PERATURAN BARU PERMOHONAN VISA UMRAH OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan:
1. Suami - surat nikah;
2. Bapa kandung - surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung - surat beranak;
4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara;
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa.
Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan tersebut di atas.
Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Rabu, 9 Januari 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan