UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 5 Jun 2011

29 April 2011...(Hari Ke-5)... JUMAAT
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI


MADINAH - MAKKAH
Pagi: Jemaah bebas beribadah di Masjid Nabawi
12.00 tengah hari: Ke Masjid Nabawi untuk solat Jumaat. Jemaah diingatkan agar menunaikan solat jamak Asar selepas solat jumaat dan melaksanakan ziarah wida'.
2.45 petang: Bertolak ke Makkah


  • Singgah di Masjid Bir Ali untuk Miqat Umrah

  • Singgah Wadi Kudik untuk makan malam (nasi mandi) satu dulang untuk lima orang...sedap tu..

  • Selepas makan teruskan perjalanan ke Makkah
TANAH SUCI MAKKAH
9.30 malam: Sampai di Makkah. Jemaah di tempatkan di Hotel Royal Sultan. Chek-In..agihkan kunci bilik (tiada masalah)
10.30 malam: Menyempurnakan tawaf, sei dan tahalul umrah pertama dibimbing oleh mutawwif.
12.30 pagi: Selesai umrah pertama..semua jemaah kelihatan amat seronok dan ceria menyempurnakan rukun umrah.

Khamis, 2 Jun 2011

28 April 2011...(Hari Ke-4)...Khamis
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI


ZIARAH LUAR MADINAH

6.45 pagi: Ziarah luar sekitar Madinah: Masjid Quba, Masjid Dua Kiblat, Bukit Uhud, Ladang Kurma.


Masjid Quba, di sini sorang jemaah hilang iaitu Pak Hashim dari Rembau, NS. lebih kurang satu jam mencari bersama ust. Imam alhamdulillah akhirnya berjaya. Beliau tersalah pintu keluar semasa ke tandas selepas solat sunat.




Perhatikan Ladang Kurma ni...serupa seperti ladang kelapa sawit di tempat kita. Pasar Kurma di Ladang Kurma ni...kita boleh makan kurma sebanyak mana yang kita mampu tidak perlu membuat pembayaran. Bayaran akan dikenakan sekiranya kita ingin membawa balik buah kurma. Harga sekilo Kurma Nabi gred 1 ialah SR100.00


Lawatan di Bukit Uhud, gambar kenangan di Bukit Pemanah
Seperti biasa jemaah dinasihatkan agar mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi.
27April 2011...(Hari Ke-3)...Rabu
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

3.00 pagi: Ke Masjid Nabi, solat Subuh
6.30 pagi: Sarapan pagi
7.30 pagi: Berkumpul di Lobi Hotel untuk program ziarah Dalaman


  • Rawdah, tempat paling mustajab berdoa di Madinah. Saya galakan jemaah supaya mencari peluang dan ruang untuk sembahyang di sini kerana fadilahnya amat besar sesiapa yang dapat sembahyang di dalam Rawdah.

  • Makam Nabi S.A.W. & 2 sahabat baginda

  • Jemaah dinasihatkan agar mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi seperti mana sabda baginda: "Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

26 April 2011...(Hari Ke-2)...Selasa (sambungan)
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Meneruskan perjalanan ke Madinah...dalam keadaan ceria dan berdebar bagi jemaah yang pertama kali menjejakan kaki di bumi Madinah.


Jemaah menikamt nasi mandi arab...sedap


8.00 malam: Singgah di Wadi Porilin, untuk solat Maghrib dan Isyak, makan malam (nasi mandi). Cara makan pun ikut gaya orang Arab...satu dulang lima orang...ikan goreng seekor dan sebelah ayam panggang. Teruskan perjalanan ke Madinah lagi...perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam. Dalam perjalanan...untuk mengelakan bosan mutawwif menceritakan kelebihan Tanah Haram Madinah. Ada segelintiran jemaah memberikan perhatian...selebihnya merehatkan diri...tidur lah.

12.30 pagi: Kami selamat sampai di Madinah...yang mengandungi jasad insan paling mulia Nabi Muhammad S.A.W. Ada antara kami yang menitiskan air mata gembira...pertama kali dapat menjejakan kaki di sini. Alhamdullilah.

Inilah hotel penginapan kami di Madinah


  • Kami di tempatkan di Hotel Durrat Fayroz hanya 50 meter daripada Masjid Nabi. Kedai yang menjual pelbagai barangan masih lagi dibuka terutamanya di sekitar hotel tempat kami menginap. Kelihatan Masjid Nabi terang benderang dengan limpahan lampu neo.

  • Urusan agihan kunci bilik kepada jemaah amat mudah tiada masalah, kerjasama yang diberikan oleh jemaah amat baik sekali walau pun mereka baru berkenalan. Mereka di tempatkan 2 orang sebilik. Sesungguhnya haji atau umrah itu mengikat tali persaudaraan sesama ummah.

  • Membuat kunjungan ke bilik-bilik jemaah, maklumkan waktu solat, atur cara di Madinah dan bertanyakan masalah mereka jika ada.

2.00 pagi: Baru aku dapat merehatkan diri...apa lagi terbaring habis...memang terlalu penat.

Selasa, 31 Mei 2011

26 April 2011...(Hari Ke-2)...Selasa
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI


BANDARAYA MANAMA, BAHRAIN

3.00 pagi
(waktu Bahrain): Call semua jemaah untuk solat Subuh (masuknya waktu Subuh di Bahrain 3.45 pagi)

6.00 pagi: Sarapan pagi di hotel dan sesi gambar kenangan sebelum ke Airport Bahrain untuk teruskan kembara ke Jeddah.


7.30 pagi: Bertolak ke Airport Antarabangsa Bahrain

10.15 pagi: Penerbangan ke Jeddah, lewat 40 minit daripada masa yang ditetapkan (9.40 pagi). Penerbangan ke Jeddah akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami berlepas ke Jeddah dengan pesawat GF 173.

LAPANGAN TERBANG HAJI, JEDDAH

12.30 tengah hari: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Terminal Haji, Jeddah, apa yang mengembirakan urusan imigresen di sini amat mudah sekali. Walaupun sebelum ini pelbagai cerita dan kerenah yang diberitahu oleh Tour Leader sebelum ini. Kerana sebelum ke sini aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Solat jamak Zohor dan Asar di sini sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke Madinah. Agar kecewa juga kerana tiada wakil syarikat yang menyambut ketibaan jemaah. Aku terpaksalah menghubungi Haji Shukri dan Haji Hamdani, maklumkan bahawa jemaah sudah lama menunggu di Airport Haji.

Aku juga menghubungi mutawwif, Ust Imam beberapa kali bertanyakan tentang pengangkutan (bas). Aku tidak mahu jemaah menunggu terlalu di Airport, kerana perjalanan kami masih jauh lagi iaitu ke Madinah.

3.00 petang: Jam 3.00 petang (waktu Arab Saudi) barulah bas sampai, itu pun telah banyak kali hubungi Mutawwif. Alasan yang diberikan cuma kesesakan jalan raya bas tidak boleh masuk ke Airport.
Minta semua jemaah berkerjasama mengangkat bagasi dan menyusunnya dalam perut bas. Teruskan perjalanan ke Madinah. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Airport, berhenti ambil mutawwif Ust. Imam dan serahkan pasport dan senarai tiket pulang jemaah ke Haji Hamdani. Dalam perjalanan ke Madinah ini kami dibekalkan dengan nasi bungkus Mr. Sate. sedap...ya mungkin perut dah terlalu lapar.

Ahad, 29 Mei 2011

25 April 2011...
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Aku telah dipertanggungjawabkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai TOUR LEADER umrah kali ini, dengan membawa seramai 32 orang jemaah dengan pakej bermalam semalaman di bandar Manama, Bahrain. Seterusnya ke Jeddah, Madinah dan Makkah.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)
7.00 pagi: Semua jemaah berkumpul di Balai berlepas Aras 5, kuanter K & L KLIA. Urusan timbang bagasi, pembahagian pasport, boding pass, taklimat ringkas dan bacaan doa.
10.55 pagi: Berlepas ke Bahrain dengan pesawat GF281...dalam penerbangan diserang gastrik yang agak teruk, cuma banyakkan zikir munajat mohon pertolongan yang Maha Esa dan minta sedikit makanan daripada paramugari. Alhamdulliah.


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAHRAIN
1.55 petang: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Pemeriksaan imigresen tertangguh sementara waktu. Di mana seorang jemaah namanya tertinggal dalam pakej bermalam di Bahrain. Kerana jemaah ini menguruskan tiket penerbangannya secara persendirian. Terpaksa hubungi pegawai Andalusia di Kuala Lumpur minta kepastian. Setelah berbincang dengan pihak imigresen Bahrain jemaah telah dibenarkan membayar sendiri pakej penginapan dan makanan di Bahrain.
4.15 petang: Bertolak ke tempat penginapan, Hotel Tulip iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dengan 2 buah mini bas.
4.45 petang: Urusan chek-in bilik, satu bilik 2 dua orang, solat Asar
5.30 petang: Lawatan sekita bandar Manama, ibu negara Bahrain. Masih banyak kelihatan kereta kebal di tepi-tepi jalan, ketika ini Bahrain baru sahaja tenang daripada gerakan reformasi rakyat. Hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dilawati kerana jemaah sudah terlalu penat...haaa lapar dah, seperti Twin Tower (photoshop) mercu tanda Bahrain, Pusat Krattangan, kesan sejarah pelabuhan dan sekitar bandar Manama.
8.00 malam: Balik hotel...makam malam, rehat dah penat.


sekitar bandar Manama, Bahrain

Khamis, 26 Mei 2011

MUSIBAH TANAH RUNTUH, HULURKAN SUMBANGAN....



Lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Operasi mencari dan menyelamat berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Dalam tragedi ini seramai 16 orang anak yatim dan penjaga meninggal dunia. Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah ini. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


SUMBER FOTO: kiriman rakan

Rabu, 18 Mei 2011

HANYA TINGGAL KENANGAN

Hari ini genaplah satu bulan nenek (uwan) tercinta meninggalkan kami (19 April 2011) buat selamanya, ia kembali kepada pencipta-Nya. Iaitu lima hari sebelum kami berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah. Uwan tidak sakit teruk...cuma dua hari sebelum meninggal uwan sudah tidak larat untuk bangun dan solat, makan hanya sedikit-sedikit. Aku dan Mak Teh (ibu saudara) yang banyak menjaga uwan, menghantarnya mendapatkan rawatan susulan untuk darah tinggi di Klinik Kesihatan Taman Medan Jaya atau pun rawatan perubatan alternatif. Kami berdua amat rapat dengan uwan. Ketidaan uwan amat terasa sekali. Uwan menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.30 malam, 19 April 2011, dalam usia 84 tahun. Jenazah uwan selamat disemadikan bersebelahan arwah Atuk di kampung pada 20 April 2011, selepas solat zohor (2.00 petang). Semasa jenazah uwan diturunkan ke liang lahat tiba-tiba hujan rintik-rintik turun. Dua jam sebelum uwan menghembuskan nafas terakhir, uwan sentiasa tersenyum. Aku terfikir uwan senyum dengan siapa. Mungkin uwan sudah dapat lihat tempatnya di sana. Aku reda' dengan ketentuan Ilahi ini. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dari Nya kita datang kepadaNya jualah kita akan kembali. Semoga roh uwan dilimpahi rahmatNya dan bahagia di sana. Amin. Al-Fatihah. Kami juga akan menyusur kemudian.

Firman Allah: "Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Al-Hadid: 22-23)

Kita dicipta-Nya penuh indah
Disediakan-Nya kamar ibadah
Disinari-Nya nur yang melimpah
Itulah tanda keagungan nur Allah

Jika kita amalkan muhasabah
Hayati Quran, Sunnah Rasullullah
Zikir, munajat Alhamdulilah
Puji segala nikmat diberi Allah

Semat kebaikan dalam hati
Pilihlah jalan suci abadi

Itulah kehidupan mukmin sejati
Membawa panji mengenal llahi

Rebutlah dua rakaat sembahyang
Ketika digelita malam hari
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang
Moga bahgia kita di sana nanti

HajiBurn

Khamis, 7 April 2011


Untuk keterangan lanjut sila layari:



OTDIX TRAVEL AND TOURS SDN BHD( Co No : 837828-A * NO KKKP/KPL: 6151)No. 14-2-2, Jalan 20, C/146, Desa Tasik,Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia TEL: 0390594980 / FAX:0390594980 Email: otdixtravel@gmail.com / Web: http://otdix.webs.com

Rabu, 6 April 2011

RAYYAN: TASBIH CINTA


Mereka bukanlah orang baru yang aktif dalam industri muzik nasyid. Penglibatan mereka sebagai kumpulan nasyid Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bermula sejak tahun 2004 di bawah naungan Bahagian Komunikasi Korporat DBP. Rayyan, kumpulan nasyid yang giat dalam pelbagai pertandingan nasyid, akhirnya muncul dengan album pertama mereka, Tasbih Cinta. Tasbih Cinta mengetengahkan konsep pop dakwah yang bait-bait liriknya ditulis oleh para sasterawan. Album ini mengandungi lima buah lagu iaitu Tasbih Cinta, Khazanah, Perjalanan, Kau dan Petua Nasihat. Dengan membawa falsafaha "Berhibur Dalam Zikrullah", Rayyan telah mencipta pelbagai kejayaan sejak penubuhannya. Antaranya ialah Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2006, dan Johan Festival Nasyid Antara Kementerian 2004 & 2006. Rayyan juga pernah menjadi wakil negara dalam Festival Seni Budaya Islam Negara-negara MABIMS 2006 di Jakarta, Indonesia. Dan pada 27 Mac 2011, pelancaran album Rayyan telah diadakan di Karnival Jom Heboh 2011 di Batu Kawan, Pulau Pinang. Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Berhad. Kepada peminat hiburan dakwah, anda boleh mendapatkan album Tasbih Cinta dengan menghubungi Pengurus Rayyan di talian 013-3807442 atau email kepada myrayyan63@yahoo.com. Dapatkan album Rayyan serendah RM12 (tidak termasuk pos).

Khamis, 31 Mac 2011



PELANCARAN ALBUM RAYYAN DI KARNIVAL JOM HEBOH, BATU KAWAN, PULAU PINANG OLEH DATUK JOHAN JAAFFAR, PENGERUSI MEDIA PRIMA 27 MAC 2011


Isnin, 28 Mac 2011

KISAH SEORANG BERNAMA HAJI BAHASA

Sinar Harian 17 Mac 2011

SEORANG rakan saya namanya Bahasa. Nama penuh Bahasa bin Othman. Saya panggil dia, Tuan Haji Bahasa, tinggal di Taman Gembira, Semenyih. Saya pernah jumpa orang bernama Menteri, tapi tidak pun jadi menteri. Dan ramai juga yang bernama Sultan tapi tak jadi sultan. Yang bernama Raja, lebih ramai lagi tapi Rajagobal hanya jadi raja di padang bola.Uniknya Haji Bahasa adalah kerana dia pernah jadi pegawai penyelidik bahasa di Unit Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.Suatu ketika dulu, ketika sistem telekomunikasi tidak lagi secanggih sekarang, ada satu kaedah perhubungan dipanggil ‘kawat’.Saya sendiri sebagai generasi Kelab 40 hari ini, kurang arif mengenai teknik menggunakan kawat tetapi saya biasa tengok pada kepala surat rasmi agensi kerajaan beberapa dekad dulu, ada tertera perkataan ‘kawat’ pada bahagian atas kanan dengan kod tertentu.Kod kawat bagi Dewan Bahasa dan Pustaka adalah ‘BAHASA’. Maka, semua urusan kawat Dewan Bahasa dan Pustaka, sampai ke meja Haji Bahasa.Bayangkan betapa sibuknya Haji Bahasa setiap hari, seolah-olah Dewan Bahasa dan Pustaka itu dia dan dialah Dewan Bahasa dan Pustaka.Selain bertugas sebagai pegawai penyelidik bahasa di Unit Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Haji Bahasa juga penulis yang tentunya seorang ahli bahasa.Namun, itu bukanlah topik paling menarik untuk bercerita mengenai individu bernama Bahasa ini.Semasa menuntut di universiti, kata Haji Bahasa, dia sering menjadi sendaan rakan-rakan. Katanya:“Dalam satu kejadian, ada seseorang datang bertanya kepada saya di mana Pusat Bahasa.“Saya pun angkat tangan tinggi dan kemudian, jari telunjuk terus saya tunjukkan ke pusat saya.“Orang yang bertanya itu terus merah mukanya. Dia memarahi saya. Katanya, dia sungguh-sungguh, mengapa saya loyar buruk pula.“Saya kata kepadanya, saya bukan loyar buruk. Saya jawab apa yang dia tanya. Dia tanya, di mana pusat Bahasa, saya pun tunjuklah pusat saya sebab sayalah Bahasa. Nama saya Bahasa, dan saya pun tunjukkan kepadanya kad pelajar saya.”Menurut Haji Bahasa, dia berbuat begitu bukan kerana mahu mempermain-mainkan orang yang tak dikenali, yang mahukan jawapan serius daripadanya.“Sebenarnya, saya mahu tujukan sindiran itu kepada rakan-rakan saya, yang saya sudah perhatikan mereka sedang mentertawakan saya dari jauh.“Saya tahu, sebelum bertemu dengan saya, lelaki yang bertanya itu sudah bertemu dengan rakan-rakan saya lebih awal dan pastinya merekalah yang suruh dia bertanya kepada saya dengan tujuan mahu mentertawakan saya,” katanya.Bagaimanapun kata Haji Bahasa, apa yang berlaku bukanlah tekanan atau masalah bagi dirinya.“Saya sebenarnya bersyukur, sangat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberikan nama ini. Nama ini yang banyak menjaga saya,” katanya.Haji Bahasa berkata, sebagai seseorang yang bernama Bahasa, dia perlu menjaga tingkah laku supaya sentiasa menepati makna namanya.“Kalau saya buat perangai tidak senonoh, orang akan kata, tengoklah … nama saja Bahasa tapi tak ada budi bahasa. Kalau saya bercakap sebarangan, pun orang boleh kata juga, nama Bahasa tapi tak tahu berbahasa,” ujarnya.Ketika kami berborak, Haji Bahasa berwajah serius meskipun apa yang diceritakannya, bagi saya agak melucukan . Dia saya perhatikan begitu menjaga tutur kata dan budi bahasanya. Sememangnya dia layak memegang nama Bahasa.Semangat?“Ya! Saya akui nama ini memang memberi semangat kepada saya untuk mendalami ilmu mengenai bahasa, khususnya bahasa Melayu. Tetapi ini bukan bermakna saya terpaksa, saya sangat seronok dan sangat menyukai ilmu bahasa. Bahasa kita adalah antara bahasa yang paling indah di dunia,” katanya. Ketika itu, dapat saya perhatikan riak ceria pada wajah Haji Bahasa, sekali gus melambangkan dia benar-benar ‘enjoy’ dengan bidang yang digelumanginya.Dengan namanya, bidang yang diceburinya, dan juga perwatakan dirinya sendiri, saya percaya Haji Bahasa adalah antara beberapa individu yang paling unik di dunia – mempunyai nama yang menepati karier dan kesukaannya.Ada sesiapa yang masih ingat pada Olubunmi Adigun, pemain pertahanan skuad Hijau Kuning Kedah dari Nigeria yang sangat terkenal lebih sedekad lalu. Nama Islam Adigun ialah Abdul Rahman. Isterinya yang saya masih ingat bernama Bola.Oleh kerana sukanya Adigun kepada Bola, tidak hairanlah dia akhirnya muncul sebagai pemain bola yang mahsyur.Pertemuan saya dengan Haji Bahasa yang saya titipkan dalam tulisan ini berlaku beberapa tahun lalu.

Khamis, 24 Mac 2011

PELANCARAN ALBUM KUMPULAN NASYID RAYYAN

Kumpulan Nasyid Rayyan akan mengadakan Majlis Pelancaran Album sulung mereka di Booth Kota Ilmu, Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac 2011, jam 2.00 petang. Dapatkan album dan jumpa mereka di sana.