UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 19 Julai 2011

AKU TAKUT MATI

Kata orang, mati ialah perkara paling dekat dengan kita.

Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita.Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.

Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.

Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?

Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.

Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.

Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.

Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.

Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.

sumber: http://janganignore.blogspot.com

Rabu, 13 Julai 2011

UNTUK DIKONGSI BERSAMA...

SURAT AN NAML 89 – 93


Maksudnya:

89. Barangsiapa yang membawa kebaikan, Maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.


90. Dan barang siapa yang membawa kejahatan, Maka disungkurkan muka mereka ke dalam neraka, tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.

91. Aka Hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya Suci dan kepunyaan-Nyailah segala sesuatu, dan Aku diperintahkan supaya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

92. Dan supaya Aku membacakan Al-Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat Maka Katakanlah: “Sesungguhnya Aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan".

93. Dan Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, Maka kamu akan mengetahuinya dan Tuhan mu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.


SIAPA YANG ‘TIDAK TAKUT DAN TIDAK BERDUKACITA’?

Allah Taala ada berfirman, ertinya:
“Ketahui oleh mu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak berdukacita”

Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini,
Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya,
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati,
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan,

Di antara kehendak ayat ini:

Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia, kalau dia didatangkan ujian dan manusia tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan,
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak dengan kesakitan,
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya,
Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia,
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya,
Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia,
Kalau berlaku tidak pula susah hati,
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya,
Kalau tidak ada, redha hatinya,
Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang,
Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya,
Wali Aliah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta,
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita,
Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya,
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati,
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan sanak saudaranya,
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya,

Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya,
Yang dia berdukacita kalau berbuat dosa,
Dia takut kalau Tuhan tidak redha,
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,
Dia bimbang kalau tercabut imannya,
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya,
Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat,
Moga-moga ada kebenarannya.

kuliah zuhur, surau Al-Hukama.

Isnin, 4 Julai 2011

Menerima ucapan tahniah daripada YB Dr. Haji Mohd. Puah Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, pada 23 Jun 2011. Syukur, Alhamdulillah ini merupakan kali ke-3 menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan satu kali menerima Anugerah Pekerja Terbaik mengikut kategori.

sumber: UM, 24 Jun 2011
MELALUI TEROWONG 55
(Ulang Tahun DBP ke-55, 1956-2011)

Melalui Terowong 55, jalannya tak mudah. Bertemu
Amsal dan kiasnya memilin wasangka kelabu.
Jalannya licin, gelincirnya berlumut hijau tebal
Kerikil tajam menikam, pecahan kaca merejam
Besi berkarat warisan krisis, namun kita tidak pesimis
Trektor dikendali aspalnya ditar, mengutuh kembali.

Bocor di bumbung melengkung, pintu zon rekah.
Jadual iklim system. Bawa budaya zaman sekolah
Yang tinggi. Aset baru, berfikir, mentafsir sejujurnya,
Sedinamik labah-labah menyirat sarang. Kita perintis
Mendukung Lidah Kongres 1956. Bentuk programa Alaf
Lidah Bahasa Utama Rumpun Melayu SeNusantara.

Inilah amsal komuniti lebah mengumpul madu.
Para literature dan linguis kalian perintis tamadun
Dengan sains baru. Lahir ribuan Za’ba dengan azam
Kependetaan. Ini Dampak mulia, ini Mandat Utama
Yang diLembagakan. Demi Cinta yang suci, hadapi
Khianat tengkulak. Demi Cinta, dirgahayu tak berganjak.

Bangkitlah Cinta Agung mendukung Bahasa Agung. Selepas
Terowong 55 ini, di hujung sama ada Cahaya Jiwa Bangsa.

SN DATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH – KEMALA
KUALA LUMPUR
3 – 4 JUN 2011
(dipetik dari Buku Cenderamata sambutan ulang tahun DBP ke-55)

Isnin, 20 Jun 2011


Airport LTA Bahrain

WACANA 1 MALAYSIA, ANJURAN BIRO TATANEGARA, JPM

Pagi ni berkesempatan mendengar ceramah "1 Malaysia Dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan" yang disampaikan oleh Encik Idris, Pegawai Penyelidik, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Ceramah yang disampaikan agak menarik dan memberikan pemahaman mengenai Gagasan 1 Malaysia.

"1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia" Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke

Ceramah ke-2, bertajuk "Patriotisme Dan Keselamatan" disampaikan oleh Dato' Seri Zaini Haji Md. Said.

Isnin, 13 Jun 2011

7 MEI 2011...(Hari Ke-12)...SABTU...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

SEPANG - KLIA

9.15 pagi: Alhamdulilah, selamat mendarat di KLIA...semuanya OK tiada jemaah kehilangan bagasi dan air zam-zam....hingga jumpa lagi. Kemaafan jua dipinta, sekiranya ada kesilapan dan kekasaran bahasa ketika saya menguruskan tuan/puan.

"SEMOGA MEMPEROLEHI UMRAH MUQBULLAH"

Ahad, 12 Jun 2011

6 MEI 2011...(Hari Ke-12)...JUMAAT...
KEMBARA siri-2...

PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

AIRPORT ANTARABANGSA BAHRAIN

gambar kenangan di Airport Bahrain sebelum berlepas ke KL

3.30 petang: Selamat mendarat di Airport Bahrain (Transit di Bahrain selama 5 jam). Solat zohor, asar dan mahgrib mana kala solat isyak dalam penerbangan ke KL

8.25 malam: Berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan GF 282. Dalam penerbangan semua jemaah tidur, penat dan letih, mereka membawa seribu satu kenangan semasa di Tanah Suci terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali menjejakan kaki di Tanah Suci. Semoga ibadah kami diterima-Nya.
6 MEI 2011...(Hari Ke-12)...JUMAAT...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH - AIRPORT HAJI, JEDDAH

5.30 pagi: Selepas solat subuh, jemaah diminta melaksanakan tawaf wida' secara pensendirian atau berkumpulan. Aku membawa Pak Yasir (agak uzur), adik membawa ayah, emak, mak Teh di bawa oleh wan Peah. Selepas tawaf wida' jemaah tidak dibenarkan untuk membeli belah, hanya terus balik ke hotel untuk sarap pagi dan bersiap untuk ke Jeddah.
7.30 pagi: Berkumpul di Lobi Hotel untuk Taklimat Perjalanan ke Jeddah, Bahrain dan seterusnya ke Kuala Lumpur yang diberikan oleh Tour Leader.. Urusan pasport dan tiket jemaah di Pejabat Andalusia.
8.00 pagi: Bertolak ke Jeddah diiringi oleh Mutawwif, ust Imam hingga ke sempadan Airport Haji. Kami dimaklumkan mutawwif tidak dibenarkan memasuki kawasan Airport, sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi, denda akan dikenakan dalam anggaran SR 2000 hingga SR 5000 seorang. Oleh itu, semua urusan di Airport akan diuruskan oleh Tour Leader. Dalam perjalanan ke Jeddah...saya telah membuat kutipan SR 10 seorang bagi memudahkan urusan bagasi dan air zam-zam di Airport nanti, ini adalah pengalaman saya semasa mengerjakan umrah tahun lepas (2010). Dan sedikit derma daripada jemaah untuk ust. Imam, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas bantuan dan tunjuk ajar beliau semasa kami mengerjakan umrah "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Terma Kasih Ust...daripada kami. Di sempadan Airport kami berhenti sebentar untuk menurunkan Ust. Imam dan mengambil Pek Makanan untuk jemaah (Nasi Bungkus).

11.00 pagi: Sampai di Airport Haji, Jeddah. Kami berkerjasama menguruskan bagasi dan air zam-zam. Kami sudah macam satu keluarga besar...dalam tempoh hampir 2 minggu susah atau senang kami bersama, bantu membantu antara satu sama lain adalah menjadi prinsip kami. Urusan di Airport amat mudah sekali...sebelum ini aku rasa agak gelisah juga kerana bermacam-macam cerita atau versi dimaklumkan kepada aku oleh beberapa orang Tour Leader yang lebih senoir daripada aku semasa di Makkah. Mereka memberitahu tentang kepayahan dan kesulitan bakal dihadapi semasa berurusan di Airport Haji. Alhamdulillah berkat doa semua jemaah...urusan kami mudah, kami diberi keutamaan melalui pintu masuk imigresen di Balai Berlepas. Malahan kami dihantar oleh salah seorang pegawai imigeren memasuki pesawat, mereka betul-betul memastikan kami dilayan dengan baik. Terima Kasih. 1.15 petang: Berlepas ke Bahrain dengan penerbangan GF 174.
5 MEI 2011...(Hari Ke-11)...KHAMIS...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH

Jemaah bebas beribadah di Masjidil Haram
4 MEI 2011...(Hari Ke-10)...RABU...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH - UMRAH TANAIM (umrah terakhir)



jemaah paling muda adik Sahail...no. 2 dari kanan


6.30 pagi: Ke Tanaim untuk miqat umrah. kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah

10.30 pagi: Selesai tawaf, sei dan tahalul umrah, selepas itu jemaah bebas beribadah di Masjidil Haram.

Petang: Jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram dan membeli belah

10.00 malam: Taklimat tawaf wida' (program ini lambat dimaklumkan...iaitu 2 jam sebelum program berlangsung) maka ramai jemaah tidak dapat hadir.

Rayyan kumpulan Pop Nasyid/Dakwah

CARTA IkimFM

Assalamualaikum.

Kami memohon kerjasama pengunjung blog semua mengundi lagu "Tasbih Cinta - Rayyan" bagi melayakkan lagu tersebut tersenarai dalam 10 lagu pilihan utama di Carta IkimFM. Minggu ini adalah minggu terakhir bagi lagu tersebut tersenarai dalam pencalonan lagu baru dalam carta. Undilah sebanyak yang boleh, tetapi menggunakan e-mel yang berbeza.

Cara mengundi:

1) pilih LIMA (5) lagu berlainan daripada senarai:
- lagu dalam carta dan/atau
- lagu pencalonan baru
- lagu Tasbih Cinta – Rayyan, diletakan no. 1


2) hantarkan undian anda ke e-mel cartaikimfm@hotmail.com

Contoh:

PILIHAN SAYA IALAH

1. TASBIH CINTA - RAYYAN
2. BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES
3. SEINDAH BICARA - INSTINCT
4. KU BERSAKSI - FIRDAUS
5. KAU TERHEBAT - NUR ONE

E-MEL PILIHAN LAGU TERSEBUT KE cartaikimfm@hotmail.com

Berikut adalah senarai lagu dalam carta, dan pencalonan lagu baru.

CARTA NASYID IKIM.FM 12/06/2011 (Minggu 116)

1. Keinsafan Diri – Fursan (-) (13)
2. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+1) (8)
3. Kerana Doa – Nowseeheart (+1) (26)4. Kau Terhebat – Nur One (+6) (4)
5. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (13)
6. Kita Berbeza – Demascus (+2) (3)
7. Seindah Bicara – Instinct (-5) (11)
8. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-2) (6)
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (-2) (9)
10. Kembali Pada Mu – Mirwana (-1) (2)

Pencalonan Baru

Peribadi Unggul – Fursan
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
Tasbih Cinta – Rayyan
Hijrah – UNIC
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip

Makluman, rancangan ini akan bersiaran setiap hari minggu mulai jam 9.30 - 10.00 pagi di radio IkimFM
SEGALA SOKONGAN SAHABAT-SAHABAT KAMI UCAPKAN "SYUKRAN JAZILAN"

Khamis, 9 Jun 2011

MENARA JAM TERTINGGI DI DUNIA

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower, direka oleh syarikat dari Jerman yang merupakan jam raksasa yang 6 kali ganda lebih besar daripada jam Big Ben di London. Menara jam ini mempunyai ketinggian 577 Meter dan mempunyai 4 paparan pandangan sisi.

Bangunan hotel yang meletakan jam tertinggi di dunia ini mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menaranya diperbuat daripada logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jam Diraja Mekah ini dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari. Detikan pertama jam ini ialah pada 1 Ramadan, bersamaan 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi. Menara jam ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram.



lihat Kaabah pasti dapat pahala
lihat langit, ingat kebesaran Allah. Insya Allah dapat pahala
lihat menara jam dapat pahala ke?

Inilah dikatakan tanda-tanda di akhir zaman makin hampir.
3 MEI 2011...(Hari Ke-9)...SELASA...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH - UMRAH TANAIM

6.30 pagi: Semua jemaah berkumpul di Lobi Hotel untuk ke Tanaim. Jam 8.00 pagi saya dimaklumkan oleh mutawwif disebabkan oleh masalah teknikal bas untuk ke Tanaim bagi kumpulan GF25 tidak dapat disediakan. Saya agak terkejut juga dengan asalan yang berikan. Pada fikiran saya jika diuruskan dengan sempurna dan teratur tidak mungkin timbulnya ketiadaan bas pada saat akhir. Tetapi saya dan jemaah menerimanya sebagai dugaan dan ujian yang seterusnya kita terima dengan hati yang tenang. Mutawwif telah berjanji akan mengantikan umrah hari ini ke esokan harinya.Saya telah nasihatkan jemaah agar melaksanakan tawaf sunat dan memperbanyakan ibadah di Masjidil Haram atau melaksanakan umrah secara berkumpulan.

4.30 petang: Selepas solat Asar, Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Seramai 3 orang jemaah melaksanakan akiqah untuk anak dan cucu. Alhamdulillah derma tahlil terkumpul berjumlah SR 1,390.00 yang disumbangkan oleh jemaah GF25 April. Majlis dipimpin oleh ketua Mutawwif dan selesai jam 6.15 petang. Minum petang dan seterusnya jemaah ke Masjidil Haram untuk solat Mahgrib dan Isyak.

LAWATAN PILIHAN: PROGRAM MENDAKI GUA HIRA'
10.00 malam: Program Mendaki Gua Hira', hanya 6 orang jemaah GF25 April yang turut serta dalam program ini. Dengan bayaran tambahan SR 15.00 seorang.

Rabu, 8 Jun 2011

2 MEI 2011...(Hari Ke-8)...ISNIN...sambungan
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH: ZIARAH PILIHAN - MUZIUM 2 TANAH HARAM
9.00 pagi: Jemaah di bawa melawat Muzium 2 Tanah Haram




Gambar kenangan bersama sdr. Yusof, kenalan yang bertugas di Muzium 2 Tanah Haram (Masjid Nabawi & Masjidil Haram), Makkah. Yusof fasih berbahasa Melayu, katanya, dia berlajar secara tidak formal dengan rakyat Indonesia yang berkerja di Arab Saudi.
10.00 pagi: Kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah
Petang: Jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram dan membeli belah

2 MEI 2011...(Hari Ke-8)...ISNIN...sambungan
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH: ZIARAH PILIHAN - HUDAIBIYAH

8.30 pagi: Jemaah di bawa ke Masjid Hudaibiyah untuk miqat umrah.

Ruang dalam Masjid Hudaibiyah...salah satu tempat untuk miqat umrah.
2 MEI 2011...(Hari Ke-8)...ISNIN...
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH: ZIARAH PILIHAN - LADANG UNTA
7.30 pagi: Jemaah di bawa membuat Ziarah Pilihan dengan bayaran tambahan SR 20.00 seorang



  • Ladang Unta

  • Jemaah di bawa ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqat umrah, kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah

  • Dalam perjalanan balik ke Makkah...singgah di Muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjdil Haram)

Jemaah di Ladang Unta, Hudaibiyah. Unta adalah binatang ternakan yang patut pada arahan tuannya.
1 MEI 2011...(Hari Ke-7)...AHAD...Sambungan
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

MAKKAH: CERAMAH AGAMA
4.45 petang: Selepas solat Asar, Ceramah Agama dengan tajuk "Kelebihan Tanah Makkah" oleh ust. Alam Shah di Dewan Makan, Hotel Royal Sultan.