Ramai jemaah umrah tidak dapat berangkat ke Tanah Suci hari ini, kerana kesukaran mendapatkan Visa, walaupun semua syarat yang ditetapkan dipenuhi. Kami mohon Kedutaan Arab Saudi mengambil perhatian serius perkara ini, bagi kemudahan umat Islam mengerjakan Ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah dan ziarah ke Madinah.
Ahad, 3 Februari 2013
Rabu, 9 Januari 2013
PENGUMUMAN PENTING
PERATURAN BARU PERMOHONAN VISA UMRAH OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan:
1. Suami - surat nikah;
2. Bapa kandung - surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung - surat beranak;
4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara;
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa.
Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan tersebut di atas.
Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Khamis, 3 Januari 2013
sambungan...
Beribadah sepenuhnya kepada Allah semata
Menjalankan Haji dan Umrah
Silaturrahim (menyambung tali kekerabatan yang masih ada hubungan nasab)
Allah berfirman: "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baiknya Pemberi rezeki". (QS. Saba: 39)
bersambung...
Beribadah sepenuhnya kepada Allah semata
Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya Allah berfirman: "Wahai anak Adam, beribadahlah sepenunya kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu. (Dan) jika kalian tidak melakukannya, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi keperluanmu."
(HSR. Ahmad, Tarmizi, Ibu Majah dan Ak Hakim dari Abu Hurairah).Menjalankan Haji dan Umrah
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kerjakanlah haji dengan umrah atau sebaliknya. Kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran (karat) besi."
(HSR Nasa'i. Hadits ini shahih menurut Imam Al Albani.Silaturrahim (menyambung tali kekerabatan yang masih ada hubungan nasab)
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ingin dilapangan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung" (HSR. Bukhari)
Berinfak dijalankan AllahAllah berfirman: "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baiknya Pemberi rezeki". (QS. Saba: 39)
bersambung...
Khamis, 27 Disember 2012
KUNCI PEMBUKA REZEKI
Istighfar dan Taubat
Nabi Nuh berkata kepada kaumnya: "Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada Rabb-Mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) sungai-sungai". (QS Nuh: 10-12).
Taqwa
Firman Allah: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
Bertawakal (berserah diri) kepada Allah
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang". (HSR. Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah, Ibnul Mubarak, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al Qudha'i dan Al Baghawi dari Umar bin Khaththab).
bersambung...
Isnin, 24 Disember 2012
TAMBAHAN SET OMAN AIRLINES 2013
Hubungi kami segera untuk tempahan/pertanyaan:
HAJI ABU BAKAR BIN HAJI BUYONG
013 - 380 7442
Ejen Pemasaran yang sah Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Ahad, 23 Disember 2012
PENERBANGAN PERTAMA UMRAH 2013
Salam bakal-bakal jemaah umrah 2013.
Penerbangan pertama umrah Andalusia akan bermula 1 Januari 2013. Sila buat tempahan segera bagi memastikan tuan/puan mendapat tempat, sila hubungi kami. Makluman tuan/puan pihak Oman Airline juga telah membuat tambahan set kerana permintaan yang tinggi daripada jemaah untuk melaksanakan umrah ziarah Oman (melawat bandar Muscat, iaitu ibu negara Oman). Selamat beribadah di Tanah Suci.
Khamis, 13 Disember 2012
TAKZIAH
Baru-baru ini sahabat kumpulan nasyid Rayyan kehilangan orang yang amat disayangi, iaitu Nash (Bap Mentua), Ust. Fadzli (Ibu), Rizan (Ayah) dan Razid (Nenek). Sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T. Amin. Sesungguhnya kita akan menyusul kemudian hari, yang mana kematian itu pasti bagi yang hidup.
Rabu, 5 Disember 2012
WAKTU ADALAH KEHIDUPAN
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-Asr ayat 1 - 3).
Manusia yang berjaya dan beruntung ialah manusia yang memanfaatkan masanya di dunia untuk beriman, beramal soleh dan melaksanakan perintah |Allah bagi bekalan mereka ke akhirat kelak. Manakala, manusia yang gagal dan rugi ialah manusia yang mensia-siakan masanya ketika hidup di dunia yang sementara ini. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. memerintahkan unmatnya agar memanfaatkan waktu yang tersisa dengan 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu:-
- Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu.
- Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu.
- Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu.
- Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu.
- Masa kaya sebelum datang masa kamu ditimpa kemiskinan.
Marilah kita bersama-sama menggunakan masa dengan sebaik-baiknya di mana sahaja kita berada. Ingatlah bahawa nilai seseorang muslim bukan dinilai daripada panjang atau pendek umur yang diberikan oleh Allah kepadanya, tetapi akan dinilai dengan apa yang telah dibuat olehnya untuk Allah dan agamanya.
Ahad, 25 November 2012
AMALAN
Awal pagi merupakan waktu penting untuk menentukan perjalanan hidup kita seharian. Mood pagi yang ceria dan gembira akan menghasilkan hari yang indah untuk kita dan orang lain. Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya mood pagi kita dimulakan dengan keadaan yang stress dan marah-marah, ini akan menyebabkan kerja seharian kita akan terganggu dan kualiti kerja kita akan menurun.
Berikut disenaraikan beberapa amalan mudah yang boleh kita amalkan pada setiap pagi:
Bangunlah awal pagi-setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita.Bersegeralah menyucikan diri-ambil wuduk dan tunaikan solat sunat tahajjud. Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 79:
Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Banyakkanlah berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa-Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?” Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu.” (Riwayat al-Tirmizi)
Lakukanlah solat subuh berjemaah-Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya). Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Amalkan membaca Al-Mathurat selepas subuh-Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
Amalkan solat sunat Dhuha-Daripada Ibn Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: “Hai anak adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut.” (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)
Marilah kita semua cuba mengamalkan amalan mudah ini setiap pagi. Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaallah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita. Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim)
sumber: http://wanwma.com/agama/amalan-di-awal-pagi/
sumber: http://wanwma.com/agama/amalan-di-awal-pagi/
Khamis, 22 November 2012
5 TIP BANTU GAZA
| 5 Tip Mudah Untuk Bantu Gaza |
5 tip
tersebut diringkaskan menjadi formula berikut : Doa + Kaji + Boikot + Didik +
Infaq = Bantu Palestin1) Doa - Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang
2) Kaji - Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan
3) Boikot - Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel (kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)
4) Didik - Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.
5) Infaq - Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.
Selasa, 6 November 2012
Isnin, 5 November 2012
Ahad, 4 November 2012
KONVENSYEN TAHUNAN KE-3
Pada 3 November 2012, mulai jam 8.30 pagi - 11.00 malam, bertempat di Pacific Ballroom A, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur telah diadakan Konvenyen Tahunan kali ke-3 Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg. Datuk Haji Anan C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri. Konvensyen kali ini dihadir lebih kurang 180 orang terdiri daripada Pengurus Cawangan, Ejen jualan dan Tour Manager, Mutawwif dan pegawai dan kakitangan Syarikat Andalusia.
SESI PERTAMA & KEDUA
Ejen Jualan, Tour Manager & Syarikat Andalusia: Perspektif Undang-undang
Oleh: Dr. Nuraisyah Chua Abdullah
SESI KETIGA
Etika dan Garis Panduan Tour Manager
Oleh: Puan Siti Norhuda binti Datuk Mahadi
SESI KEEMPAT
Soal Jawab
SESI KELIMA
Product Briefing
Oleh: Tuan Haji Ibrahim Mat Sin
8.00 malam: Jamuan Makan Malam Tahunan
11.00 malam: Bersurai
Semoga kita semua memdapat manfaatnya untuk menjayakan lagi perancangan kita untuk tahun hadapan dengan target 35,000 orang jemaah 2013. (29,300 orang jemaah 2012). Tahniah kepada semua.
Rabu, 31 Oktober 2012
Ahad, 28 Oktober 2012
Selasa, 23 Oktober 2012
SALAM AIDILADHA 1433H
Salam Aidilahda 1433H kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Jangan lupa untuk kita berpuasa sunat hari Arafah esok 9 Zulhijah 1433H/25 Oktober 2012M. Sementara itu saudara kita yang mengerjakan ibadah haji akan berwukuf di padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.
![]() |
| Dalam khemah di Padang Arafah pada musim haji 2006 |
Disunatkan agar kita yang tidak mengerjakan ibadah haji agar berpuasa sunat
padanya dan kelebihannya sangat besar. Antara kelebihan yang disebut oleh Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam adalah seperti berikut:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ
الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa
setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala
kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا
اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ,
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ
الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ
يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan
Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan
ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu
(syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari
api neraka.Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ
فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari
`Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan
supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari
tersebut.Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
sumber: www.tranungkite.net
AIR TERJUN
Jumaat, 19 Oktober 2012
Khamis, 18 Oktober 2012
9 SEBAB HATI TIDAK TENANG
1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. HASAD DENGKI........
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. EGO.......Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.
9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
sumber: melalui e-mail

PAKEJ UMRAH SV - 26 JULAI 2012
Sekitar perjalanan umrah Puan Hajah Rahmah dari Kuala Langat, Selangor dengan penerbangan Saudi Airlines (KLIA - Jeddah - Madinah - Mekah - Jeddah - KLIA) pada 26 Julai 2012 (awal Ramadan). Semoga Makcik Rahmah dikurniakan umrah Maqbullah.
| Di Masjid Quba, Madinah |
![]() |
| Bersama rakan umrah |
![]() |
| Jabal Thur (kepala unta betina) |
![]() |
| Bukit memanah di Jabal Uhud, Madinah |
![]() |
| Mutawwif ustaz Muzakkir (vest biru) di Airport Haji Jeddah dalam perjalanan pulang Jeddah - KLIA 8 Ogos 2012 |
Rabu, 17 Oktober 2012
Isnin, 15 Oktober 2012
SALAM BAITULLAH 2012
Ikuti perkembangan semasa jemaah haji di Tanah Suci melalui siaran SALAM BAITULLAH DI TV1, setiap hari mulai 9.00 - 10.00 malam
AIDILADHA 2012
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober,
demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed
Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012" katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama

BBK Negeri Selangor 2012
Langgan:
Catatan (Atom)

Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter