UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Isnin, 15 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE LIMA - 24 Mac 2013, Ahad

Seperti biasa Jemaah akan solat subuh di Masjid Nabawi, hari ini merupakan hari terakhir kami di Madinah.  Terlalu sayu rasanya untuk berpisah dengan Rasulullah S.A.W.
9.00 pagi:  Semua Jemaah diminta letakkan beg di lobi hotel (bagi memudahkan urusan petugas hotel memyusun beg-beg Jemaah dalam bas mengikut kumpulan yang ditetapkan). 
10.00 pagi:  Ke Masjid Nabawi, mendapat ruang untuk solat sunat di Raudhah agak lama juga (polis yang bertugas telah memberi ruang kepada aku pagi ini).   Hari ini aku agak beruntung kerana dapat solat zuhur di belakang imam saf yang ketiga (dapatlah lihat muka imam).   dan laksanakan ziarah wida sebelum solat zuhur.  Selepas solat balik hotel...makam tengah hari.   Bersiap berpakaian ihram.

Tempat imam mengimamkan solat
 
3.30 petang:  Bertolak ke Mekah (agak lewat kerana urusan memunggah beg-beg Jemaah tergendala disebabkan kesesakan trafik).
Jemaah dalam ihram dalam perjalanan ke Mekah
Miqat di Masjid Bir Ali (umrah pertama). 
Pokok pisang yang terdapat perkarangan Taman Mini Masjid Bir Ali, Madinah
Masjid Bir Ali
Dalam perjalanan singgah di Wadi Kudek untuk makan malam Nasi Mandy, satu dulang lima orang yang ditaja oleh pihak Andalusia dan solat Maghrib jamak Isyak.  teruskan perjalanan (terlupa nak gambar semasa makan nasi Mandy). 
11.00 malam:  Selamat sampai di Mekah, kami ditempat di Hotel Tharawat Monsia lebih kurang 500 M dari Masjidilharam.  Ambil kunci bilik, beg dan  rehat sebentar di bilik.
Dari kiri Kak Salimah, Induk Marina dan Mak Cik Maheran, kepenatan baru samapi
Ha..bilik 807
 
Dari kri Mak Cik Maheran, Kak Ani, Encik Yusof dan
 Pak Cik Deris di lobi hotel baru sampai
 1.00 pagi:  Laksanakan tawaf dan sei dibimbing oleh Mutawwif, Ust Ahmad Nauli, selesai 4.00 pagi.  Semasa sei Jemaah telah berpecah.   Saya dapati Pak Cik Deris tiada dalam kumpulan puas di cari tetapi tidak dijumpai.  Saya berdoa agar ianya selamat.
5.02 pagi:  Masuk waktu sloat subuh.
6.45 pagi:  Balik hotel, sampai di hotel saya dapati Pak Cik Deris terbaring keletihan di sofa lobi hotel.  (Alhamdulillah ianya selamat).  Katanya dia balik dengan Ust Ahmad Nauli.  Sarapan pagi di level 'S'.
7.15 pagi:  Rehat....kurang sihat badan mula macam nak demam, banyakkan minum air zam-zam.
 

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KE EMPAT - 23 Mac 2013, Sabtu

Hari ini Jemaah bebas melakukan ibadah....ada sebahagian memilih untuk membuat Ziarah Pilihan dengan bayaran tambahan ke Kilang Al-Quran (hanya lelaki sahaja) dan Lapangan Magnet.  Tetapi aku dan rakan-rakan yang lain lebih selesa untuk ke Raudhan dan itikaf di Masjid Nabawi.

Ahad, 14 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KETIGA - 22 Mac 2013, Jumaat

Seperti biasa solat subuh di Masjid Nabawi, jam 6.30 pagi sarapan pagi.   Berkumpul di lobi hotel jam 7.00 pagi untuk lawatan/ziarah luar (sekitar Madinah), iaitu Masjid Quba' (solat sunat 2 rakkat), Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud (lihat dari dalam basa sahaja) dan membeli belah di Pasar Kurma dan Ladang Kurma. 
Sekitar ziarah luar Madinah
Masjid Quba'
Ruang solat utama Masjid Quba'
 
Kurma baru nak berputik
 
11.00 pagi: Balik hotel
11.30 pagi:  Ke masjid untuk solat Jumaat, selesai solat balik hotel untuk makan tengah hari (memang berselera sangat...puyuh masak sambal, sayur timur, sotong masak lemak pedas)
2.00 petang:  Rehat
3.30 petang:  Solat Asar tidak balik, tunggu sampai Isyak.  Makan Kebab dekat luar kawasan masjid.
9.00 malam:  Balik hotel...makan malam
10.00 malam:  Rehat

Jumaat, 12 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KEDUA - 21 Mac 2013, Khamis

1.00 pagi:  Bangun, bersihkan diri, ke Masjid Nabawi untuk solat subuh
6.00 pagi:  Sarapan pagi
7.00 pagi:  Ziarah Dalaman.  Makam Rasulullah S.A.W. dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi. 
10.00 pagi:  Jemaah bebas untuk melaksanakan ibadah

waktu solat di Madinah
Azan subuh di Madinah akan berkumandang sebanyak 2 kali, iaitu satu jam sebelum masuk waktu dan azan kedua apabila masuknya waktu solat.

Khamis, 11 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH, SV 20 MAC 2013 - HARI PERTAMA

20 Mac 2013 yang lalu saya dengan 11 orang jemaah dibawah tajaan saya telah berangkat ke Tanah Suci bersama dengan 177 orang jemaah dibawa kelolaan Andalusia Travel & Tours.   Peringkat awalnya, saya telah ditawarkan sebagai Tour Leader oleh Andalusia untuk Umrah Ziarah Oman pada 13 Mac 2013.   Tetapi tawaran ini terpaksa saya tolak demi 11 orang jemaah tajaan saya pada 20 Mac 2013 (SV), kerana saya telah berjanji untuk bersama mereka ke Tanah Suci.     Seperti mana yang dijanjikan, jam 12.00 tengah hari 20 Mac kami berkumpul di kaunter K, aras 5, KLIA untuk urusan daftar masuk dan taklimat perjalanan oleh pegawai Andalusia yang bertugas.   Urusan di KLIA, mudah tiada masalah. 
3.00 petang:  Berlepas ke Madinah
6.15 petang (waktu Saudi):  Transit di Riyadh
7.15 malam: Teruskan penerbangan ke Madinah, yang mengambil lebih kurang 2 jam
8.15 malam:  Hidangan makan malam disajikan
 MENGGAPAI RIDA' ILAHI
Ya Allah berkati perjalanan ini
Perjalanan menuju Tuhan Yang Satu
Sesungguhnya kedatangan ku
Membawa ribuan gumpulan harapan
Hamba yang hina
Mohon keampunan
Perjalanan penuh keindahan
Ciptaan Yang Maha Esa
Dari jendela kapal ini
Ku lihat ruang angkasa terbentang luas tanpa sempadan
tiada gantungan, kepulan awam
membentuk pemandangan menakjukkan
di awam biru
lapan jam perjalanan tiada jemu
zikir memuji Mu Ilahi
rindu ku pada Mu tiada luput
mohon kedatangan ku
disambut sebagai hamba
tidak pohon permaidani terbentang
hanya ku pinta keampunan Mu jua
ketetapan iman dalam agama Mu
beribadah di rumah Mu penuh barakah
Ya Ilahi
 
20 Mac 2013, KL - Riyadh
6.00 petang (Saudi)/11.00 malam (Malaysia) 
 
 

10.00 malam:  Selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Mohammad Abdulziz, Madinah.  Ambil bagasi, serah passport antarabangsa kepada muassasah.
11.00 malam:  Daftar masuk hotel. Ambil kunci bilik (115), Kak Ani, Makcik Maheran, Induk dan Kak Salemah (114) manakala Kak Guy sekeluarga (122) dan makan malam dilevel M.  Masuk bilik.  Rehat. 
 

Rabu, 6 Mac 2013

PERJALANAN UMRAH HAJAH NORLINA

Sekitar perjalanan umrah Puan Hajah Norlina Abu Bakar dan keluarga, 10 Februari 2013, penerbangan Saudi Airlines (KLIA - Jeddah - Madinah - Makkah - Jeddah - KLIA).  Terima kasih Andalusia (Hajah Norlina).
 

Sabtu, 2 Mac 2013

SEKITAR PERJALANAN UMRAH SDR. FAIZAL DAN KELUARGA

Umrah Transit Oman 23 Januari 2013, 15 hari 13 malam. 
 Semoga dikurniakan umrah maqbullah