dengan penerbangan Saudi Airlines
TAWARAN PAKEJ ISTIMEWA
Terhad hanya 47 orang sahaja
setiap penerbangan
Jadual Penerbangan Saudi Airlines (SV), Penerbangan terus ke Madinah/Jeddah
Jan 2013
Feb 20113
Mac 20113
April 20113
Mei 20113
Jun 20113
KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN
ATUR CARA UMRAH 12 HARI
HARI
|
TEMPAT
|
AKTIVITI
|
1
|
KUALA LUMPUR -
MADINAH
|
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum
masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah
untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut
oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke
hotel yang ditetapkan.
|
2
|
MADINAH (ZIARAH
DALAM)
|
Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta
berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat,
Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di
Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :
“Pahala
sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang
di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”
|
3
|
MADINAH (ZIARAH
LUAR)
|
Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk
sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul
dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti
Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma.
Selepas itu jemaah bebas beribadat.
ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet. |
4
|
MADINAH - MAKKAH
|
Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk
sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah
wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas),
jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu
(tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat
ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan
mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk
menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai
umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
|
5
|
MAKKAH
|
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang
subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta
berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit
Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti
Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi
Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin),
Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat
Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli
belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.
Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar
atau selepas Isya’ di dewan makan hotel.
|
6
|
MAKKAH
|
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk
sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di
lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal
Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar
seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk
bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.
|
7
|
MAKKAH
|
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk
sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di
lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk
bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram
untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat
di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.
|
8-10
|
MAKKAH
|
Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan
perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“pada ka’abah itu
ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf,
40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah”
ZIARAH PILIHAN
JEMAAH
A.
Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat
bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina
Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke
Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan
daripada pihak berkuasa
kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid
Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum
balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah….
(lawatan ini
tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh
berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan
tambahan SR30 seorang)
B.
Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua
Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’.
(perbelanjaan tambahan SR15
seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)
|
11-12
|
MAKKAH - JEDDAH -
KUALA LUMPUR
|
Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida
sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan
terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut
jadual yang ditetapkan. SELAMAT PULANG
DENGAN UMRAH MAQBULLAH.
|
NOTA
PENTING
·
Bagi jemaah umrah wanita sebelum
berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah anda kepada guru
agama/pembimbing untuk kelancaran umrah
·
Sebelum meninggalkan Makkah sila
periksa dahulu sama asa anda wajib membayar dan atau tidak di atas kesilapan
ketika menunaikan umrah
WAKTU
MAKAN
·
Sarapan pagi selepas Subuh
·
Makan tengah hari selepas Zohor
·
Minum petang selepas Asar (Makkah
sahaja)
·
Makan malam selepas Isya’
·
Minum sejuik/panas/roti 24 jam (Makkah Sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan