8.00 pagi lebih kurang 60 jemaah dengan menaiki dua bas bertolak ke Ospan lebih kurang 72 km daripada Masjidil Haram. Lawatan kali ini hanya ingin melihat kesan telaga yang pernah diludahi Rasulullah s.a.w. satu ketika dulu. Apa yang difahamkan oleh mutawwif, air telaga ini ketika dalulu rasanya masin dan tidak boleh diminum oleh manusia mahupun binatang. Selepas diludahi oleh Rasulullah s.a.w. air telaga ini bertukar rasa menjadi 'payau'. Telaga ini terletak di tengah-tangah padang pasir antara Mekah dan Madinah.
Telaga ini masih kekal hingga ke hari ini, cuma airnya disalurkan melalui paip menggunakan kawalan janakuasa.
jemaah beratur untuk merasai air telaga |
isyarat 'bagus'... |
Telaga asal...telah ditutup, airnya disalurkan melalui paip dengan menggunakan kawalan janakuasa |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan