Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
VIDEO UMRAH SIRI-1, 16 - 31 MEI 2010
Sekadar berkongsi pengalaman, mungkin ada manfaatnya untuk kita bersama. Setidaknya meruntun jiwa kita untuk ke sana. Semoga Allah memberikan kita rezeki dan kesihatan yang baik, mudah-mudahan hasrat untuk ke sana mendapat restu-Nya. Amin.
Khamis, 21 Julai 2011
Selasa, 19 Julai 2011
AKU TAKUT MATI
Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita.Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.
Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.
Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?
Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.
Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.
Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.
Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.
Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.
sumber: http://janganignore.blogspot.com
Rabu, 13 Julai 2011
UNTUK DIKONGSI BERSAMA...
SURAT AN NAML 89 – 93 89. Barangsiapa yang membawa kebaikan, Maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.
90. Dan barang siapa yang membawa kejahatan, Maka disungkurkan muka mereka ke dalam neraka, tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.
91. Aka Hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya Suci dan kepunyaan-Nyailah segala sesuatu, dan Aku diperintahkan supaya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
92. Dan supaya Aku membacakan Al-Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat Maka Katakanlah: “Sesungguhnya Aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan".
93. Dan Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, Maka kamu akan mengetahuinya dan Tuhan mu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.
SIAPA YANG ‘TIDAK TAKUT DAN TIDAK BERDUKACITA’?
Allah Taala ada berfirman, ertinya:
“Ketahui oleh mu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak berdukacita”
Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini,
Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya,
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati,
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan,
Di antara kehendak ayat ini:
Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia, kalau dia didatangkan ujian dan manusia tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan,
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak dengan kesakitan,
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya,
Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia,
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya,
Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia,
Kalau berlaku tidak pula susah hati,
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya,
Kalau tidak ada, redha hatinya,
Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang,
Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya,
Wali Aliah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta,
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita,
Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya,
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati,
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan sanak saudaranya,
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya,
Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya,
Yang dia berdukacita kalau berbuat dosa,
Dia takut kalau Tuhan tidak redha,
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,
Dia bimbang kalau tercabut imannya,
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya,
Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat,
Moga-moga ada kebenarannya.
kuliah zuhur, surau Al-Hukama.
Isnin, 4 Julai 2011
Menerima ucapan tahniah daripada YB Dr. Haji Mohd. Puah Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, pada 23 Jun 2011. Syukur, Alhamdulillah ini merupakan kali ke-3 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan satu kali menerima Anugerah Pekerja Terbaik mengikut kategori.sumber: UM, 24 Jun 2011
(Ulang Tahun DBP ke-55, 1956-2011)
Melalui Terowong 55, jalannya tak mudah. Bertemu
Amsal dan kiasnya memilin wasangka kelabu.
Jalannya licin, gelincirnya berlumut hijau tebal
Kerikil tajam menikam, pecahan kaca merejam
Besi berkarat warisan krisis, namun kita tidak pesimis
Trektor dikendali aspalnya ditar, mengutuh kembali.
Bocor di bumbung melengkung, pintu zon rekah.
Jadual iklim system. Bawa budaya zaman sekolah
Yang tinggi. Aset baru, berfikir, mentafsir sejujurnya,
Sedinamik labah-labah menyirat sarang. Kita perintis
Mendukung Lidah Kongres 1956. Bentuk programa Alaf
Lidah Bahasa Utama Rumpun Melayu SeNusantara.
Inilah amsal komuniti lebah mengumpul madu.
Para literature dan linguis kalian perintis tamadun
Dengan sains baru. Lahir ribuan Za’ba dengan azam
Kependetaan. Ini Dampak mulia, ini Mandat Utama
Yang diLembagakan. Demi Cinta yang suci, hadapi
Khianat tengkulak. Demi Cinta, dirgahayu tak berganjak.
Bangkitlah Cinta Agung mendukung Bahasa Agung. Selepas
Terowong 55 ini, di hujung sama ada Cahaya Jiwa Bangsa.
SN DATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH – KEMALA
KUALA LUMPUR
3 – 4 JUN 2011
(dipetik dari Buku Cenderamata sambutan ulang tahun DBP ke-55)
Isnin, 20 Jun 2011
"1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia" Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke
Ceramah ke-2, bertajuk "Patriotisme Dan Keselamatan" disampaikan oleh Dato' Seri Zaini Haji Md. Said.
Isnin, 13 Jun 2011
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
SEPANG - KLIA
9.15 pagi: Alhamdulilah, selamat mendarat di KLIA...semuanya OK tiada jemaah kehilangan bagasi dan air zam-zam....hingga jumpa lagi. Kemaafan jua dipinta, sekiranya ada kesilapan dan kekasaran bahasa ketika saya menguruskan tuan/puan. Ahad, 12 Jun 2011
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
AIRPORT ANTARABANGSA BAHRAIN
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH - AIRPORT HAJI, JEDDAH
5.30 pagi: Selepas solat subuh, jemaah diminta melaksanakan tawaf wida' secara pensendirian atau berkumpulan. Aku membawa Pak Yasir (agak uzur), adik membawa ayah, emak, mak Teh di bawa oleh wan Peah. Selepas tawaf wida' jemaah tidak dibenarkan untuk membeli belah, hanya terus balik ke hotel untuk sarap pagi dan bersiap untuk ke Jeddah.
7.30 pagi: Berkumpul di Lobi Hotel untuk Taklimat Perjalanan ke Jeddah, Bahrain dan seterusnya ke Kuala Lumpur yang diberikan oleh Tour Leader.. Urusan pasport dan tiket jemaah di Pejabat Andalusia.
8.00 pagi: Bertolak ke Jeddah diiringi oleh Mutawwif, ust Imam hingga ke sempadan Airport Haji. Kami dimaklumkan mutawwif tidak dibenarkan memasuki kawasan Airport, sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi, denda akan dikenakan dalam anggaran SR 2000 hingga SR 5000 seorang. Oleh itu, semua urusan di Airport akan diuruskan oleh Tour Leader. Dalam perjalanan ke Jeddah...saya telah membuat kutipan SR 10 seorang bagi memudahkan urusan bagasi dan air zam-zam di Airport nanti, ini adalah pengalaman saya semasa mengerjakan umrah tahun lepas (2010). Dan sedikit derma daripada jemaah untuk ust. Imam, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas bantuan dan tunjuk ajar beliau semasa kami mengerjakan umrah "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Terma Kasih Ust...daripada kami. Di sempadan Airport kami berhenti sebentar untuk menurunkan Ust. Imam dan mengambil Pek Makanan untuk jemaah (Nasi Bungkus).
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH - UMRAH TANAIM (umrah terakhir)
6.30 pagi: Ke Tanaim untuk miqat umrah. kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah
10.30 pagi: Selesai tawaf, sei dan tahalul umrah, selepas itu jemaah bebas beribadah di Masjidil Haram.
Petang: Jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram dan membeli belah
10.00 malam: Taklimat tawaf wida' (program ini lambat dimaklumkan...iaitu 2 jam sebelum program berlangsung) maka ramai jemaah tidak dapat hadir.
Assalamualaikum.
Kami memohon kerjasama pengunjung blog semua mengundi lagu "Tasbih Cinta - Rayyan" bagi melayakkan lagu tersebut tersenarai dalam 10 lagu pilihan utama di Carta IkimFM. Minggu ini adalah minggu terakhir bagi lagu tersebut tersenarai dalam pencalonan lagu baru dalam carta. Undilah sebanyak yang boleh, tetapi menggunakan e-mel yang berbeza.
Cara mengundi:
1) pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai:
- lagu dalam carta dan/atau
- lagu pencalonan baru
- lagu Tasbih Cinta – Rayyan, diletakan no. 1
2) hantarkan undian anda ke e-mel cartaikimfm@hotmail.com
Contoh:
PILIHAN SAYA IALAH
1. TASBIH CINTA - RAYYAN
2. BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES
3. SEINDAH BICARA - INSTINCT
4. KU BERSAKSI - FIRDAUS
5. KAU TERHEBAT - NUR ONE
E-MEL PILIHAN LAGU TERSEBUT KE cartaikimfm@hotmail.com
Berikut adalah senarai lagu dalam carta, dan pencalonan lagu baru.
CARTA NASYID IKIM.FM 12/06/2011 (Minggu 116)
1. Keinsafan Diri – Fursan (-) (13)
2. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+1) (8)
3. Kerana Doa – Nowseeheart (+1) (26)4. Kau Terhebat – Nur One (+6) (4)
5. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (13)
6. Kita Berbeza – Demascus (+2) (3)
7. Seindah Bicara – Instinct (-5) (11)
8. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-2) (6)
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (-2) (9)
10. Kembali Pada Mu – Mirwana (-1) (2)
Pencalonan Baru
Peribadi Unggul – Fursan
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
Tasbih Cinta – Rayyan
Hijrah – UNIC
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip
Makluman, rancangan ini akan bersiaran setiap hari minggu mulai jam 9.30 - 10.00 pagi di radio IkimFM
SEGALA SOKONGAN SAHABAT-SAHABAT KAMI UCAPKAN "SYUKRAN JAZILAN"
Khamis, 9 Jun 2011
Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower,
Jam Diraja Mekah ini dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari. Detikan pertama jam ini ialah pada 1 Ramadan, bersamaan 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi. Menara jam ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram.
lihat langit, ingat kebesaran Allah. Insya Allah dapat pahala
lihat menara jam dapat pahala ke?
Inilah dikatakan tanda-tanda di akhir zaman makin hampir.
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH - UMRAH TANAIM
4.30 petang: Selepas solat Asar, Majlis Tahlil dan
LAWATAN PILIHAN: PROGRAM MENDAKI GUA HIRA'
10.00 malam: Program Mendaki Gua Hira', hanya 6 orang jemaah GF25 April yang turut serta dalam program ini. Dengan bayaran tambahan SR 15.00 seorang.
Rabu, 8 Jun 2011
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH: ZIARAH PILIHAN - MUZIUM 2 TANAH HARAM
9.00 pagi: Jemaah di bawa melawat Muzium 2 Tanah Haram
Gambar kenangan bersama sdr. Yusof, kenalan yang bertugas di Muzium 2 Tanah Haram (Masjid Nabawi & Masjidil Haram), Makkah. Yusof fasih berbahasa Melayu, katanya, dia berlajar secara tidak formal dengan rakyat Indonesia yang berkerja di Arab Saudi.
10.00 pagi: Kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah
Petang: Jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram dan membeli belah
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH: ZIARAH PILIHAN - LADANG UNTA
7.30 pagi: Jemaah di bawa membuat Ziarah Pilihan dengan bayaran tambahan SR 20.00 seorang
- Ladang Unta
- Jemaah di bawa ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat umrah, kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah
- Dalam perjalanan balik ke Makkah...singgah di Muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjdil Haram)



Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter
