Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita.Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.
Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.
Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?
Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.
Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.
Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.
Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.
Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.
sumber: http://janganignore.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan