KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH
Jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram dan membeli belah.
2.00 pagi: Baru aku dapat merehatkan diri...apa lagi terbaring habis...memang terlalu penat.
7.30 pagi: Bertolak ke Airport Antarabangsa Bahrain
10.15 pagi: Penerbangan ke Jeddah, lewat 40 minit daripada masa yang ditetapkan (9.40 pagi). Penerbangan ke Jeddah akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami berlepas ke Jeddah dengan pesawat GF 173.
LAPANGAN TERBANG HAJI, JEDDAH
12.30 tengah hari: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Terminal Haji, Jeddah, apa yang mengembirakan urusan imigresen di sini amat mudah sekali. Walaupun sebelum ini pelbagai cerita dan kerenah yang diberitahu oleh Tour Leader sebelum ini. Kerana sebelum ke sini aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Solat jamak Zohor dan Asar di sini sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke Madinah. Agar kecewa juga kerana tiada wakil syarikat yang menyambut ketibaan jemaah. Aku terpaksalah menghubungi Haji Shukri dan Haji Hamdani, maklumkan bahawa jemaah sudah lama menunggu di Airport Haji.
Aku juga menghubungi mutawwif, Ust Imam beberapa kali bertanyakan tentang pengangkutan (bas). Aku tidak mahu jemaah menunggu terlalu di Airport, kerana perjalanan kami masih jauh lagi iaitu ke Madinah.
3.00 petang: Jam 3.00 petang (waktu Arab Saudi) barulah bas sampai, itu pun telah banyak kali hubungi Mutawwif. Alasan yang diberikan cuma kesesakan jalan raya bas tidak boleh masuk ke Airport.Minta semua jemaah berkerjasama mengangkat bagasi dan menyusunnya dalam perut bas. Teruskan perjalanan ke Madinah. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Airport, berhenti ambil mutawwif Ust. Imam dan serahkan pasport dan senarai tiket pulang jemaah ke Haji Hamdani. Dalam perjalanan ke Madinah ini kami dibekalkan dengan nasi bungkus Mr. Sate. sedap...ya mungkin perut dah terlalu lapar.





Lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Operasi mencari dan menyelamat berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Dalam tragedi ini seramai 16 orang anak yatim dan penjaga meninggal dunia. Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah ini. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
SUMBER FOTO: kiriman rakan
HAJI PERTAMA
20 Dis 2005 - 29 Jan 2006
UMRAH PERTAMA
16-30 Mei 2010 (Bahrain)
UMRAH KEDUA
25 April -7 Mei 2011 (Bahrain)
UMRAH KETIGA
24 April - 7 Mei 2012 (Saudi)
UMRAH KEEMPAT
20 Mac - 3 April 2013 (Saudi)
UMRAH KELIMA
05 - 17 Feb 2014 (Muscat, Oman)
UMRAH KEENAM
06 - 19 Feb 2015 (Muscat, Oman)
UMRAH KETUJUH
01 - 13 Mac 2019 (Muscat, Oman)
UMRAH KELAPAN
12 - 24 Febuari 2020 (Muscat, Oman)