Pagi ini hujan turun agak lebat...(hujang rahmat). Di Kuala Lumpur ini sudah menjadi kebiasaan kalau hujan, jalan raya akan menjadi lebih sesak terutamanya waktu-waktu puncak seperti sebelah pagi, tengah hari dan petang. Jadi, hari ini aku terlambatlah sedikit sampai ke pejabat (7.31 pagi), aku memilih WP1 iaitu waktu masuk pejabat 7.30 pagi dan waktu balik 4.30 petang. Namun begitu aku jarang balik jam 4.30 petang.
Rabu, 5 Januari 2011
Pagi ini hujan turun agak lebat...(hujang rahmat). Di Kuala Lumpur ini sudah menjadi kebiasaan kalau hujan, jalan raya akan menjadi lebih sesak terutamanya waktu-waktu puncak seperti sebelah pagi, tengah hari dan petang. Jadi, hari ini aku terlambatlah sedikit sampai ke pejabat (7.31 pagi), aku memilih WP1 iaitu waktu masuk pejabat 7.30 pagi dan waktu balik 4.30 petang. Namun begitu aku jarang balik jam 4.30 petang.
Ahad, 2 Januari 2011
Rabu, 29 Disember 2010
Tahniah buat pasukan Bola Sepak Negara, penyokong dan rakyat Malaysia semua. Kita Boleh... Terima Kasih PM kerana memberi cuti umum pada kami esok (31 Disember 2010).
Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri).Selasa, 28 Disember 2010
Hati rasa sayu
Detik senja menjelang tiba
angin dingin menyaksikan
Sedih pilu..........
Isnin, 27 Disember 2010
Jumaat, 24 Disember 2010
SEBATANG ROKOKAhad, 19 Disember 2010
Water Pam, kereta Ford aku bocor lagi maklumlah barang lama (antik). Alat Ganti dah dibeli tetapi tak tahu nak pasang macam mana. Adalah kawan nak tolong pasangkan...tetapi hingga ke hari ini nampaknya dia tak free lagi. Tak tahulah bila nak pasang. Kereta ini hampir 5 bulan dah tak jalan, cuma star enjin eja.
Begitu juga dengan kita, apabila dah lama macam-macam yang terjadi. Ada masanya kita ceria dan gembira, dan ada kalanya kita tidak sihat dan perlukan rawatan doktor.
Selasa, 14 Disember 2010
AKU, DAN DULU



Persembahan Puisi Tari di salah sebuah Universiti di Selatan Thailand, arahan Zakaria Ariffin.

Persembahan Nasyid sempena MTQ di PWTC, KL

Ahad, 5 Disember 2010

Rabu, 1 Disember 2010
Selasa, 30 November 2010
Kini bulan Zulhijah pantas meninggalkan kita dan insya-Allah pada 7 Disember (1 Muharam) nanti akan bermula tahun baru Hijrah 1432. Jemaah haji mulai berbondong-bondong meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah, malah ada yang sudah berada di tanah air. Diucapkan selamat kembali kepada mereka, semoga dikurniakan haji mabrur yang balasannya tiada lain, kecuali syurga.
Apabila berada di tanah air, kenangan jemaah bergegas dan berpusu-pusu menyertai solat waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pasti sukar dilupakan. Demikian juga kenangan ke masjid pertama didirikan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Masjid Quba’ pasti sentiasa dalam ingatan. Berkenaan masjid ini, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 108, bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”
Sewajarnyalah kebiasaan jemaah haji bergegas ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk solat waktu berjemaah dilanjutkan ketika berada di tanah air. Ini kerana ada banyak kelebihan jika seseorang dapat solat berjemaah di masjid termasuk bersegera ke sana. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya; “Jika sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya kelebihan datang awal ke masjid untuk solat fardu berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya.”
Apa diharapkan keghairahan ke masjid ini dapat dikekalkan insan bergelar haji. Mereka perlu mengekalkan momentum segera ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Malah ada ganjaran istimewa menanti seorang ‘kaki masjid’ sehingga ada sebuah hadis Rasululullah s.a.w. menyebut mereka adalah salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat nanti.
Namun takwalah sewajarnya menjadi pilihan, kerana atas dasar inilah Masjid Quba’ didirikan oleh Rasulullah s.a.w.
Jumaat, 26 November 2010
Khamis, 25 November 2010
Selasa, 23 November 2010
Isnin, 22 November 2010
Isnin, 15 November 2010
Ahad, 14 November 2010
- Tasbih Cinta
- Khazanah
- Perjalanan
- Kau
- Petua Nasihat
Saya menjangkakan album ini akan berada dipasaran akhir Disember 2010. PASTIKAN YANG ORI. TUNGGGU....Berhibur dalam Zikirullah.
Khamis, 11 November 2010
Rabu, 3 November 2010
Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuhu menyebut tentang faedah bagi seseorang yang menunaikan haji, Antaranya:
- Menghapuskan dosa kecil.
- Membersihkan jiwa daripada maksiat.
- Jiwa menjadi bersih, ikhlas dalam tajdid kehidupannya.
- Menambahkan lagi ma'nawiyat ihsan.
- Meneguh dan menguatkan cita-cita serta keazaman.
- Mengukuhkan lagi husu al-zan dengan Allah SWT.
- Menambah dan meningkatkan iman serta keyakinan.
- Memperbaharui tajdid perjanjian ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
- Bertaubat dengan penuh keikhlasan dan harapan kepada keampunan-Nya.
- Mendidik jiwa serta melembutkan perasaan kemanusiaan.
- Menambahkan lagi sifat dan tingkatan ihsan dalam ibadah.
- Mengimbau kembali nostalgia keagungan Islam.
- Membaca sejarah salaf al-soleh yang penuh gemilang dengan amalan soleh dan jihad.
- Mengajar erti sebuah kesabaran dan pengorbanan.
- Memahami keperluan iltizam dan sitiqamah yang mesti disebatikan dalam jiwa.
sumber: Majalah Anis keluaran November 2010
Selasa, 2 November 2010
NS. 3 OKTOBER 2010, JAM 9.00 MALAM, DEWAN ORANG RAMAI
KAMPUNG LONEK, JEMPOL SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN
BBK NSDK 2010
Lagu: Tasbih Cinta
Lirik: Haji Burn
Ciptaan: Nick CDRW
Lagu: Khazanah
Lirik: Dato' A. Samad Said
Ciptaan: Haji Mahzan Manan
Lagu: Kembara Di Tanah Gersang
Dapatkan Single Album Kumpulan ini...dipasaran akhir Disember 2010. PASTIKAN YANG ORI



Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter
