Hari ini adalah hari terakhir kami di sini, semua jemaah dikehendaki membuat ziarah wada' sebelum meninggalkan kota Madinah. Aku melaksanakannya selepas solat Asar. Ziarah Wada' ke makam Rasulullah s.a.w. iaitu ziarah perpisahan dengan makam Baginda Nabi s.a.w. dimaksudkan umtuk memberikan penghormatan kali terakhir kepada Rasulullah s.a.w. ketika hendak meninggalkan Kota Madinah.
Kini kami setelah pun selesai pengembaraan mencari kebahagiaan hakiki di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Maka tibalah masanya untuk kami membuat persiapan untuk pulang ke tanah air, walaupun hati kecil kami berat berbuat demikian. Kami pastikan tiada barang atau beg yang tertinggal atau tercicir. Jam 5.00 petang kami (5 buah bas) bertolak ke Airport Madinah, mengambil masa lebih kurang setengah jam. Perjalanan kami ke Airport diiringi oleh Mutawwif. Urusan bagasi jemaah diuruskan oleh mutawwif iaitu Ust. Alam Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan