Selepas ziarah Masjid Jumaat, Quba dan Qiblatain jemaah dibawa pula ziarah ke Bukit Uhud, terletak lebih kurang 4 setengah km dari kota Madinah. Bukit Uhud adalah satu kawasan di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di sinilah berlakunya Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Dalam peperangan ini bapa saudara Nabi s.a.w terkorban iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, antara sahabat yang tewas ialah Mus'ab bin Umair r.a. dan Abdullah bin Jahsyi. Apabila sampai di sini bacalah doa untuk para sahabat yang gugur syahid.
Di sini sudah banyak didirikan gerai-gerai bagi memudahkan peniaga menjual pelbagai jenis barangan.

Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter

Tiada ulasan:
Catat Ulasan