Safawa Tower blok no. 3 depan, dari kiri menara jam
|
Selepas solat Asar di Masjidilharam, jalan-jalan dan minum petang bersama Zul Bakar di Safwa Tower terletak berhampiran dengan Masjidilharam apabila kita keluar melalui gate King Abdul Aziz. Kebetulan kami bertemu dengan salah seorang Tour Leader Andalusia Haji Wan (berasal dari Pahang) di restoran Disaji (milik Felda). Kebetulan juga kami sama-sama memakai Vest Andalusia berwarna biru. Tour Leader sememangnya diwajibkan memakaian vest ini ketika berada di Mekah mahupun di Madinah sebagai pengenalan kepada jemaah yang tersasar secara tidak langsung mempertingkatkan imej korporat syarikat. Kami bersalaman, Haji Wan memberitahu kami, yang ianya menghadapi sedikit masalah kerana ada seorang jemaah dibawah seliaannya mengalami masalah mental (tidak siuman) apabila tiba di Mekah, jemaah ini berasal dari selatan tanah air, katanya.
Aku terbayangkan mungkinkah jemaah yang aku jumpa didalam Masjdilharam selepas solat zohor tadi, jemaah ini rupa parasnya seperti orang Melayu berdiri di tengah-tengah tangga pintu keluar melalui Gate King Abdul Aziz, memakai songkok dililit dengan kain reben berwarna oren dan kalau tidak silap aku memakai baju batik dan berseluar hitam dan sentiasa tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah jemaah yang sedang berpusu-pusu untuk keluar Masjdilharam selepas solat Zohor, dan ianya amat gembira apabila ada antara jemaah yang mengambil gambarnya. Malangnya aku tidak teringat langsung untuk mengambilnya. Mungkin ada hikmatnya?
Sebagai berkongsi pengalaman, perbanyakkanlah solat taubat dan memohom ampun dari Yang Maha Esa dan sesama manusia sebelum kita sampai di sini. Semoga Allah menyambut kedatangan kita. InsyAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan