UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

PAKEJ

HARGA PAKEJ TERMASUK:
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Visa Umrah
  • Penginapan, Makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara.
  • Segala lawatan di dalam aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)
  • Insuran Berkelompok ( Bagi jemaah berumur 18 - 65 tahun sahaja pada hari penerbangan)
Notis: Perlindungan takaful ini tidak melindungi diri daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Selaras dengan Jadual Akta ke-4, Akta Industri Pelancongan, Jemaah /anggota pelancongan dinasihatkan membeli perlindungan insuran perjalanan.
 
PAKEJ INI TIDAK TERMASUK
  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  • Tambahan visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
 
PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH
Jemaah perlu menyediakan perkara berikut: 
  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 muka surat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4cm x 6cm berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
    • Dokumen tambahan bagi - Isteri pergi tanpa suami
      • Salinan K/P Suami
      • Salinan Surat Nikah
    • Dokumen tambahan bagi - Wanita bujang
      • Salinan Surat Lahir Sendiri
      • Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun atau
      • Salinan K/P Bapa
    • Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
      • Salinan K/P Bapa (Jika bapa tidak ikut serta)
      • Salinan Surat Kelahiran Sendiri atau
      • Salinan Surat Lahir dan Salinan K/P Adik Beradik Lelaki Lebih 18 Tahun
    • Dokumen tambahan bagi -Ibu mengikuti anak lelaki
      • Salinan Surat Lahir Anak Lelaki yang diikuti.
    • Dokumen tambahan bagi –Isteri mengikut suami
      • Salinan Surat Nikah 
Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan 30 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 30 hari sebelum 1 Ramadhan)

PENEMPAHAN
  1. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM 300 dan baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari sebelum penerbangan.
  2. Sila bayar terus ke dalam akaun Maybank:-
    Nama: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
    No. akaun: 5644-8110-2597
  3. Sila e-mel slip bayaran kepada: ujangwrj@yahoo.com atau hubungi Haji Abu Bakar bin Haji Buyong
  4. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM1,500).
  5. Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga kurang 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej dewasa ( MELAINKAN PENERBANGAN TERTENTU TANPA HARGA KANAK—KANAK ) 
  6. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
 
ZIARAH PILIHAN
  • Ziarah ke Hudaibiyah, Ladang Unta, Perigi Saidina Othman, Muzium Dua Masjid (Masjid Nabawi & Masjid Haram) dan kiswah (kilang kelambu ka'abah)- Bayaran tambahan SR30.
  • Mendaki Jabal Nur (selepas Isyak) melihat Gua Hera' tempat Nabi menerima wahyu yang pertama - Bayaran tambahan SR15.
ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
  • Penemuan baru - Masjid Tikar, Gua Uhud - Bayaran tambahan SR20
PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN
  • Badal (upah) haji dan umrah
  • Dam, korban dan aqiqah
SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ

Tertakluk kepada peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992,andalusia berhak untuk mengenakan bayaran minima caj servis RM50.00 bagi setiap pembatalan pakej dan:-
  • Bayaran visa penuh,sekiranya urusan visa telah di buat.
  • Surcaj/deposit tiket,sekiranya penempahan tiket telah di buat.
  • Surcaj hotel,sekiranya penempahan hotel telah di buat.
  • Bayaran RM 200.00 sekiranya beg atau buku panduan umrah tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
  • Caj pembatalan seperti peruntukan 3, jadual keempat akta industri pelancongan 1992 (Pendahuluan RM300 tidak dipulangkan sekiranya pembatalan kurang 45 hari dari tarikh pakej)
KURSUS BUKAN WAJIB ( Sabtu atau Ahad kecuali Ramadhan)
  • Dibimbing oleh Dato' Ust Hj Md Daud Che Ngah
  • Setiap Hari Sabtu dan Ahad
  • Jam 9.00 pagi - 1.00 t/hari
  • Di Pejabat Andalusia Travel & Tours di Kampung Pandan, KL
  • Anda dinasihatkan hadir kursus 30 hari sebelum berangkat ke Tanah Suci
 
PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH/ *MADINAH SV/MAS
  • *masa tertentu sahaja
  • kira-kira 8 jam 30 minit sampai ke destinasi.
  • Jadual Penerbangan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa

MAKLUMAT HOTEL/PENGINAPAN
MADINAH : HOTEL MUBARAK SILVER @ DURRAT FAYROZ @ GAWHARAT FAYROZ @ SETARAF (200m)
MEKAH : HOTEL THRAWAT MENSIA @ ROYAL SULTAN @ AL HARAM TOWER @ SETARAF (400-600m)


PANDUAN PAKAIAN/KEPERLUAN UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI

PAKAIAN LELAKIPAKAIAN WANITA
Tuala Ihram2Telekong Solat2
Tali pinggang1Mini Telekong2
Baju Biasa2Baju Kurung3
Baju Melayu2Baju Maxi2
Singlet Berlengan4Baju Tidur & Seluar Panjang2
Seluar Panjang2Stokin3
Kain Pelikat3Sarung Tangan1
Tuala Mandi2Tuala Mandi2
Tuala Kecil1Tuala Kecil1
Stokin2
Selipar Getah1Selipar Getah1
Kasut Biasa1kasut Biasa1

LAIN-LAIN KEPERLUAN
Buku Doa (kecil)1
Penyangkut Baju5
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci1
Gunting Kecil1
Beg Sejadah1
Lencana Nama1
Beg Bimbit Sederhana1
Ubat Gigi1
Berus Gigi1
Sabun Mandi1
Uncang Besar1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan