Membeli belah di kota Mekah: Jemaah tidak perlu bimbang, kerana sebahagian besar peniaga di Mekah amat memahami bahasa Melayu, jemaah tidak akan menghadapi masalah dalam urusan membeli belah di sini. Mungkin ada segelintir peniaga kadang kalanya kurang fasih untuk melafaskannya, khususnya istilah yang berkaitan dengan jual-beli. Bagaimanapu jemaah harus berhati-hati kerana tidak semua peniaga di sini mempunyai sifat jujur dan amanah dalam urusan jual-beli. Bahkan ada peniaga mengambil kesempatan atas kelalaian kita.
Jika jemaah ingin membeli kurma terutamanya kurma nabi yang mempunyai khasiatnya itu sebagai buah tangan untuk saudara dan sahabat handai di tanah air, sebaiknya di beli di ladang atau pasar kurma di Madinah. Kerana di sana harganya lebih murah dan mempunyai kualiti lebih baik.
peniaga jalanan ini muncul selepas solat subuh atau asar |
Untuk membeli di Mekah adalah dicadangkan jemaah bolehlah pergi ke Safwa Tower, berhampiran dengan Menara Jam, di sini banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan untuk dijadikan buah tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan