6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, pagi ini jemaah akan dibawa melakukan ziarah luaran sekitar kota Madinah. Setiap bas akan dipimpin oleh seorang mutawwif yang bertindak sebagai pemandu pelancong memberikan penerangan setiap tempat yang dilawati.
MASJID QUBA
Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibina oleh Rasulullah s.a.w. bersama sahabat Baginda sebaik sahaja sampai berhijrah ke Madinah. Terletak lebih kurang 5 km dari Masjid Nabawi, salah satu kelebihan masjid ini barang siapa solat sunat dua rakaat di dalamnya akan mendapat pahala seperti satu umrah. Berkaitan dengan keutamaan masjid ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa berwuduk di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba dan bersolat di dalamnya maka baginya adalah pahala seperti pahala umrah." (hadis riwayat al-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, al-Hakim dan disohih oleh yang lain).
Rasulullah s.a.w. sentiasa datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu sama ada berjalan kaki ataupun menunggang unta. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.
Masjid Quba |
Di dataran Masjid Quba |
Ruang dalam Masjid Quba |
Mak Cik bersama Kak Ani di Masjid Quba |
MASJID QIBLATAIN
Selepas itu jemaah dibawa menziarah Masjid Qiblatain. Dinamakan dengan Qiblatain (Dua Kiblat) adalah bersempena dengan peristiwa pertukaran kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'abah di Mekah pada tahu ke-2 Hijrah.
Firman Allah s.w.t. turun ke tika Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat sedang solat Zuhur berjemaah di dalam masjid ini. Dalam rakaat kedua turunlah wahyu Allah yang memerintahkan agar Nabi s.a.w. mengubah kiblat ke arah Baitullah di Mekah Mukaramah. Firman ini sebagaimana disebutkan dalam Surah al-Baqarah ayat 144.
Kiblat asal yang menghala ke Masjid al-Aqsa |
Ruang solat utama Masjid Qiblatain |
Terletak kira-kira 1 km dari Masjid Quba. Dinamakan dengan Jumaat kerana di sinilah pertama kalinya Rasulullah mendirikan solat Jumaat bersama penduduk Wadi Ranuna' semasa dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Quba ke Madinah.
Masjid Jumaat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan