6.30 pagi jemaah dibawa melaksanakan Ziarah Dalaman, iaitu ziarah Makam Rasullullah s.a.w, Abu Bakar al-Shiddiq r.a. dan Khalifah Umar bin Khattab r.a. kemudian jemaah dibawa ke Raudhah untuk solat sunat dan berdoa di sini. Selepas itu ziarah perkuburan Baqi', tanah perkuburan Baqi' ini terletak tidak begitu jauh dari Masjid Nabawi. Di sinilah dimakamkan Khalifah ketiga iaitu Usman bin Affan, isteri-isteri dan juga anak-anak Baginda Rasulullah s.a.w.. Diriwayatkan juga di sinilah dimakamkan kira-kira 10,000 orang sahabat Nabi s.a.w.
|
Tanah Perkuburan Baqi' |
Selepas sesi ziarah ini jemaah bebas untuk beribadah dan beriktikaf di Masjid Nabi sehingga masuknya waktu solat jumaat.
|
Payung di dataran masjid kembang secara
automatik sekira cuaca panas |
|
Pemandangan waktu senja di Masjid Nabi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan