Salam Aidilahda 1433H kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam. Jangan lupa untuk kita berpuasa sunat hari Arafah esok 9 Zulhijah 1433H/25 Oktober 2012M. Sementara itu saudara kita yang mengerjakan ibadah haji akan berwukuf di padang Arafah, iaitu kemuncak ibadah haji.
Dalam khemah di Padang Arafah pada musim haji 2006 |
Disunatkan agar kita yang tidak mengerjakan ibadah haji agar berpuasa sunat
padanya dan kelebihannya sangat besar. Antara kelebihan yang disebut oleh Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam adalah seperti berikut:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
1) Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ
الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa
setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)
2) Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala
kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. [baca sini]Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا
اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ,
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ
الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ
يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih
dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan
Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan
ALLAH?”
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa
diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu
(syahid).”
(HR al-Bukhari)
3) Hari yang paling banyak dibebaskan dari
api neraka.Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ
فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala
membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari
`Arafah.”
(HR Muslim)
Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.
Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan
supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari
tersebut.Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
sumber: www.tranungkite.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan