UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Isnin, 22 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEBELAS - 30 Mac 2013, Sabtu

4.30 pagi:  Seperti biasa ke masjidilharam untuk solat subuh, selesai solat ambik Van berhampiran kawasan masjid Kuching (masjid ini sudah dirobohkan bagi pembesaran masjidilharam).  Kembali semula ke masjidilharam untuk laksanakan tawaf dan sei' umrah.  Alhamdulillah selesai 9.00 pagi.  Rehat jap di masjid hingga 10.00 pagi.
10.30 pagi:  Cari makanan di gerai yang menjual pelbagai jenis makanan berhampiran ZamZam Tower (Menara Jam).    Aku beli Ayam Goreng (5 ketul..kecil-kecil aje) dan Roti Arab (Broast, harga SR13.00).   Ambil makanan duduk sambil santai di kaki lima (laluan perjalanan kaki) berhampiran Pasaraya Ben Dawood (pasaraya yang terkenal di sini yang menjual pelbagai jenis produk kering dan basah).    Sambil menikmati Ayam Goreng dan Roti Arab tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.    Dia kenalkan diri...saya dari Afghanistan, hanya musafir (naik bas dari negaranya) ke sini kerana Allah (umrah).   Aku lihat wajahnya dia macam seorang yang jujur, memakai pakaian Afghanistan berwarna putih.  Dia bertanya aku, dari mana.   Aku "kata daripada Malaysia" (dalam bahasa Inggeris).   Katanya " Malaysia bagus...cantik.   Katanya dia tahu Malaysia dari siaran TV, "Malaysia terkenal dengan Menara KLCC". katanya.   Aku bertanya kepadanya " Siapa nama Haji".  "Abdul Mutalib, umur saya dalam 70an," jawapnya ringkas.   Dia juga bertanya akan nama aku, "Abu Bakar", jawap aku pendek.   Masyallah...tuan hebat nama itu, nama itu tertulis dalam Masjid Nabawi katanya.   Semoga tuan memdapat umrah yang diterima Allah katanya lagi.  Akhir perbualan kami...dia menyampaikan hasratnya memohom agar aku dapat memberikan SR30.00 sebagai tambang bas untuk membolehkannya ziarah ke Madinah.   Aku lihat wajahnya seketika, adakah ianya jujur atau sebaliknya.   Kerana di sini ramai menjadi penipu?.  untuk mendapatkan sempati Jemaah.  Ya...mungkin ianya jujur dan ikhlas.    Aku hulurkan SR10.00 kepadanya sambil menyatakan, "maaf tuan ini sahaja yang mampu untuk saya berikan, cuba tuan minta daripada jemaah yang lain kata aku".   Kalau boleh untuk ke Madinah hari ini juga, katanya.   Selepas itu aku meminta izin untuk ke bilik air (wuduk) dan ke Masjidilharam untuk solat zuhur.

Di tiang inilah aku berbual dengannya
Broast...ayam goreng dan roti arab...sedap..cubalah
 

Ahad, 21 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEPULUH - 29 Mac 2013, Jumaat

4.30 pagi;  Solat subuh di Masjidilharam
6.30 pagi:  Sarapan pagi...Nasi Lemak dan Roti Bakar
7.00 pagi :  Rehat
7.30 pagi:  Majlis Tahlil dan Ceramah Agama
11.00 pagi:  Ke Masjdilharam untuk solat Jumaat....ruang solat telah penuh dan sesak oleh Jemaah.  Beginilah keadaannya jika datang lambat ke masjid...sukar mendapat tempat...dapat tempat di tingkat 1, masuk melalui pintu 78.   Masuknya waktu solat zuhur hari ini 12.25 tengah hari.  Selepas solat balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat sebentar.
4.30 petang:  Ke masjidilharam untuk solat Asar.  Alhamdulillah, bumi Mekah dibasahi hujan lebat lebih kurang 15 minit.   Kebetulan ketika itu aku sedang berjalan di Dataran Masjid dalam keadaan berpakaian ihram.  Hujan turut 2 minit sebelum azan asar.    Habis basah ihram aku....Alhamdulillah.
Lihat takungan air...ni selepas hujan berhenti..Alhamdulillah hujan rahmat.
Selepas solat asar ke Tanaim bersama Encik Wan Azaham dan Kak Guy untuk miqat umrah.   Kemudian kembali semula ke Masjidilharam untuk laksanakan tawaf dan sei' umrah.  Alhamdulillah selesai jam 9.00 malam selepas solat Isyak.

10.00 malam:  Alhamdulillah....rehat.
Ruang di Dataran Kaabah sentiasa penuh dengan Jemaah bertawaf
Pekerja binaan...pastinya sibuk untuk menyiapkan bangunan
 tambahan Masjidilharan mengikut jadual

Beginilah keadaannya setiap kali selepas solat....sesak dengan jemaah
 

Jumaat, 19 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE SEMBILAN - 28 Mac 2013, Khamis

4.30 pagi:  Ke Masjidilharam...solat subuh....selesai solat...terus dapatkan van berhampiran kawasan Perpustakaan (tapak rumah kelahiran Nabi S.A.W) bersama Kak Ani, Acik Maheran.   Pagi ni sarapan roti kosong dengan air meniral sahaja.  (roti kosong pun bahagi 3 dengan Kak Ani dan Acik Maheran).   Kali ini buat umrah badal untuk arwah Atok Othman (Atok sebelah emak).     Selepas miqat balik semula ke Masjdilharam untuk tawaf, sei' dan bergunting....selesai jam 10.30 pagi.   Selepas itu...beli Kebat...digerai menjual pelbagai jenis makanan arab...berhampiran Pasaraya Ben Dawood dengan harga SR3 satu...SEDAP...(mungkin perut dah lapar kot).
11.00 pagi:  ambil wuduk di tempat wuduk bawah Tanah di Dataran Masjid.   Masuk masjid semula dan pilih tempat di tingkat 1 (tempat biasa) Itikaf di masjid hingga solat zuhur.   Balik hotel...makan tengah hari (bertambah..haaa 2 pingang).
2.00 petang:  Rehat....kali ini tidak larat ke masjid untuk solat asar (terlalu penat)....solat di bilik aje.
6.00 petang:  Ke Masjid untuk solat Marghrib dan Isyak.
9.00 malam:  Balik hotel....makan malam.
10.00 malam:  Rehat.

Khamis, 18 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LAPAN - 27 Mac 2013, Rabu

Seperti biasa...4.30 pagi ke Masjidilharam untuk solat subuh, balik hotel 6.45 pagi untuk sarapan.   Dalam perjalanan balik sempat jalan-jalan dipersekitaran penginapan (hotel) lihat pasar pagi di Mekah.   Suasananya sama seperti di tempat kita, menjual pelbagai sayuran, daging kambing segar dan lain-lain keperluan harian.
Hotel di Mekah
11.30 pagi:  Ke Masjidilharam untuk solat zuhur.
3.30 petang:  Ke Masjidilharam untuk solat asar...Lepas solat ambil van ke Tanaim untuk umrah badal arwah Moyang Bedah.   Tawaf selepas solat maghrib...solat Isyak....sambung sei'...selesai jam 9.30 malam.    Balik hotel...makan malam...rehat....hari ini agak letih sedikit,

PAKEJ RAMADAN 2013 - HILTON TOWER


Selasa, 16 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE TUJUH - 26 Mac 2013, Selasa

4.30 pagi:  Masjidilharam solat subuh
6.45 pagi:  Balik hotel...sarapan pagi
7.30 pagi:  Rehat...kurang sihat
7.45 pagi;  Jemaah membuat ziarah luar Mekah, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur (Arafah), Muzdalifah, Jamrah & Mina (melintas & memandang dari dalam bas), Masjid Ja'ranah & Miqat (umtuk umrah kedua).  Aku tidak turut serta dalam ziarah ini kerana kurang sihat.
11.30 pagi:  Masjidilharam solat zuhur...lepas solat balik hotel untuk makan tengah hari dan rehat sekitika.
3.30 petang:  Masjidilharam...solat asar,  lepas solat ke Tanaim dengan van, bayaran SR10.00 seorang pergi - balik untuk miqat umrah badal arwah Uwan (panggilan nenek bagi orang Negeri Sembilan).  Uwan semasa hayatnya telah banyak memberikan nasihat dan panduan kepada aku untuk menjadi benar-benar seorang muslim dan selalu menasihatkan aku agar sentiasa melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.   Nasihat inilah yang aku genggam betul-betul hingga ke hari ini.   Perjalanan dengan Van dari Mekah ke Tanaim mengambil masa lebih kurang 20 minit jika trafik tidak sesak.  Aku berhagrap Uwan bahagia di sana dengan limpahan rahmat kasih sayang Yang Maha Esa.   Selepas solat sunat ihram, kembali semula ke Masjidilharam.
6.30 petang;  Solat Maghrib di ruang sei'...lepas solat teruskan tawaf umrah.   Masuk pusingan ke empat terserempak dengan Sdr. Iskandar (rakan sepejabat) yang datang satu hari lebih awal daripada aku di Dataran Kaabah.   Kami hanya sempat berjabat tangan sahaja, kerana aku ingin selesaikan tawaf sebelum masuk waktu Isyak, solat sunat tawaf.
8.05 malam:  Solat Isyak di Dataran Kaabah..Syahdu....selesai solat teruskan dengan sei umrah, malam ini jemaah terlalu ramai mengerjakan sei' mungkin juga  jemaah lebih selesa mengerjakan tawaf dan sei di waktu malam, kerana siangnya cuaca di Mekah agak panas sedikit.
10.00 malam:  Selesai sei dan bergunting....maka selesailah umrah arwah Uwan, aku memohon Yang Maha Esa menerimanya dengan ganjaran Umrah Maqbullah.  Amin.

Selepas...selesai umrah aku tidak balik ke hotel sebaliknya itikaf di Masjidilharam hingga ke solat subuh.  Aku cari lokasi tingkat 1, bersetentangan dengan Rukun Yamani, laksanakan solat-solat sunat, zikir munajat.   Kalau terlalu mengantuk baring sekejap.   Jam 4.00 pagi perut rasa tidak selesa.   Sebelum ke tandas aku pastikan Tasbih yang digunakan dimasukkan dalam beg sandang dan begitu juga botol kecil berisi air zamzam.  Ketika ini jemaah tidak ramai di tempat ini....memang selesa sekali untuk kita beribadah, ruangnya mempunyai penghawa dingin yang begitu nyaman.   Aku lalu di celah-celah jemaah yang kebanyakkannya sedang baring mungkin kepenatan dan keletihan.   Ke tandas bersihkan diri dan mengambil wuduk...aku masih berpakaian kain ihram.  Masuk semula ke dalam masjid untuk menanti masuknya waktu subuh, ya aku di tempat yang sama.    Aku buka beg sandang untuk mengambil Tasbih...ya seperti biasa untuk berzikir kepada Rab Yang Satu.   Aku dapati Tasbih kesayangan ini tiada dalam simpan beg sandang aku, puas aku cari.  Aku tanya seorang jemaah berbangsa arab yang duduk bersebelahan dengan aku semasa kami sama-sama itikaf malam tadi.  Katanya tidak Nampak.   Aku memang sudah pasti Tasbih ini aku masukkan dalam beg sandang sebelum aku bergerak ke tandas tadi.   Tasbih ini sudah aku gunakan hampir 10 tahun lamanya.    Ini merupakan kali kedua Tasbih aku hilang di Tanah Suci Mekah...kali pertama pada tahun 2011 semasa mengerjakan umrah juga.    Hingga ke akhir ini aku masih lagi memikirkan di manakah Tasbih ini berada, kenapakah ianya hilang dari genggaman jari jemari ku.

Sebagai gantinya, semasa pulang dari masjid selepas solat subuh...aku singgah di sebuah kedai yang menjual tasbih dan membeli seutas Tasbih Kayu yang nilai riyalnya murah sekali iaitu SR1.   Bagi aku yang penting bukan riyalnya...tetapi untuk apa digunakan.....?

Isnin, 15 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE ENAM - 25 Mac 2013, Isnin

Waktu Solat di Mekah:

Subuh:      5.02 pagi
Zuhur:      12. 27 tengah hari
Asar:         3.53 petang
Maghrib:   6.34 petang
Isyak:        8.04 malam

12.00 tengah hari:  Ke Masjidilharam untuk solat zuhur...balik hotel makan tengah hari (badan tidak selesa, makan ubat..demam)
3.30 petang:  Solat asar di Masjidilharam...selepas asar hantar Kak Ani, Induk, Acik dan Encik Yusof membeli minyak Wangi di Safwa Tower yang terletak betsebelahan ZamZam Tower (Menara Jam).  Induk belanja roti canai di D'Saji Felda di tingkat 3, Safwa Tower.

Terima kasih Induk...belanja roti canai (SR3.00 sekeping)..best..
6.15 petang:  Ke Masjid untuk solat Maghrib dan Isyak
9.00 malam:  Balik hotel...makan malam....badan panas balik, makan ubat..rehat.

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LIMA - 24 Mac 2013, Ahad

Seperti biasa Jemaah akan solat subuh di Masjid Nabawi, hari ini merupakan hari terakhir kami di Madinah.  Terlalu sayu rasanya untuk berpisah dengan Rasulullah S.A.W.
9.00 pagi:  Semua Jemaah diminta letakkan beg di lobi hotel (bagi memudahkan urusan petugas hotel memyusun beg-beg Jemaah dalam bas mengikut kumpulan yang ditetapkan). 
10.00 pagi:  Ke Masjid Nabawi, mendapat ruang untuk solat sunat di Raudhah agak lama juga (polis yang bertugas telah memberi ruang kepada aku pagi ini).   Hari ini aku agak beruntung kerana dapat solat zuhur di belakang imam saf yang ketiga (dapatlah lihat muka imam).   dan laksanakan ziarah wida sebelum solat zuhur.  Selepas solat balik hotel...makam tengah hari.   Bersiap berpakaian ihram.

Tempat imam mengimamkan solat
 
3.30 petang:  Bertolak ke Mekah (agak lewat kerana urusan memunggah beg-beg Jemaah tergendala disebabkan kesesakan trafik).
Jemaah dalam ihram dalam perjalanan ke Mekah
Miqat di Masjid Bir Ali (umrah pertama). 
Pokok pisang yang terdapat perkarangan Taman Mini Masjid Bir Ali, Madinah
Masjid Bir Ali
Dalam perjalanan singgah di Wadi Kudek untuk makan malam Nasi Mandy, satu dulang lima orang yang ditaja oleh pihak Andalusia dan solat Maghrib jamak Isyak.  teruskan perjalanan (terlupa nak gambar semasa makan nasi Mandy). 
11.00 malam:  Selamat sampai di Mekah, kami ditempat di Hotel Tharawat Monsia lebih kurang 500 M dari Masjidilharam.  Ambil kunci bilik, beg dan  rehat sebentar di bilik.
Dari kiri Kak Salimah, Induk Marina dan Mak Cik Maheran, kepenatan baru samapi
Ha..bilik 807
 
Dari kri Mak Cik Maheran, Kak Ani, Encik Yusof dan
 Pak Cik Deris di lobi hotel baru sampai
 1.00 pagi:  Laksanakan tawaf dan sei dibimbing oleh Mutawwif, Ust Ahmad Nauli, selesai 4.00 pagi.  Semasa sei Jemaah telah berpecah.   Saya dapati Pak Cik Deris tiada dalam kumpulan puas di cari tetapi tidak dijumpai.  Saya berdoa agar ianya selamat.
5.02 pagi:  Masuk waktu sloat subuh.
6.45 pagi:  Balik hotel, sampai di hotel saya dapati Pak Cik Deris terbaring keletihan di sofa lobi hotel.  (Alhamdulillah ianya selamat).  Katanya dia balik dengan Ust Ahmad Nauli.  Sarapan pagi di level 'S'.
7.15 pagi:  Rehat....kurang sihat badan mula macam nak demam, banyakkan minum air zam-zam.
 

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE EMPAT - 23 Mac 2013, Sabtu

Hari ini Jemaah bebas melakukan ibadah....ada sebahagian memilih untuk membuat Ziarah Pilihan dengan bayaran tambahan ke Kilang Al-Quran (hanya lelaki sahaja) dan Lapangan Magnet.  Tetapi aku dan rakan-rakan yang lain lebih selesa untuk ke Raudhan dan itikaf di Masjid Nabawi.

Ahad, 14 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KETIGA - 22 Mac 2013, Jumaat

Seperti biasa solat subuh di Masjid Nabawi, jam 6.30 pagi sarapan pagi.   Berkumpul di lobi hotel jam 7.00 pagi untuk lawatan/ziarah luar (sekitar Madinah), iaitu Masjid Quba' (solat sunat 2 rakkat), Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud (lihat dari dalam basa sahaja) dan membeli belah di Pasar Kurma dan Ladang Kurma. 
Sekitar ziarah luar Madinah
Masjid Quba'
Ruang solat utama Masjid Quba'
 
Kurma baru nak berputik
 
11.00 pagi: Balik hotel
11.30 pagi:  Ke masjid untuk solat Jumaat, selesai solat balik hotel untuk makan tengah hari (memang berselera sangat...puyuh masak sambal, sayur timur, sotong masak lemak pedas)
2.00 petang:  Rehat
3.30 petang:  Solat Asar tidak balik, tunggu sampai Isyak.  Makan Kebab dekat luar kawasan masjid.
9.00 malam:  Balik hotel...makan malam
10.00 malam:  Rehat

Jumaat, 12 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KEDUA - 21 Mac 2013, Khamis

1.00 pagi:  Bangun, bersihkan diri, ke Masjid Nabawi untuk solat subuh
6.00 pagi:  Sarapan pagi
7.00 pagi:  Ziarah Dalaman.  Makam Rasulullah S.A.W. dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi. 
10.00 pagi:  Jemaah bebas untuk melaksanakan ibadah

waktu solat di Madinah
Azan subuh di Madinah akan berkumandang sebanyak 2 kali, iaitu satu jam sebelum masuk waktu dan azan kedua apabila masuknya waktu solat.

Khamis, 11 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH, SV 20 MAC 2013 - HARI PERTAMA

20 Mac 2013 yang lalu saya dengan 11 orang jemaah dibawah tajaan saya telah berangkat ke Tanah Suci bersama dengan 177 orang jemaah dibawa kelolaan Andalusia Travel & Tours.   Peringkat awalnya, saya telah ditawarkan sebagai Tour Leader oleh Andalusia untuk Umrah Ziarah Oman pada 13 Mac 2013.   Tetapi tawaran ini terpaksa saya tolak demi 11 orang jemaah tajaan saya pada 20 Mac 2013 (SV), kerana saya telah berjanji untuk bersama mereka ke Tanah Suci.     Seperti mana yang dijanjikan, jam 12.00 tengah hari 20 Mac kami berkumpul di kaunter K, aras 5, KLIA untuk urusan daftar masuk dan taklimat perjalanan oleh pegawai Andalusia yang bertugas.   Urusan di KLIA, mudah tiada masalah. 
3.00 petang:  Berlepas ke Madinah
6.15 petang (waktu Saudi):  Transit di Riyadh
7.15 malam: Teruskan penerbangan ke Madinah, yang mengambil lebih kurang 2 jam
8.15 malam:  Hidangan makan malam disajikan
 MENGGAPAI RIDA' ILAHI
Ya Allah berkati perjalanan ini
Perjalanan menuju Tuhan Yang Satu
Sesungguhnya kedatangan ku
Membawa ribuan gumpulan harapan
Hamba yang hina
Mohon keampunan
Perjalanan penuh keindahan
Ciptaan Yang Maha Esa
Dari jendela kapal ini
Ku lihat ruang angkasa terbentang luas tanpa sempadan
tiada gantungan, kepulan awam
membentuk pemandangan menakjukkan
di awam biru
lapan jam perjalanan tiada jemu
zikir memuji Mu Ilahi
rindu ku pada Mu tiada luput
mohon kedatangan ku
disambut sebagai hamba
tidak pohon permaidani terbentang
hanya ku pinta keampunan Mu jua
ketetapan iman dalam agama Mu
beribadah di rumah Mu penuh barakah
Ya Ilahi
 
20 Mac 2013, KL - Riyadh
6.00 petang (Saudi)/11.00 malam (Malaysia) 
 
 

10.00 malam:  Selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Mohammad Abdulziz, Madinah.  Ambil bagasi, serah passport antarabangsa kepada muassasah.
11.00 malam:  Daftar masuk hotel. Ambil kunci bilik (115), Kak Ani, Makcik Maheran, Induk dan Kak Salemah (114) manakala Kak Guy sekeluarga (122) dan makan malam dilevel M.  Masuk bilik.  Rehat.