10.00 malam sebahagian jemaah dibawa mendaki Jabal Nur biasa juga disebut Gua Hira. Terletak di sebelah Timur Laut Masjidil Haram dengan ketinggian sekitar 621 m dari permukaan laut. Untuk mendakinya sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang satu jam. Di siniilah Rasulullah s.a.w. menyendiri dan beribadah sebelum diangkat menjadi nabi.
Gua Hira inilah tempat dimana Malaikat Jibril datang menemui nabi dengan membawa wahyu pertama. iaitu:
"Bacalah dengan menyebut nama TuhanMu yang menciptakan" (Q, s. al-'Alq/93:1). Kemudian Nabi melihat Jibril dekat dengan Hira, dan suatu saat Gunung tersebut berseru; "tinggallah di Hira ini...."sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis.
pintu masuk ke Gua Hira |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan