UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 14 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KETIGA - 22 Mac 2013, Jumaat

Seperti biasa solat subuh di Masjid Nabawi, jam 6.30 pagi sarapan pagi.   Berkumpul di lobi hotel jam 7.00 pagi untuk lawatan/ziarah luar (sekitar Madinah), iaitu Masjid Quba' (solat sunat 2 rakkat), Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud (lihat dari dalam basa sahaja) dan membeli belah di Pasar Kurma dan Ladang Kurma. 
Sekitar ziarah luar Madinah
Masjid Quba'
Ruang solat utama Masjid Quba'
 
Kurma baru nak berputik
 
11.00 pagi: Balik hotel
11.30 pagi:  Ke masjid untuk solat Jumaat, selesai solat balik hotel untuk makan tengah hari (memang berselera sangat...puyuh masak sambal, sayur timur, sotong masak lemak pedas)
2.00 petang:  Rehat
3.30 petang:  Solat Asar tidak balik, tunggu sampai Isyak.  Makan Kebab dekat luar kawasan masjid.
9.00 malam:  Balik hotel...makan malam
10.00 malam:  Rehat

Jumaat, 12 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH - HARI KEDUA - 21 Mac 2013, Khamis

1.00 pagi:  Bangun, bersihkan diri, ke Masjid Nabawi untuk solat subuh
6.00 pagi:  Sarapan pagi
7.00 pagi:  Ziarah Dalaman.  Makam Rasulullah S.A.W. dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi. 
10.00 pagi:  Jemaah bebas untuk melaksanakan ibadah

waktu solat di Madinah
Azan subuh di Madinah akan berkumandang sebanyak 2 kali, iaitu satu jam sebelum masuk waktu dan azan kedua apabila masuknya waktu solat.

Khamis, 11 April 2013

MENCARI KEDAMAIAN DI BAITULLAH, SV 20 MAC 2013 - HARI PERTAMA

20 Mac 2013 yang lalu saya dengan 11 orang jemaah dibawah tajaan saya telah berangkat ke Tanah Suci bersama dengan 177 orang jemaah dibawa kelolaan Andalusia Travel & Tours.   Peringkat awalnya, saya telah ditawarkan sebagai Tour Leader oleh Andalusia untuk Umrah Ziarah Oman pada 13 Mac 2013.   Tetapi tawaran ini terpaksa saya tolak demi 11 orang jemaah tajaan saya pada 20 Mac 2013 (SV), kerana saya telah berjanji untuk bersama mereka ke Tanah Suci.     Seperti mana yang dijanjikan, jam 12.00 tengah hari 20 Mac kami berkumpul di kaunter K, aras 5, KLIA untuk urusan daftar masuk dan taklimat perjalanan oleh pegawai Andalusia yang bertugas.   Urusan di KLIA, mudah tiada masalah. 
3.00 petang:  Berlepas ke Madinah
6.15 petang (waktu Saudi):  Transit di Riyadh
7.15 malam: Teruskan penerbangan ke Madinah, yang mengambil lebih kurang 2 jam
8.15 malam:  Hidangan makan malam disajikan
 MENGGAPAI RIDA' ILAHI
Ya Allah berkati perjalanan ini
Perjalanan menuju Tuhan Yang Satu
Sesungguhnya kedatangan ku
Membawa ribuan gumpulan harapan
Hamba yang hina
Mohon keampunan
Perjalanan penuh keindahan
Ciptaan Yang Maha Esa
Dari jendela kapal ini
Ku lihat ruang angkasa terbentang luas tanpa sempadan
tiada gantungan, kepulan awam
membentuk pemandangan menakjukkan
di awam biru
lapan jam perjalanan tiada jemu
zikir memuji Mu Ilahi
rindu ku pada Mu tiada luput
mohon kedatangan ku
disambut sebagai hamba
tidak pohon permaidani terbentang
hanya ku pinta keampunan Mu jua
ketetapan iman dalam agama Mu
beribadah di rumah Mu penuh barakah
Ya Ilahi
 
20 Mac 2013, KL - Riyadh
6.00 petang (Saudi)/11.00 malam (Malaysia) 
 
 

10.00 malam:  Selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Mohammad Abdulziz, Madinah.  Ambil bagasi, serah passport antarabangsa kepada muassasah.
11.00 malam:  Daftar masuk hotel. Ambil kunci bilik (115), Kak Ani, Makcik Maheran, Induk dan Kak Salemah (114) manakala Kak Guy sekeluarga (122) dan makan malam dilevel M.  Masuk bilik.  Rehat. 
 

Rabu, 6 Mac 2013

PERJALANAN UMRAH HAJAH NORLINA

Sekitar perjalanan umrah Puan Hajah Norlina Abu Bakar dan keluarga, 10 Februari 2013, penerbangan Saudi Airlines (KLIA - Jeddah - Madinah - Makkah - Jeddah - KLIA).  Terima kasih Andalusia (Hajah Norlina).
 

Sabtu, 2 Mac 2013

SEKITAR PERJALANAN UMRAH SDR. FAIZAL DAN KELUARGA

Umrah Transit Oman 23 Januari 2013, 15 hari 13 malam. 
 Semoga dikurniakan umrah maqbullah

Jumaat, 22 Februari 2013

BERTEMU DI TANAH SUCI MADINAH

Gambar kenangan
Gambar kenangan bersama Datuk Dr. Fazilah Kamsah,
 kami bertemu di Tanah Suci Madinah

Khamis, 21 Februari 2013

HOTEL DI MADINAH

Hotel Andalusia di Madinah...jarak daripada Masjid Nabawi 200 M

RENUNGAN...

Jadilah orang yang celik di dunia dan celik di akhirat, Jangan jadi orang yang celik di dunia dan buta di akhirat.

WACANA PERPADUAN UMMAH

DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah berkenan mencemar duli melihat portal PRPM sempena Majlis Wacana Perpaduan Ummah yang diadakan pada 19 Februari 2013, jam 10.00 pagi, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Dalam majlis ini baginda berkenan memberikan titah ucapan diraja. 

PERJALANAN UMRAH PUAN ANA DAN KELUARGA

Perjalanan Umrah Puan Ana dan keluarga pada 31 Januari 2013, dengan penerbangan Saudi (SV). "saya sangat-sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Andalusia", Insyallah saya akan ke sana lagi, Puan Ana.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 13 Februari 2013

SELAMAT KEMBALI

Selamat kembali Encik Mohd Faizal dan keluarga penerbangan umrah ziarah Oman 4 Januari 2013.   Dan juga Puan Ana dan rombongan penerbangan Saudi (SV) 31 Januari 2013 semoga mendapat ganjaran umrah Maqbullah.   Apa yang baik adalah dari Allah s.w.t. dan apa yang kurang adalah kelemahan kami dan dengan itu kami memohom ampun dan maaf.  

Ahad, 3 Februari 2013

PAKEJ 20 MAC 2013

Pakej cuti sekolah 20 Mac (15H 13M) penerbangan Saudi masih lagi ada kekosongan tempat yang berhajat boleh hubungi saya segera untuk maklumat lanjut atau tempahan.

VISA UMRAH

Ramai jemaah umrah tidak dapat berangkat ke Tanah Suci hari ini, kerana kesukaran mendapatkan Visa, walaupun semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.   Kami mohon Kedutaan Arab Saudi mengambil perhatian serius perkara ini, bagi kemudahan umat Islam mengerjakan Ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah dan ziarah ke Madinah.

Rabu, 9 Januari 2013

PENGUMUMAN PENTING

PERATURAN BARU PERMOHONAN VISA UMRAH OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan:
1.  Suami - surat nikah;
2.  Bapa kandung - surat beranak;
3.  Adik beradik lelaki kandung - surat beranak;
4.  Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara;
5.  Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa.

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan tersebut di atas.

Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Khamis, 3 Januari 2013

sambungan...

Beribadah sepenuhnya kepada Allah semata
Rasulullah s.a.w. bersabda:  "sesungguhnya Allah berfirman: "Wahai anak Adam, beribadahlah sepenunya kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku penuhi keperluanmu.  (Dan) jika kalian tidak melakukannya, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi keperluanmu."
(HSR. Ahmad, Tarmizi, Ibu Majah dan Ak Hakim dari Abu Hurairah).
Menjalankan Haji dan Umrah
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kerjakanlah haji dengan umrah atau sebaliknya.  Kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran (karat) besi."
(HSR Nasa'i. Hadits ini shahih menurut Imam Al Albani.
Silaturrahim (menyambung tali kekerabatan yang masih ada hubungan nasab)
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ingin dilapangan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung" (HSR. Bukhari)
Berinfak dijalankan Allah
Allah berfirman:  "Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya.  Dialah sebaik-baiknya Pemberi rezeki". (QS. Saba: 39)

bersambung...