Kemudiannya jemaah dibawa melawat Ladang Kurma, di ladang ini terdapat berbagai jenis kurma yang masih segar. Kita boleh makan sebanyak mana yang kita boleh secara percuma, kalau nak bawa balik kenalah beli...harganya pun boleh tahan juga. Di sini aku pekena air teh panas Pak Arab dengan daun pudina (percuma) sementara menunggu jemaah membeli belah.
Ladang Kurma |
Santai di Ladang Kurma sambil menghirup teh panas arab |
Perjalanan ke Ladang Kurma |
Di pasar kurma, kurma yang paling istimewa ialah kurma Najwa (Kurma Nabi), harganya agak mahal iaitu gred 'A' mencecah sehingga 80 RS sekilo. Aku berbelanja kurma sahaja hampir 400 RS...sebagai buah tangan untuk keluarga di tanah air. Apabila kita datang ke sini...buah tangan yang paling istimewa ialah air zam-zam dan kurma, itulah yang dinanti-nantikan oleh keluarga dan sahabat handai kita di tanah air.
Berbelanjalah yang semampunya secara tidak langsung kita menyumbang ke arah pembangunan kota Madinah yang dicintai ini. Udara di sini merupakan ubat bagi segala penyakit oleh itu kita tidak digalakan untuk memakai 'mask'.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan