UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 29 Julai 2012

PANTASNYA MASA

Pejam Celik...kita sudah memasuki fasa ke dua Ramadan, pantasnya masa ini berlalu.   Diharapkan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna di bulan penuh barakah ini. 

"Masa adalah kehidupan" itulah ungkapan yang pernah disebutkan oleh Syahid Hassan Al Banna  seorang tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20. Ada pepatah yang menyebutkan 'time is gold' iaitu 'masa adalah emas' tetapi emas masih boleh dibeli sedangkan kehidupan yang berlalu tidak akan diperolehi semula walaupun kita menangis air mata darah, walau kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada.


Seorang hukamak menyebut 'umur yang panjang janganlah dipendekkan dengan tidur'. Bayangkan sehari kita tidur 12 jam, jika kita hidup hingga berusia 60 tahun jadi 30 tahun daripadanya kita telah habiskan dengan tidur. Alangkah ruginya....kehidupan di dunia sementara ini yang sepatutnya kita jadikan medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi terabai begitu saja.
Hassan Al Basri pernah menyebut "Umur adalah hari-hari yang terkumpul" apabila berlalunya satu hari maka terungkailah sebahagian daripada umur kita, dan masa yang berlalu itu tidak akan berulang kembali.

Yusuf al Qaradawi berkata "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan tempoh kehidupan yang seketika ini sedang mereka akan menanggung akibat yang kekal abadi di Akhirat nanti. Bayangkanlah satu hari di Akhirat adalah seperti 100 tahun di dunia. Sanggupkah kita menempuh azab Neraka Allah walau sesaat.

Saya selalu berangan-angan kalau sekiranya saya dapat kembali ke zaman kanak-kanak...saya akan memanfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya...tetapi malangnya semua itu tidak mungkin akan berlaku. Seorang penyair Arab berkata melalui puisinya "Alaita as Syabab ya'uudul An - Alangkah baiknya kalau hari muda itu datang semula hari ini". Ketika itu dia sudah terlalu tua. Memang inilah fitrahnya manusia, kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok.
Sebenarnya kehidupan kita hanyalah ada beberapa hari sahaja.
  • Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya.
  • Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
  • Hari ini - yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya.
Dan khazanah-khazanah untuk kita bina hari esok yang cemerlang berada di tangan kita hari ini iaitu peluang dan kesempatan untuk kita rebut sebaik mungkin. Sekiranya kita mengabaikan peluang dan kesempatan yang ada ini maka kita akan menjadi manusia yang bankrup di esok hari, yang lebih malang lagi kita tidak ada apa-apa untuk hari pertemuan kita dengan Allah SWT. 'Apa-apa' yang dapat menyelamatkan kita dari Azab Allah yang maha pedih.

Khamis, 19 Julai 2012

Rabu, 11 Julai 2012

JADILAH SEORANG YANG...

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah..

sumber: email daripada kawan

FIKIRKAN....

Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu kematian
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang membakar amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
Yang ditunggu Allah swt itu TAUBAT.

(Imam Al-Ghazali)

Isnin, 9 Julai 2012

MERINDUI MUSIM HAJI 2006

perkhemahan jemaah haji di Mina
tempat melontar Jamrat di Mina
gambar kenangan di Arafah waktu pagi cuaca agak sejuk
ayahanda di Mina bersama rakan sebilik
bersama bonda di Mina...beli buah tangan untuk keluarga
bonda..wukuf di Arafah 9 Zulhijah
Jabal Nur, Mekah
bersama ayahanda dan bonda di Jabal Rahmah
perkataan ALLAH tertera di awam....gambar diambil di Jabal Nur
 sesi ziarah selepas haji

Ahad, 8 Julai 2012

RENUNGAN...

Jadikanlah yang tebal itu iman
yang nipis itu lidah
yang tajam itu akal
yang lembut itu hati
yang ringan itu solat
yang berat itu pahala
yang halus itu ilmu
yang manis itu senyuman
yang tenang dan bahagia itu kemaafan

Selasa, 26 Jun 2012

RAHSIA SOLAT

Imej ini dikirimkan olek Kak Ani...untuk dikongsi bersama mungkin ada manfaatnya untuk kita semua.

7 MEI 2012, ISNIN (HARI KE-14) - SELAMAT MENDARAT DI KLIA

 
1.00 tengah hari (Waktu Malaysia) kami selamat mendarat di KLIA.   Ketibaan jemaah di balai ketibaan disambut oleh Haji Mat, Pegawai Andalusia.   Alhamdulillah semuanya selamat, cuma seorang jemaah tertinggal beg (mungkin dah tidak sabar untuk bertemu keluarga).   Bagi jemaah, botol air zam-zam yang pecah, akan diganti oleh pihak Andalusia.   Sebelum berpisah kami bersalaman antara satu sama lain, semoga dipertemukan lagi dalam kembara siri yang lain.   SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERKATI ZIARAH DAN IBADAH KAMI.  AMIN.  
Aku dan Ust Shafiq, adalah orang yang terakhir sekali meninggalkan Balai Ketibaan, bagi memastikan semua jemaah diserahkan semula kepada keluarga masing-masing.   Aku diambil oleh adik (Mat) dan adik sepupu (Along) dan terus balik ke kampung.   Di kampung sudah pasti ayah dan ibu sudah menunggu, dalam perjalanan pulang tiada banyak yang dibicarakan.   Singgah di rumah Acik di Seremban, aku dihidangkan dengan makanan nasi campur lauk ikan goreng, sayur pucuk lemak putih, tentunya menyelerakan.  Sampai di kampung jam 6.00 petang.

Kepada jemaah aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan ketika menguruskan tuan/puan.

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - TRANSIT DI RIYADH

Dalam perjalanan ke KLIA penerbangan kami transit selama satu jam di Riyadh, untuk menurun dan mengambil penumpang.   Kami tidak dibenarkan turut dari peswat.

Makanan ringan disajikan dalam penerbangan antara Madinah, Riyadh

Menu makan malam...sedap

Menu minum pagi...
Dalam penerbangan nampaknya semua jemaah letih, penat...masing-masing merehatkan diri.   Dalam  penerbangan ini ada disediakan kemudahan ruang untuk solat yang boleh memuatkan 5 - 6 jemaah dalam satu-satu masa.   Aku sempat solat subuh berjemaah dalam penerbangan ini yang diimamkan oleh warga Arab Saudi.   Selepas solat aku sambung semula mimpi ku.....

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - ZIARAH WADA'

Hari ini adalah hari terakhir kami di sini, semua jemaah dikehendaki membuat ziarah wada' sebelum meninggalkan kota Madinah.  Aku melaksanakannya selepas solat Asar.   Ziarah Wada' ke makam Rasulullah s.a.w. iaitu ziarah perpisahan dengan makam Baginda Nabi s.a.w. dimaksudkan umtuk memberikan penghormatan kali terakhir kepada Rasulullah s.a.w. ketika hendak meninggalkan Kota Madinah.
Kini kami setelah pun selesai pengembaraan mencari kebahagiaan hakiki di Tanah Suci Mekah dan Madinah.  Maka tibalah masanya untuk kami membuat persiapan untuk pulang ke tanah air, walaupun hati kecil kami berat berbuat demikian.   Kami pastikan tiada barang atau beg yang tertinggal atau tercicir.   Jam 5.00 petang kami (5 buah bas) bertolak ke Airport Madinah, mengambil masa lebih kurang  setengah jam.   Perjalanan kami ke Airport diiringi oleh Mutawwif.    Urusan bagasi jemaah diuruskan oleh mutawwif iaitu Ust. Alam Shah. 
Tepat 9.35 malam kami berlepas dengan pesawat SV831.

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - KILANG AL-QURAN

Atas permintaan sebahagian jemaah, kami telah mengaturkan lawatan ke kilang Al-Quran di Madinah.   Seramai lebih kurang 60 orang jemaah turut serta dalam lawatan ini.   Jam 6.30 pagi kami berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas (2 buah bas), dalam perjalanan ke kilang Al-Quran kami singgah di Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat di sini.  Kemudian meneruskan perjalanan ke kilang Quran.   Kami cuma dibenarkan berada di kilang ini hanya 10 minit sahaja setelah diberi penerangan ringkas oleh pegawai yang bertugas.   Jemaah telah dihadiahkan senaskah Al-Quran setiap seorang.  Alhamdulillah.

Jemaah di Kilang Al-Quran, Madinah

Masjid Quba


Khamis, 21 Jun 2012

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-12) - MADINAH, LADANG DAN PASAR KURMA

Kemudiannya jemaah dibawa melawat Ladang Kurma, di ladang ini terdapat berbagai jenis kurma yang masih segar.  Kita boleh makan sebanyak mana yang kita boleh secara percuma, kalau nak bawa balik kenalah beli...harganya pun boleh tahan juga.   Di sini aku pekena air teh panas Pak Arab dengan daun pudina (percuma) sementara menunggu jemaah membeli belah.

Ladang Kurma
Santai di Ladang Kurma sambil menghirup teh panas arab

Perjalanan ke Ladang Kurma
Di pasar kurma, kurma yang paling istimewa ialah kurma Najwa (Kurma Nabi), harganya agak mahal iaitu gred 'A' mencecah sehingga 80 RS sekilo.   Aku berbelanja kurma sahaja hampir 400 RS...sebagai buah tangan untuk keluarga di tanah air.   Apabila kita datang ke sini...buah tangan yang paling istimewa ialah air zam-zam dan kurma, itulah yang dinanti-nantikan oleh keluarga dan sahabat handai kita di tanah air.

Berbelanjalah yang semampunya secara tidak langsung kita menyumbang ke arah pembangunan kota Madinah yang dicintai ini.   Udara di sini merupakan ubat bagi segala penyakit oleh itu kita tidak digalakan untuk memakai 'mask'.

Rabu, 20 Jun 2012

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-11) - MADINAH, BUKIT UHUD

BUKIT UHUD
Selepas ziarah Masjid Jumaat, Quba dan Qiblatain jemaah dibawa pula ziarah ke Bukit Uhud, terletak lebih kurang 4 setengah km dari kota Madinah.  Bukit Uhud adalah satu kawasan di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam.  Di sinilah berlakunya Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.  Dalam peperangan ini bapa saudara Nabi s.a.w terkorban iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, antara sahabat yang tewas ialah Mus'ab bin Umair r.a. dan Abdullah bin Jahsyi.   Apabila sampai di sini bacalah doa untuk para sahabat yang gugur syahid.

Di sini sudah banyak didirikan gerai-gerai bagi memudahkan peniaga menjual pelbagai jenis barangan.

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-11) - MADINAH, ZIARAH LUARAN

6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, pagi ini jemaah akan dibawa melakukan ziarah luaran sekitar kota Madinah.   Setiap bas akan dipimpin oleh seorang mutawwif yang bertindak sebagai pemandu pelancong memberikan penerangan setiap tempat yang dilawati. 
MASJID QUBA
Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibina oleh Rasulullah s.a.w. bersama sahabat Baginda sebaik sahaja sampai berhijrah ke Madinah.  Terletak lebih kurang 5 km dari Masjid Nabawi,  salah satu kelebihan masjid ini barang siapa solat sunat dua rakaat di dalamnya akan mendapat pahala seperti satu umrah.  Berkaitan dengan keutamaan masjid ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa berwuduk di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba dan bersolat di dalamnya maka baginya adalah pahala seperti pahala umrah." (hadis riwayat al-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, al-Hakim dan disohih oleh yang lain).
Rasulullah s.a.w. sentiasa datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu sama ada berjalan kaki ataupun menunggang unta.  Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.

Masjid Quba
 
Di dataran Masjid Quba

Ruang dalam Masjid Quba
Mak Cik bersama Kak Ani di Masjid Quba

MASJID QIBLATAIN
Selepas itu jemaah dibawa menziarah Masjid Qiblatain.  Dinamakan dengan Qiblatain (Dua Kiblat) adalah bersempena dengan peristiwa pertukaran kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'abah di Mekah pada tahu ke-2 Hijrah.
Firman Allah s.w.t. turun ke tika Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat sedang solat Zuhur berjemaah di dalam masjid ini.   Dalam rakaat kedua turunlah wahyu Allah yang memerintahkan agar Nabi s.a.w. mengubah kiblat ke arah Baitullah di Mekah Mukaramah.    Firman ini sebagaimana disebutkan dalam Surah al-Baqarah ayat 144.

Kiblat asal yang menghala ke Masjid al-Aqsa

Ruang solat utama Masjid Qiblatain
MASJID JUMAAT
Terletak kira-kira 1 km dari Masjid Quba.  Dinamakan dengan Jumaat kerana di sinilah pertama kalinya Rasulullah mendirikan solat Jumaat bersama penduduk Wadi Ranuna' semasa dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Quba ke Madinah.

Masjid Jumaat

4 MEI 2012, JUMAAT (HARI KE-10) - MADINAH, ZIARAH DALAMAN

6.30 pagi jemaah dibawa melaksanakan Ziarah Dalaman, iaitu ziarah Makam Rasullullah s.a.w, Abu Bakar al-Shiddiq r.a. dan Khalifah Umar bin Khattab r.a. kemudian jemaah dibawa ke Raudhah untuk solat sunat dan berdoa di sini.   Selepas itu ziarah perkuburan  Baqi', tanah perkuburan Baqi' ini terletak tidak begitu jauh dari Masjid Nabawi.  Di sinilah dimakamkan Khalifah ketiga iaitu Usman bin Affan, isteri-isteri dan juga anak-anak Baginda Rasulullah s.a.w..  Diriwayatkan juga di sinilah dimakamkan kira-kira 10,000 orang sahabat Nabi s.a.w.

Tanah Perkuburan Baqi'
Selepas sesi ziarah ini jemaah bebas untuk beribadah dan beriktikaf di Masjid Nabi sehingga masuknya waktu solat jumaat.

Payung di dataran masjid kembang secara
 automatik sekira cuaca panas
Pemandangan waktu senja di Masjid Nabi

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - TERUSKAN PERJALANAN KE MADINAH

6.00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Madinah Al-Munawarah.  Kebanyakan jemaah mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seketika. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ini cuma dipenuhi dengan padang dan gunung pasir sahaja.
9.00 malam sampai di Madinah, kami dapati jemaah baru selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Nabawi yang penuh barakah itu.   Di Madinah kami di tempat di hotel Durrat Al Fayroz lebih kurang 150 m dari Masjid Nabawi.   Ketibaan kami disambut oleh Pengurus Andalusia di Madinah iaitu Ust. Hanafi dan pegawai yang lain.  Selesai agihan kunci bilik jemaah naik ke bilik masing-masing dan berehat setelah menampuh perjalanan yang panjang.


Khamis, 14 Jun 2012

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - WADI KUDEK DAN NASI MANDY

Lebih kurang hampir dua jam perjalanan kami singgah di Wadi Kudek untuk solat Asar dan jamak solat Maghrib dan makan malam di sebuah restoran Arab yang ditaja oleh Andalusia.   Jemaah disajikan dengan Nasi Mandy, ayam panggang dan ikan goreng, satu dulang untuk lima orang.  Memang sedap....sekali.
rehat di Dataran Wadi Kudek...sambil pekena Teh panas Arab

Di sini jemaah bersempatan membeli madu lebah padang pasir dengan harga 15 RS sebotol (murah).   Aku beli hanya sebotol untuk di bawa pulang ke tanah air.

Rabu, 13 Jun 2012

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - MEKAH MADINAH

Sebelum meninggalkan Mekah jemaah diwajibkan melaksanakan Tawaf Wida' atau tawaf perpisahan.  Jika jemaah akan meninggalkan Mekah samada untuk kembali ke tanah air ataupun berziarah ke Madinah atau mana-mana tempat yang jauhnya melebihi dua marhalah (lebih kurang 91 km) dari Baitullah maka kita wajib melakukan tawaf Wida'.   Hakikatnya tawaf Wida' adalah sama dengan tawaf Umrah, Haji ataupun Sunat.  Bezanya adalah pada niat, tawaf Wida' ini jemaah tidak perlu memakai pakaian ihram dan boleh memakai wewangian.

Aku melakukan tawaf Wida' sendirian, selepas solat Zuhur dalam keadaan cuaca yang amat panas.    Selepas itu seperti biasa berdoa di Multazam dan menunaikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim.   Kemudian bersegera balik ke hotel untuk makan tengah hari.   Sebelum itu, sebelah paginya semua bagasi ditempatkan di lobi hotel mengikut aturan nombor bas masing-masing bagi memudahkan petugas hotel memunggah bagasi mengikut ketentuan nombor bas ( 1 hingga 5).  

Jam 3.00 petang semuanya beres kami bertolak ke Madinah meninggalkan seribu kenangan manis beribadah di Baitullah.  Sesungguhnya bukan buat kali terakhir buat kami....,kami akan ke sini lagi semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal, umur dan kesihatan yang diredai'.   Kami ke Madinah berkonvai iaitu 5 buah bas, aku bas nombor lima bersama Zul Bakar, Zul Khalil, Rafiq dan keluarga, Kak Ani, Azhar, Mak Cik Nab, Pak Cik Norzan, dalam bas ini terdapat 31 jemaah semuanya yang masih bersemangat meneruskan perjalanan ziarah ke Madinah.    Sebelum bertolak kami sama-sama membaca doa Safar yang dipimpin oleh Mutawwif agar perjalanan kami selamat dan diberkati oleh Allah.   Lebih kurang satu jam perjalanan bas nombor 2 mengalami masalah berek.   Mujurlah atas kemahiran yang ada pemandu bas ini (rakyat Indonesia) kerosakan kecil dapat di atasi dengan segera, perjalanan diteruskan.  Kebanyakan jemaah dibuai mimpi, maklumlah mungkin kepenatan.

salah satu terowong yang terdapat di Mekah....

membaiki masalah berek
Sepanjang perjalanan tiada pemandangan yang menarik, cuma padang dan gunung pasir seluas mata memandang.

perkuburan Ma'ala, di sinilah isteri Nabi Siti Khatijah di semadikan

dalam perjalanan aku sempat rakamkan kambing-kambing ini...