UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 28 Julai 2013

Selasa, 23 Julai 2013

VISA UMRAH

Salam semua, makluman tepat jam 9.00 malam tadi 23 Julai 2013 sistem memproses visa umrah telah ditutup.  Ini bermakna jemaah umrah yang telah mendaftar untuk menunaikan umrah pada 22, 23, 28, 29, 30, 31 Julai 2013 dan 1, 2, 3, 4, 5, 6 Ogos 2013 besar kemungkinan tidak memperolehi visa.  Isu ini melibatkan semua negara, kerana kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuato umrah kerana kerja-kerja naik taraf dan pembesaran tempat tawaf dan masjidilharam.  Pihak kami memohon kemaafan atas masalah ini.   Bagi jemaah yang tidak memperolehi visa pihak kami akan membuat 'refund' penuh.   Proses ini akan disegerakan.
Makluman juga, umrah akan datang (2014) besar kemungkinan akan bermula awal Disember 2013.

Jumaat, 12 Julai 2013

KHABAR DARI TANAH SUCI MADINAH

Puan Arpan dan suami di Madinah, penerbangan AirAsia X, 9 Julai 2013, kini sedang melaksanakan ziarah di Tanah Suci Madinah.

Puan Arpan dan suami di Masjid Nabawi, 12 Julai 2013.

Selasa, 9 Julai 2013

BADAL HAJI

BADAL HAJI

"Barangsiapa yang mengerjakan haji bagi kedua ibu bapanya selepas wafat mereka, maka disuratkan oleh Allah baginya kelepasan dari nereka dan orang yang dihajikan baginya pahala satu haji yang sempurna dan tiada kurang pahala dari keduanya sedikit pun".
(Riwayat Imam al-Baihaqi dan Ibni 'Asakir)
 
 

Isnin, 8 Julai 2013

DI MANA KITA...

Ramadan datang dan pergi
Bagaimana amalan kita
Adakah bertambah....?
Sebagaimana bertambahnya usia kita.

SELAMAT BERANGKAT

Selamat berangkat Tuan Haji Jamal dan isteri Puan Hajah Arpah menunaikan umrah hari ini, 9 - 22 Julai 2013. Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat anugerah umrah maqbullah. Sekarang ini sedang proses chek-in di LCCT, Sepang dengan penerbangan Air Asia X. Terima kasih kerana memilih Andalusia. (Penyucian Jiwa di Tanah Suci).

MARHABAN YA RAMADAN

Ilmu dikongsi bersama

ISU VISA UMRAH

Selasa, 2 Julai 2013

VISA UMRAH

Sama-samalah kita berdoa semoga proses mendapatkan VISA UMRAH dipermudahkan urusankannya. Buat masa ini prosesnya amat sukar, kepada jemaah yang terlibat mohon bersabar, ...mungkin ada hikmah disebalik kesusahan ini. Mungkin juga Allah mahu menguji kesabaran kita bersama.

Ahad, 2 Jun 2013

KURSUS UMRAH PERCUMA

Kursus Umrah Percuma setiap hari Sabtu dan Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, di Wisma Andalusia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Disarankan kepada Jemaah yang telah mendaftar hadir kursus 3 minggu sebelum berangkat. Insyallah akan menambahkan lagi limu ibadah umrah.

Sabtu, 1 Jun 2013

PAKEJ AIR ASIA X

Salam.
Yang berhajat untuk menunaikan umrah bersama penerbangan Air Asia X boleh hubungi kami segera.  Kekosongan set masih ada untuk bulan Julai dan Ogos 2013.

Rabu, 29 Mei 2013

HOLIDAY 2013

Pertanyaan/Tempahan sila hubung Haji Abu Bakar 013 380 7442, e-mel: ujangwrj@yahoo.com

 

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT BERANGKAT

Tuan Haji Hamidon dan keluarga selamat berangkat menunaikan umrah esok 17 Mei 2013 umrah Transit Jordan + Petra, semoga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan kembali. Moga-moga mendapat umrah Maqbullah. Amin.

Rabu, 15 Mei 2013

WADI

Wadi/lembah ini terdapat di pinggir Madinah
 di tengah-tengah padang pasir

Selasa, 14 Mei 2013

MASJID HUDAIBIYAH, MEKAH

Masjid Lama...hanya tinggal kesan binaan sahaja
Masjid baharu Hudaibiyah...tempat miqat jemaah umrah

Khamis, 9 Mei 2013

RENUNGAN BERSAMA

Mudah-mudahan kita mendapat pertunjukNya

Khamis, 2 Mei 2013

RAUDHAH

Sabda Rasulullah S.AW.
"Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah (taman) dari taman-taman syurga"
 
Gambar ini diambil pada 23 Mac 2013, jam 11.00 pagi (waktu Saudi)
 

SYARAT BAHARU PERMOHONAN VISA UMRAH 2013


Rabu, 1 Mei 2013

PAKEJ EKONOMI MAKKAH HILTON TOWER

Pakej Ekonomi Makkah Hilton Tower dengan penerbangan Saudi Airlines, jarak dari pintu Masjidilharam lebih kurang 50M.

PAKEJ BULAN RAMADAN SAUDI AIRLINES

Pakej bulan Ramadhan dengan penerbangan Saudi Airlines, penginapan di Makkah Hilton Tower lebih kurang 50M dari pintu Masjidilharam.  Pakej termasuk berbuka puasa dan sahur.
 

PENERBANGAN AIR ASIA X

Salam semua,
Pakej penerbangan Air Asia X, tarikh 18 - 29 Mei 2013 dengan harga istimewa RM 4590 masih ada lagi kekosongan 30 set.    Hubungi kami segera untuk tempahan dan pertanyaan.

Ahad, 28 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LIMABELAS - 3 APRIL 2013, Rabu - KLIA

12.30 tengah hari:  Selamat mendarat di KLIA.  Alhamdulillah semuanya OK.  Agar penat sedikit menempuh perjalanan yang panjang lebih kurang 8 jam.   Urusan mengambil bagasi agak mudah, cuma pembahagian air zam-zam agak kecoh sedikit, mungkin jemaah terlalu ramai.   Walau bagaimanapun akhirnya semua jemaah mendapat air zam-zam masing walaupun ada terpaksa menunggu agak lama.    Badan dah mula macam nak demam....tekak mula sakit....itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka mengerjakan umrah...ya...mungkin pertukaran cuaca dan udara.    Aku merupakan jemaah terakhir keluar daripada balai ketibaan....kerana ingin memastikan jemaah dibawah tajaan aku memperolehi air zam-zam mereka secukupnya dan sempurna.   
 
  TERIMA KASIH SEMUA....HINGGA KITA BERJUMPA LAGI...DALAM UMRAH AKAN DATANG 
Dari kanan:  Macik Maheran, Pakcik Deris, En. Yusof, Kak Salemah, Induk,
Kak Ani, En. Zul, En. Wan, Nastaya, Kak Guy dan Macik Wok
 

Jumaat, 26 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE EMPATBELAS -2 APRIL 2013,Selasa - TAWAF WIDA'

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Tanah Suci Mekah.   Sayu hati untuk meninggalkan Tanah yang penuh barakah ini.  Setiap pertemuan akan ada perpisahan, itulah ketentuan yang ditetapkan oleh Allah Yang Maha Easa.   Yang hidup akan menemui kematian.   Seperti biasa rutin harian dilaksankan seperti biasa juga.   Selepas solat subuh dan sarapan pagi kami mengemas pakaian dan barangan yang dibeli dan membungkus beg-beg dengan kemas agar tidak pecah.  Maklum saja petugas hotel dan lapangan terbang menguruskan bagasi jemaah dengan agak kasar.    Dalam kesibukan menyusun barang-barang dan pakaian,...aku menerima sms daripada Pak Cik (Pak Lang) yang meminta aku membelikannya buah Tin jika masih di Mekah.   Katanya sakit lamanya datang kembali (buasir), kata orang buah Tin amat baik untuk mengubati sakit buasir.   Aku jawap, smsnya  'Insyallah'...saya masih di Mekah, petang nanti baru ke Jeddah.  
Kami diminta kumpulkan bagasi/beg masing-masing sebelum ke masjidilharam (solat zuhur) di lobi hotel mengikut nombor bas yang ditetap bagi memudahkan petugas hotel menguruskannya.
11.00 pagi:  Ke Masjdilharam....untuk solat zuhur, sebelum masuknya waktu solat aku hubungi Sdr. Zam zahari (sahabat lama), kebetulan ketika itu berada di Mekah menunaikan umrah untuk bertemu dengannya.   Alhamdulillah kami bertemu di ruang solat berhampiran pintu no. 1.   Kami sama-sama solat zuhur di Masjidilharam.   Ini merupakan solat zuhur terakhir aku di sini buat kali ini.   Semoga aku dijemput lagi ke sini sekerap mungkin beribadah di Tanah penuh barakah ini.   Selepas solat kami bersalaman, mengucapakn selamat jalan.  Aku akan kembali ke Tanah air, manakala sdr. Zam akan meneruskan ziarah ke Madinah keesokan harinya.   
1.00 petang:   Tawaf Wida', cuaca memang panas ketika ini, semoga Allah memberikan kelapangan kepada ku.   Selasai tawaf, solat sunat tawaf dan membaca doa tawaf wida' sudah semestinya pipi dibasahi air jernih keluar dari kelopak mata.   Mohon Yang Esa memberikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki semoga aku boleh kembali lagi ke sini, beribadah di sini.
2.30 petang:   ....Sayunya hati untuk meninggalkan Rumah Yang Ya Allah...bertolak ke Jeddah (bas no. 3).   Perut agak lapar....kerana semasa di Mekah, tidak sempat untuk makan tengah hari agak terlewat sedikit balik ke hotel.   Tidak menjadi masalah.
4.30 petang:   Sampai di Airport Antarabangsa Jeddah....hanya bas kami (no.3) sampai dahulu.   Bas no. 1, 2 dan 4 bersantai di Masjid Terapong Jeddah.   Aku tidak tahu macam mana tidak keselarasan program ini berlaku....mungkin mutawwif tidak menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin.   Aku agak sempati kepada Jemaah yang pertama kali sampai di sini....ya ingin melihat Masjid Terapong Jeddah yang amat sinonim dengan Jemaah haji/umrah Malaysia.  Kami berehat di Airport yang lama kerana penerbangan kami jam 11.15 malam.

suasana di Airport Jeddah
Gambar kenangan di Airport Jeddah sebelum berangkat pulang
 
11.15 malam:  Berlepas ke KLIA.   Dalam penerbangan kami semua rehat habis...tidur....(dalam penerbangan ini terdapat 2 pakej Andalusia iaitu SV20 dan SV21 April 2013).