PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH - AIRPORT HAJI, JEDDAH
5.30 pagi: Selepas solat subuh, jemaah diminta melaksanakan tawaf wida' secara pensendirian atau berkumpulan. Aku membawa Pak Yasir (agak uzur), adik membawa ayah, emak, mak Teh di bawa oleh wan Peah. Selepas tawaf wida' jemaah tidak dibenarkan untuk membeli belah, hanya terus balik ke hotel untuk sarap pagi dan bersiap untuk ke Jeddah.
7.30 pagi: Berkumpul di Lobi Hotel untuk Taklimat Perjalanan ke Jeddah, Bahrain dan seterusnya ke Kuala Lumpur yang diberikan oleh Tour Leader.. Urusan pasport dan tiket jemaah di Pejabat Andalusia.
8.00 pagi: Bertolak ke Jeddah diiringi oleh Mutawwif, ust Imam hingga ke sempadan Airport Haji. Kami dimaklumkan mutawwif tidak dibenarkan memasuki kawasan Airport, sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi, denda akan dikenakan dalam anggaran SR 2000 hingga SR 5000 seorang. Oleh itu, semua urusan di Airport akan diuruskan oleh Tour Leader. Dalam perjalanan ke Jeddah...saya telah membuat kutipan SR 10 seorang bagi memudahkan urusan bagasi dan air zam-zam di Airport nanti, ini adalah pengalaman saya semasa mengerjakan umrah tahun lepas (2010). Dan sedikit derma daripada jemaah untuk ust. Imam, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas bantuan dan tunjuk ajar beliau semasa kami mengerjakan umrah "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Terma Kasih Ust...daripada kami. Di sempadan Airport kami berhenti sebentar untuk menurunkan Ust. Imam dan mengambil Pek Makanan untuk jemaah (Nasi Bungkus).



Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter
