Salam semua, makluman tepat jam 9.00 malam tadi 23 Julai 2013 sistem memproses visa umrah telah ditutup. Ini bermakna jemaah umrah yang telah mendaftar untuk menunaikan umrah pada 22, 23, 28, 29, 30, 31 Julai 2013 dan 1, 2, 3, 4, 5, 6 Ogos 2013 besar kemungkinan tidak memperolehi visa. Isu ini melibatkan semua negara, kerana kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuato umrah kerana kerja-kerja naik taraf dan pembesaran tempat tawaf dan masjidilharam. Pihak kami memohon kemaafan atas masalah ini. Bagi jemaah yang tidak memperolehi visa pihak kami akan membuat 'refund' penuh. Proses ini akan disegerakan.
Makluman juga, umrah akan datang (2014) besar kemungkinan akan bermula awal Disember 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan