UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Khamis, 7 Jun 2012

KEISTIMEWAAN MEKAH

Kak Ani (baju hitam) bersama
 Yati di Hudaihiyah

Walaupun pertama kali dijemput IIahi menjadi tetamu Nya di tanah suci, hati ni sungguh teruja dan takut, apakah ujian yang akan Allah berikan pada ku bila berada di sana nanti. Hati ni tak sabar dan berdebar menanti hari yang ditetapkan, siang dan malam sentiasa berdoa pada-Nya agar sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik ketika bila berada tanah suci nanti dan juga sekembalinya ke tanahair nanti. Alhamdullillah permintaan aku mungkin dimakbulkan , syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada Yang Maha Esa.   Di tempat ini aku dianugerahkan kesihatan yang sungguh baik tiada demam, batuk sekali pun selsema.   Dengan kesihatan yang baik ini aku sentiasa mempunyai azam dan semangat yang jitu untuk pergi menunaikan solat di Masjidil Haram.   Dan aku berazam sedaya upaya agar dapat membuat umrah sunat sebanyak mungkin.   Ketika melakukan tawaf  hati ini sentiasa tenang dan tenteram mengelilingi Kaabah yang mulia.  Rumah pertama didirikan di muka bumi ini.
Semasa melaksanakan sa'i agak penat sedikit, jarak antara Safa dan Marwah boleh tahan jugak jauhnya.………tapi syukur pada Yang Pada Satu semasa berjalan membuat sa'i tumit kaki ini tidaklah terasa sakit seperti sebelumnya.…..kalau tidak sebelum ni tumit ini selalu saja sakit apabila bangun dari tidur. Sehingga sekarang tumit aku dah tak rasa sakit lagi…..mungkin hikmah banyak berjalan semasa sa'i dan tawaf, seperkara lagi aku tak pernah rasa letih atau lapar bila berada di Mekah……ini mungkin jugak aku banyak meminum air zam zam….walaupun kurang tidur pada malam hari, aku tak pernah pula tertidur pada siang harinya……..agaknya terlalu seronok sangat dan mungkin juga aku berniat datang ke Mekah semata-mata untuk beribadat sebanyak mungkin…..apabila berada di Masjidil Haram hati sungguh tenang dan syahdu sekali…..
Setiap hari selepas solat Asar aku tidak balik ke hotel, sebaliknya aku beritikaf di Masjidil Haram dan membuat tawaf sunat sendirian selepas solat Asar langsung tunggu hingga ke solat Isyak. Aku lebih suka bersendirian….begini lebih syahdu rasanya.   Selepas tawaf sunat dan solat sunat aku akan duduk beritikaf di dataran Kaabah sambil minum air zamzam yang pernah dengan barakah sambil memerhatikan gelagat jemaah yang lain beribadah mengikut mahzab masing-masing.   Selalunya apabila jam hampir pukul 6.00  petang polis Masjidil Haram yang bertugas di dataran Kaabah akan meminta jemaah wanita bergerak ke dalam ruang solat wanita di dalam masjid.   Pada waktu beginilah dataran Kaabah dikhususkan untuk jemaah lelaki menuaikan solat Mahgrib dan Isyak.  Jadi aku terpaksalah bergerak masuk ke dalam ruang solat wanita dalam masjid, sementara menunggu masuknya waktu solat,  ruang masa yang ada di sini aku memperbanyakan solat taubat dan berzikir…..pada suatu hari semasa menunggu masuknya waktu solat Isyak pinggang aku terasa agak sakit…..aku fikir mungkin juga duduk terlalu lama ….sambil aku memicit-micit pinggang, aku ditegur oleh seorang perempuan tua lebih kurang umurnya dalam lingkungan 80an,
Kak Ani, belakang kanan
 dan Azhar, depan kanan sekali
 di Dataran Ka'abah

"sakit ke?", tanya perempuan tua itu. 
"Ya", jawap ku pendek.
kemudian perempuan tua itu,  menawarkan dirinya untuk mengurut aku.
"Tak apalah", jawab aku.
Nampaknya dia bersungguh hendak menolong aku.
Aku disuruhnya berbaring dan terus dia mengurut badan aku yang gebu (gemuk) ini…
Ya Allah..sedapnya….pada hal dia urut bukanlah kuat sangat cuma picit-picit aje tapi sungguh sedap sekali…ringan badan rasanya, aku ucapkan terima kasih banyak padanya dan kami berbual seketika dalam bahasa yang kami sama-sama tidak memahami bak kata macam  "ayam dengan itik" aje.
Kesempatan beberapa hari berada di Mekah kebanyakkanya.....jemaah semuanya baik-baik belaka tidak kira bangsa dan warna kulit ataupun bahasa yang dituturkan, tujuan kami adalah sama hanya yang Satu.

Satu ketika aku terbatal wuduk,  Kalau nak pergi ambil wuduk di tempat yang disediakan memanglah jauh.   Maka aku pun berwuduk dengan menggunakan paip air zamzam yang terdapat dalam masjid, tetapi kalau hendak mengambil wuduk dengan air zamzam agak payah sedikit kita perlukan bantuan orang lain untuk menekan punat paip.   Hari itu nasib aku agak baik sedikit, aku dibantu oleh seorang pekerja masjid.  Pekerja masjid itu menolong menekankan punat paip, aku cuma tadah tangan sajalah dan berwuduk seperti biasa.
Begitulah rutin aku setiap hari….pergi balik masjid, tawaf sunat, itikaf dan umrah sunat.  Tidak perlu fikirkan masalah kerja dan sebagainya.  Tumpuan aku hanya untuk yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Pada hari terakhir sebelum meninggalkan Mekah, jemaah diwajibkan membuat tawaf wida’ iaitu tawaf selamat tinggal.  Aku laksanakan tawaf wida' sendirian selepas solat zohor dalam keadaan cuaca yang panas terik, matahati betul-betul di atas kepala, selesai tawaf aku terus mencari ruang di Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf.   Nasib agak baik, aku diberi ruang untuk solat sunat tawaf betul-betul di depan Makam Ibrahim.   Ketika sedang solat aku dipayungi dengan payung oleh polis yang menjaga di situ, terharu rasanya kebaikan yang diberikan kepada dalam saat yang aku akan meninggal Kaabah yang mulia ini .
Di Airport Madinah sebelum
 berlepas pulang ke tanah air

Kalau tidak sebelum ini, aku selalu solat sunat jauh di belakang iaitu bukan tempat jemaah bertawaf mungkin juga polis itu tahu,  yang aku hari ini adalah hari terakhir berada di Mekah….jadi aku dilayan dengan baik…syukur alhamdullillah……terlalu banyak yang aku dapat nikmat dan fadhilat semasa berada di Mekah.  Tentunya Allah masih sayang pada ku.

Terima banyak pada Hj. Burn, Yati dan suaminya Azhar kerana telah banyak memberikan bantuan kepada aku.……..sepanjang berada di Mekah dan di Madinah.
Aku mohon diberikan lebihan rezeki, Insya’Allah aku akan ke sana lagi, mungkin tahun depan……lagi…..lagi…..lagi….

Ka'abah, Mekah dan Madinah sentiasa dirindui....kenangan akan disemat dalam sanubari.
Sentiasa bersyukur.
Kak Ani adalah jemaah umrah SV 24 April - 7 Mei 2012. (KLIA - Mekah -Madinah - KLIA)

Catatan yang dicatat oleh jemaah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan