6.00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Madinah Al-Munawarah. Kebanyakan jemaah mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seketika. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ini cuma dipenuhi dengan padang dan gunung pasir sahaja.
9.00 malam sampai di Madinah, kami dapati jemaah baru selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Nabawi yang penuh barakah itu. Di Madinah kami di tempat di hotel Durrat Al Fayroz lebih kurang 150 m dari Masjid Nabawi. Ketibaan kami disambut oleh Pengurus Andalusia di Madinah iaitu Ust. Hanafi dan pegawai yang lain. Selesai agihan kunci bilik jemaah naik ke bilik masing-masing dan berehat setelah menampuh perjalanan yang panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan