UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 3 Ogos 2010

TEMPAT DAN MASA YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DI BAITULLAH
catatan ini diperolehi semasa ceramah agama di Hotel Royal Sultan, Makkah disampaikan oleh Ketua Mutawwif

NO: 1 HAJARUL ASWAD
Batu bergayut dari Syurga. Dengan menciumnya akan mendapat keampunan dari ALLAH. Sesuatu yang telah disentuh oleh Nabi.

NO: 2 MULTAZAM
Tempat Nabi berdoa. Tempat meminta keampunan dan pelepasan dari neraka. (masa mustajab - tengah malam sehingga azan Subuh)

NO: 3 TEMPAT JIBRIL MENGIMAMKAN NABI SEMBAHYANG sekembalinya dari Israk Mikraj Sembahyang sunat adalah amat baik di sini.

NO: 4 TEMPAT ASAL MAKAM IBRAHIM

NO: 5 PANCURAN RAHMAT
Tempat meminta rezeki (masa - selepas Asar)

NO: 6 HIJIR ISMAIL
Sebahagian daripada Kaabah. Sembahyang di sini sama seperti sembahyang di dalam Kaabah.

NO: 7 MULTAZAM PEREMPUAN
Tempat meminta hindar daripada teraniaya & orang-orang zalim (masa - bila-bila masa).

NO: 9 MAKAM IBRAHIM - Tempat Berdiri Nabi Ibrahim
Tempat berdoa untuk kerukunan keluarga (masa - antara azan Subuh sehingga Iqamah).

NO: 10 PINTU BANI SYAIBAH
Tempat Nabi masuk sehingga digelar AL-AMIN. Berdiri di situ dan berdoa minta ALLAH memberi kita sifat amanah.

NO: 11 TELAGA ZAM-ZAM ASAL
Minta cahaya NUR dan MA'RIFAT (masa: antara azan Maghrib dan Iqamah)

NO: 12 TEMPAT DIMAKAMKAN 70 NABI-NABI sebelum Nabi kita. Antara HAJARTUL ASWAD, MAKAM NABI IBRAHIM dan TELAGA ZAM-ZAM yang asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan