Kursus Umrah Percuma setiap hari Sabtu dan Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, di Wisma Andalusia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Disarankan kepada Jemaah yang telah mendaftar hadir kursus 3 minggu sebelum berangkat. Insyallah akan menambahkan lagi limu ibadah umrah.
Ahad, 2 Jun 2013
Sabtu, 1 Jun 2013
PAKEJ AIR ASIA X
Salam.
Yang berhajat untuk menunaikan umrah bersama penerbangan Air Asia X boleh hubungi kami segera. Kekosongan set masih ada untuk bulan Julai dan Ogos 2013.
Rabu, 29 Mei 2013
Selasa, 28 Mei 2013
Jumaat, 17 Mei 2013
Khamis, 16 Mei 2013
SELAMAT BERANGKAT
Tuan Haji Hamidon dan keluarga selamat berangkat menunaikan umrah esok 17 Mei 2013 umrah Transit Jordan + Petra, semoga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan kembali. Moga-moga mendapat umrah Maqbullah. Amin.
Rabu, 15 Mei 2013
Selasa, 14 Mei 2013
MASJID HUDAIBIYAH, MEKAH
Khamis, 9 Mei 2013
Khamis, 2 Mei 2013
RAUDHAH
Rabu, 1 Mei 2013
PAKEJ EKONOMI MAKKAH HILTON TOWER
Pakej Ekonomi Makkah Hilton Tower dengan penerbangan Saudi Airlines, jarak dari pintu Masjidilharam lebih kurang 50M.
PAKEJ BULAN RAMADAN SAUDI AIRLINES
Pakej bulan Ramadhan dengan penerbangan Saudi Airlines, penginapan di Makkah Hilton Tower lebih kurang 50M dari pintu Masjidilharam. Pakej termasuk berbuka puasa dan sahur.
PENERBANGAN AIR ASIA X
Salam semua,
Pakej penerbangan Air Asia X, tarikh 18 - 29 Mei 2013 dengan harga istimewa RM 4590 masih ada lagi kekosongan 30 set. Hubungi kami segera untuk tempahan dan pertanyaan.
Ahad, 28 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LIMABELAS - 3 APRIL 2013, Rabu - KLIA
12.30 tengah hari: Selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah semuanya OK. Agar penat sedikit menempuh perjalanan yang panjang lebih kurang 8 jam. Urusan mengambil bagasi agak mudah, cuma pembahagian air zam-zam agak kecoh sedikit, mungkin jemaah terlalu ramai. Walau bagaimanapun akhirnya semua jemaah mendapat air zam-zam masing walaupun ada terpaksa menunggu agak lama. Badan dah mula macam nak demam....tekak mula sakit....itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka mengerjakan umrah...ya...mungkin pertukaran cuaca dan udara. Aku merupakan jemaah terakhir keluar daripada balai ketibaan....kerana ingin memastikan jemaah dibawah tajaan aku memperolehi air zam-zam mereka secukupnya dan sempurna.
TERIMA KASIH SEMUA....HINGGA KITA BERJUMPA LAGI...DALAM UMRAH AKAN DATANG
| Dari kanan: Macik Maheran, Pakcik Deris, En. Yusof, Kak Salemah, Induk, Kak Ani, En. Zul, En. Wan, Nastaya, Kak Guy dan Macik Wok |
Jumaat, 26 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE EMPATBELAS -2 APRIL 2013,Selasa - TAWAF WIDA'
Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Tanah Suci Mekah. Sayu hati untuk meninggalkan Tanah yang penuh barakah ini. Setiap pertemuan akan ada perpisahan, itulah ketentuan yang ditetapkan oleh Allah Yang Maha Easa. Yang hidup akan menemui kematian. Seperti biasa rutin harian dilaksankan seperti biasa juga. Selepas solat subuh dan sarapan pagi kami mengemas pakaian dan barangan yang dibeli dan membungkus beg-beg dengan kemas agar tidak pecah. Maklum saja petugas hotel dan lapangan terbang menguruskan bagasi jemaah dengan agak kasar. Dalam kesibukan menyusun barang-barang dan pakaian,...aku menerima sms daripada Pak Cik (Pak Lang) yang meminta aku membelikannya buah Tin jika masih di Mekah. Katanya sakit lamanya datang kembali (buasir), kata orang buah Tin amat baik untuk mengubati sakit buasir. Aku jawap, smsnya 'Insyallah'...saya masih di Mekah, petang nanti baru ke Jeddah.
Kami diminta kumpulkan bagasi/beg masing-masing sebelum ke masjidilharam (solat zuhur) di lobi hotel mengikut nombor bas yang ditetap bagi memudahkan petugas hotel menguruskannya.
11.00 pagi: Ke Masjdilharam....untuk solat zuhur, sebelum masuknya waktu solat aku hubungi Sdr. Zam zahari (sahabat lama), kebetulan ketika itu berada di Mekah menunaikan umrah untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah kami bertemu di ruang solat berhampiran pintu no. 1. Kami sama-sama solat zuhur di Masjidilharam. Ini merupakan solat zuhur terakhir aku di sini buat kali ini. Semoga aku dijemput lagi ke sini sekerap mungkin beribadah di Tanah penuh barakah ini. Selepas solat kami bersalaman, mengucapakn selamat jalan. Aku akan kembali ke Tanah air, manakala sdr. Zam akan meneruskan ziarah ke Madinah keesokan harinya.
1.00 petang: Tawaf Wida', cuaca memang panas ketika ini, semoga Allah memberikan kelapangan kepada ku. Selasai tawaf, solat sunat tawaf dan membaca doa tawaf wida' sudah semestinya pipi dibasahi air jernih keluar dari kelopak mata. Mohon Yang Esa memberikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki semoga aku boleh kembali lagi ke sini, beribadah di sini.
2.30 petang: ....Sayunya hati untuk meninggalkan Rumah Yang Ya Allah...bertolak ke Jeddah (bas no. 3). Perut agak lapar....kerana semasa di Mekah, tidak sempat untuk makan tengah hari agak terlewat sedikit balik ke hotel. Tidak menjadi masalah.
4.30 petang: Sampai di Airport Antarabangsa Jeddah....hanya bas kami (no.3) sampai dahulu. Bas no. 1, 2 dan 4 bersantai di Masjid Terapong Jeddah. Aku tidak tahu macam mana tidak keselarasan program ini berlaku....mungkin mutawwif tidak menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Aku agak sempati kepada Jemaah yang pertama kali sampai di sini....ya ingin melihat Masjid Terapong Jeddah yang amat sinonim dengan Jemaah haji/umrah Malaysia. Kami berehat di Airport yang lama kerana penerbangan kami jam 11.15 malam.

| suasana di Airport Jeddah |
| Gambar kenangan di Airport Jeddah sebelum berangkat pulang |
11.15 malam: Berlepas ke KLIA. Dalam penerbangan kami semua rehat habis...tidur....(dalam penerbangan ini terdapat 2 pakej Andalusia iaitu SV20 dan SV21 April 2013).
Selasa, 23 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE TIGABELAS -1 APRIL 2013, Isnin
4.30 pagi: Seperti biasa ke masjidilharam untuk beribadah, melaksanakan solat-solat sunat dan solat fardu.
5.30 pagi: Balik hotel untuk sarapan dan rehat
12.00 tengah hari: Solat zuhur di masjidilharam, cuaca tengah hari ini panas sedikit. Alhamdulillah boleh tahan lagi.. Selesai solat balik hotel untuk makan tengah hari....rehat jap.
3.30 petang: Ke Tanaim dengan Makcik Maheran (adik ayah) untuk miqat umrah (arwah Atok buat kali kedua) ambil van berhampiran dengan hotel Dal Tauhid. Solat Asar di Masjid Tanaim, solat sunat ihram dan niat umrah....kembali semula ke masjidilharam dengan menaiki bas (tambang SR 2).
| Kerja-kerja pembesaran masjidilharam giat dilaksanak |
| Mekah dikala senja |
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE DUABELAS - 31 Mac 2013, Ahad
4.30 pagi: Solat subuh di Masjidilharam, selesai solat subuh ke Tanaim untuk Miqat Umrah. Kemudian kembali semula ke Masjidilharam untuk laksanakan tawaf dan sei; umrah (umrah badal arwah uwan buat kali kedua). Selesai jam 8.45 pagi.
9.00 pagi: Beli kebab dan roti canai (bangla..sedap tau) ditampal dengan telur, di tempat biasa, dekat ZamZam Tower. Makan di laluan kaki lima kedai sambil santai. Alhamdulillah diberikan kekuatan hari ini untuk beribadah. Selesai makan....ke bilik air untuk berwuduk.
11.00 pagi: Kembali semula ke masjidilharam untuk itikaf dan wirid, di tingkat 2 (nyaman ada penghawan dingin).
12.25 tengah hari: Solat zuhur. Balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat jap sebelum asar.
3.15 petang; Solat asar di masjidilharam, ya selepas asar ke Tanaim untuk Miqat Umrah lagi sekali (umrah badal arwah Moyang buat kali kedua). Solat Maghrib dan Isyak di masjidilharam, selesai umrah jam 9.00 malam.
10.00 malam: Rehat....penat sangat ni.
10.00 malam: Rehat....penat sangat ni.
| Aduh...penatnya....tidur jap.. |
| Ruang Sei'...Jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak apabila melalui ruang lampu hijau |
| Batu asal Buku Safa |
| Batu asal Bukit Marwah...rasanya sejuk apabila dipijak |
UMRAH: Air Asia X
Umrah dengan Penerbangan Air Asia X, hubungi kami untuk tempahan set dan pertanyaan. Haji Abu Bakar bin Haji Buyong, Ejen Pemasaran Andalusia Travel & Tours. Harga dari RM 4590.00.
Isnin, 22 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEBELAS - 30 Mac 2013, Sabtu
4.30 pagi: Seperti biasa ke masjidilharam untuk solat subuh, selesai solat ambik Van berhampiran kawasan masjid Kuching (masjid ini sudah dirobohkan bagi pembesaran masjidilharam). Kembali semula ke masjidilharam untuk laksanakan tawaf dan sei' umrah. Alhamdulillah selesai 9.00 pagi. Rehat jap di masjid hingga 10.00 pagi.
10.30 pagi: Cari makanan di gerai yang menjual pelbagai jenis makanan berhampiran ZamZam Tower (Menara Jam). Aku beli Ayam Goreng (5 ketul..kecil-kecil aje) dan Roti Arab (Broast, harga SR13.00). Ambil makanan duduk sambil santai di kaki lima (laluan perjalanan kaki) berhampiran Pasaraya Ben Dawood (pasaraya yang terkenal di sini yang menjual pelbagai jenis produk kering dan basah). Sambil menikmati Ayam Goreng dan Roti Arab tiba-tiba aku disapa oleh seseorang. Dia kenalkan diri...saya dari Afghanistan, hanya musafir (naik bas dari negaranya) ke sini kerana Allah (umrah). Aku lihat wajahnya dia macam seorang yang jujur, memakai pakaian Afghanistan berwarna putih. Dia bertanya aku, dari mana. Aku "kata daripada Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Katanya " Malaysia bagus...cantik. Katanya dia tahu Malaysia dari siaran TV, "Malaysia terkenal dengan Menara KLCC". katanya. Aku bertanya kepadanya " Siapa nama Haji". "Abdul Mutalib, umur saya dalam 70an," jawapnya ringkas. Dia juga bertanya akan nama aku, "Abu Bakar", jawap aku pendek. Masyallah...tuan hebat nama itu, nama itu tertulis dalam Masjid Nabawi katanya. Semoga tuan memdapat umrah yang diterima Allah katanya lagi. Akhir perbualan kami...dia menyampaikan hasratnya memohom agar aku dapat memberikan SR30.00 sebagai tambang bas untuk membolehkannya ziarah ke Madinah. Aku lihat wajahnya seketika, adakah ianya jujur atau sebaliknya. Kerana di sini ramai menjadi penipu?. untuk mendapatkan sempati Jemaah. Ya...mungkin ianya jujur dan ikhlas. Aku hulurkan SR10.00 kepadanya sambil menyatakan, "maaf tuan ini sahaja yang mampu untuk saya berikan, cuba tuan minta daripada jemaah yang lain kata aku". Kalau boleh untuk ke Madinah hari ini juga, katanya. Selepas itu aku meminta izin untuk ke bilik air (wuduk) dan ke Masjidilharam untuk solat zuhur.
| Di tiang inilah aku berbual dengannya |
| Broast...ayam goreng dan roti arab...sedap..cubalah |
Ahad, 21 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEPULUH - 29 Mac 2013, Jumaat
4.30 pagi; Solat subuh di Masjidilharam
6.30 pagi: Sarapan pagi...Nasi Lemak dan Roti Bakar
7.00 pagi : Rehat
7.30 pagi: Majlis Tahlil dan Ceramah Agama
11.00 pagi: Ke Masjdilharam untuk solat Jumaat....ruang solat telah penuh dan sesak oleh Jemaah. Beginilah keadaannya jika datang lambat ke masjid...sukar mendapat tempat...dapat tempat di tingkat 1, masuk melalui pintu 78. Masuknya waktu solat zuhur hari ini 12.25 tengah hari. Selepas solat balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat sebentar.
4.30 petang: Ke masjidilharam untuk solat Asar. Alhamdulillah, bumi Mekah dibasahi hujan lebat lebih kurang 15 minit. Kebetulan ketika itu aku sedang berjalan di Dataran Masjid dalam keadaan berpakaian ihram. Hujan turut 2 minit sebelum azan asar. Habis basah ihram aku....Alhamdulillah.
Selepas solat asar ke Tanaim bersama Encik Wan Azaham dan Kak Guy untuk miqat umrah. Kemudian kembali semula ke Masjidilharam untuk laksanakan tawaf dan sei' umrah. Alhamdulillah selesai jam 9.00 malam selepas solat Isyak.
10.00 malam: Alhamdulillah....rehat.
| Lihat takungan air...ni selepas hujan berhenti..Alhamdulillah hujan rahmat. |
10.00 malam: Alhamdulillah....rehat.
| Ruang di Dataran Kaabah sentiasa penuh dengan Jemaah bertawaf |
| Pekerja binaan...pastinya sibuk untuk menyiapkan bangunan tambahan Masjidilharan mengikut jadual |
| Beginilah keadaannya setiap kali selepas solat....sesak dengan jemaah |
Jumaat, 19 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEMBILAN - 28 Mac 2013, Khamis
4.30 pagi: Ke Masjidilharam...solat subuh....selesai solat...terus dapatkan van berhampiran kawasan Perpustakaan (tapak rumah kelahiran Nabi S.A.W) bersama Kak Ani, Acik Maheran. Pagi ni sarapan roti kosong dengan air meniral sahaja. (roti kosong pun bahagi 3 dengan Kak Ani dan Acik Maheran). Kali ini buat umrah badal untuk arwah Atok Othman (Atok sebelah emak). Selepas miqat balik semula ke Masjdilharam untuk tawaf, sei' dan bergunting....selesai jam 10.30 pagi. Selepas itu...beli Kebat...digerai menjual pelbagai jenis makanan arab...berhampiran Pasaraya Ben Dawood dengan harga SR3 satu...SEDAP...(mungkin perut dah lapar kot).
11.00 pagi: ambil wuduk di tempat wuduk bawah Tanah di Dataran Masjid. Masuk masjid semula dan pilih tempat di tingkat 1 (tempat biasa) Itikaf di masjid hingga solat zuhur. Balik hotel...makan tengah hari (bertambah..haaa 2 pingang).
2.00 petang: Rehat....kali ini tidak larat ke masjid untuk solat asar (terlalu penat)....solat di bilik aje.
6.00 petang: Ke Masjid untuk solat Marghrib dan Isyak.
9.00 malam: Balik hotel....makan malam.
10.00 malam: Rehat.
Khamis, 18 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LAPAN - 27 Mac 2013, Rabu
Seperti biasa...4.30 pagi ke Masjidilharam untuk solat subuh, balik hotel 6.45 pagi untuk sarapan. Dalam perjalanan balik sempat jalan-jalan dipersekitaran penginapan (hotel) lihat pasar pagi di Mekah. Suasananya sama seperti di tempat kita, menjual pelbagai sayuran, daging kambing segar dan lain-lain keperluan harian.
| Hotel di Mekah |
11.30 pagi: Ke Masjidilharam untuk solat zuhur.
3.30 petang: Ke Masjidilharam untuk solat asar...Lepas solat ambil van ke Tanaim untuk umrah badal arwah Moyang Bedah. Tawaf selepas solat maghrib...solat Isyak....sambung sei'...selesai jam 9.30 malam. Balik hotel...makan malam...rehat....hari ini agak letih sedikit,
Selasa, 16 April 2013
MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE TUJUH - 26 Mac 2013, Selasa
4.30 pagi: Masjidilharam solat subuh
6.45 pagi: Balik hotel...sarapan pagi
7.30 pagi: Rehat...kurang sihat
7.45 pagi; Jemaah membuat ziarah luar Mekah, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah & Mina (melintas & memandang dari dalam bas), Masjid Ja'ranah & Miqat (umtuk umrah kedua). Aku tidak turut serta dalam ziarah ini kerana kurang sihat.
11.30 pagi: Masjidilharam solat zuhur...lepas solat balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat sekitika.
3.30 petang: Masjidilharam...solat asar, lepas solat ke Tanaim dengan van, bayaran SR10.00 seorang pergi - balik untuk miqat umrah badal arwah Uwan (panggilan nenek bagi orang Negeri Sembilan). Uwan semasa hayatnya telah banyak memberikan nasihat dan panduan kepada aku untuk menjadi benar-benar seorang muslim dan selalu menasihatkan aku agar sentiasa melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Nasihat inilah yang aku genggam betul-betul hingga ke hari ini. Perjalanan dengan Van dari Mekah ke Tanaim mengambil masa lebih kurang 20 minit jika trafik tidak sesak. Aku berhagrap Uwan bahagia di sana dengan limpahan rahmat kasih sayang Yang Maha Esa. Selepas solat sunat ihram, kembali semula ke Masjidilharam.
6.30 petang; Solat Maghrib di ruang sei'...lepas solat teruskan tawaf umrah. Masuk pusingan ke empat terserempak dengan Sdr. Iskandar (rakan sepejabat) yang datang satu hari lebih awal daripada aku di Dataran Kaabah. Kami hanya sempat berjabat tangan sahaja, kerana aku ingin selesaikan tawaf sebelum masuk waktu Isyak, solat sunat tawaf.
8.05 malam: Solat Isyak di Dataran Kaabah..Syahdu....selesai solat teruskan dengan sei umrah, malam ini jemaah terlalu ramai mengerjakan sei' mungkin juga jemaah lebih selesa mengerjakan tawaf dan sei di waktu malam, kerana siangnya cuaca di Mekah agak panas sedikit.
10.00 malam: Selesai sei dan bergunting....maka selesailah umrah arwah Uwan, aku memohon Yang Maha Esa menerimanya dengan ganjaran Umrah Maqbullah. Amin.
Selepas...selesai umrah aku tidak balik ke hotel sebaliknya itikaf di Masjidilharam hingga ke solat subuh. Aku cari lokasi tingkat 1, bersetentangan dengan Rukun Yamani, laksanakan solat-solat sunat, zikir munajat. Kalau terlalu mengantuk baring sekejap. Jam 4.00 pagi perut rasa tidak selesa. Sebelum ke tandas aku pastikan Tasbih yang digunakan dimasukkan dalam beg sandang dan begitu juga botol kecil berisi air zamzam. Ketika ini jemaah tidak ramai di tempat ini....memang selesa sekali untuk kita beribadah, ruangnya mempunyai penghawa dingin yang begitu nyaman. Aku lalu di celah-celah jemaah yang kebanyakkannya sedang baring mungkin kepenatan dan keletihan. Ke tandas bersihkan diri dan mengambil wuduk...aku masih berpakaian kain ihram. Masuk semula ke dalam masjid untuk menanti masuknya waktu subuh, ya aku di tempat yang sama. Aku buka beg sandang untuk mengambil Tasbih...ya seperti biasa untuk berzikir kepada Rab Yang Satu. Aku dapati Tasbih kesayangan ini tiada dalam simpan beg sandang aku, puas aku cari. Aku tanya seorang jemaah berbangsa arab yang duduk bersebelahan dengan aku semasa kami sama-sama itikaf malam tadi. Katanya tidak Nampak. Aku memang sudah pasti Tasbih ini aku masukkan dalam beg sandang sebelum aku bergerak ke tandas tadi. Tasbih ini sudah aku gunakan hampir 10 tahun lamanya. Ini merupakan kali kedua Tasbih aku hilang di Tanah Suci Mekah...kali pertama pada tahun 2011 semasa mengerjakan umrah juga. Hingga ke akhir ini aku masih lagi memikirkan di manakah Tasbih ini berada, kenapakah ianya hilang dari genggaman jari jemari ku.
Sebagai gantinya, semasa pulang dari masjid selepas solat subuh...aku singgah di sebuah kedai yang menjual tasbih dan membeli seutas Tasbih Kayu yang nilai riyalnya murah sekali iaitu SR1. Bagi aku yang penting bukan riyalnya...tetapi untuk apa digunakan.....?

Langgan:
Catatan (Atom)

Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter