89 – 93


Maksudnya:

89. Barangsiapa yang membawa kebaikan, Maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.


90. Dan barang siapa yang membawa kejahatan, Maka disungkurkan muka mereka ke dalam neraka, tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.

91. Aka Hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya Suci dan kepunyaan-Nyailah segala sesuatu, dan Aku diperintahkan supaya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

92. Dan supaya Aku membacakan Al-Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat Maka Katakanlah: “Sesungguhnya Aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan".

93. Dan Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, Maka kamu akan mengetahuinya dan Tuhan mu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.


SIAPA YANG ‘TIDAK TAKUT DAN TIDAK BERDUKACITA’?

Allah Taala ada berfirman, ertinya:
“Ketahui oleh mu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak berdukacita”

Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini,
Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya,
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati,
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan,

Di antara kehendak ayat ini:

Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia, kalau dia didatangkan ujian dan manusia tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan,
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak dengan kesakitan,
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya,
Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia,
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya,
Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia,
Kalau berlaku tidak pula susah hati,
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya,
Kalau tidak ada, redha hatinya,
Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang,
Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya,
Wali Aliah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta,
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita,
Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya,
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati,
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan sanak saudaranya,
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya,

Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya,
Yang dia berdukacita kalau berbuat dosa,
Dia takut kalau Tuhan tidak redha,
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,
Dia bimbang kalau tercabut imannya,
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya,
Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat,
Moga-moga ada kebenarannya.

kuliah zuhur, surau Al-Hukama.

Isnin, 4 Julai 2011

Menerima ucapan tahniah daripada YB Dr. Haji Mohd. Puah Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, pada 23 Jun 2011. Syukur, Alhamdulillah ini merupakan kali ke-3 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan satu kali menerima Anugerah Pekerja Terbaik mengikut kategori.

sumber: UM, 24 Jun 2011
MELALUI TEROWONG 55
(Ulang Tahun DBP ke-55, 1956-2011)

Melalui Terowong 55, jalannya tak mudah. Bertemu
Amsal dan kiasnya memilin wasangka kelabu.
Jalannya licin, gelincirnya berlumut hijau tebal
Kerikil tajam menikam, pecahan kaca merejam
Besi berkarat warisan krisis, namun kita tidak pesimis
Trektor dikendali aspalnya ditar, mengutuh kembali.

Bocor di bumbung melengkung, pintu zon rekah.
Jadual iklim system. Bawa budaya zaman sekolah
Yang tinggi. Aset baru, berfikir, mentafsir sejujurnya,
Sedinamik labah-labah menyirat sarang. Kita perintis
Mendukung Lidah Kongres 1956. Bentuk programa Alaf
Lidah Bahasa Utama Rumpun Melayu SeNusantara.

Inilah amsal komuniti lebah mengumpul madu.
Para literature dan linguis kalian perintis tamadun
Dengan sains baru. Lahir ribuan Za’ba dengan azam
Kependetaan. Ini Dampak mulia, ini Mandat Utama
Yang diLembagakan. Demi Cinta yang suci, hadapi
Khianat tengkulak. Demi Cinta, dirgahayu tak berganjak.

Bangkitlah Cinta Agung mendukung Bahasa Agung. Selepas
Terowong 55 ini, di hujung sama ada Cahaya Jiwa Bangsa.

SN DATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH – KEMALA
KUALA LUMPUR
3 – 4 JUN 2011
(dipetik dari Buku Cenderamata sambutan ulang tahun DBP ke-55)