Menikmati jamuan bersama YB Tuan Ir. Iskandar selepas majlis perasmian, kami amat kagum dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh YB Tuan Ir. Iskandar.
Rabu, 11 Ogos 2010
Selasa, 10 Ogos 2010

Sememangnya, semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian...
Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan...
Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan...
Penuh ketenangan, menempuh dugaan...
Moga kita semua dirahmati-Nya,
Tuluslah dengan ALLAH SWT, tuluslah sesama INSAN...
Gapai takwa dan iman.
Isnin, 9 Ogos 2010
Ahad, 8 Ogos 2010
SEPETANG DI HUTAN LIPUR JERAM TENGKEK
Keindahan kawasan rekreasi Hutan Lipur Jeram Tengkek akan sentiasa menanti kedatangan pengunjung dengan panorama pelbagai jenis spesis tumbuhan, fauna dan flora dengan keaslian alam semulajadinya. Jeram ini terbentuk hasil gabungan sungai Jempol dan sungai Tanum mengalir membentuk beberapa air terjun semulajadi yang cantik tanpa sebarang pencemaran, amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan merehatkan minda di hujung minggu setelah penat berkerja. Kawasan ini mempunyai jeram setinggi 30 kaki dan tempat mandi manda semulajadi yang cukup menyeronokkan sedia menanti kedatangan pengunjung yang ingin mencari ketenangan sambil menghirup udara segar, bersih lagi nyaman.
Hutan Lipur ini terletak dalam kawasan Kompartmen 43 dan 45 Hutan Simpan Serting, dengan ketinggian lebih kurang 350 meter atas paras laut dan diklasifikasikan sebagai hutan Dipterokarp Bukit. Ianya boleh dihubungi dengan jalan raya melalui Seremban - Kuala Pilah - Batu Kikir - Padang Lebar, iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini amat kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai rupa bentuk dan saiz.
Sekitar kawasan Hutan Lipur ini terdapat dua buah perkampugan Orang Asli iaitu Kampung Guntur dan Kampung Chergun. Kesempatan yang ada pengunjung bolehlah meninjau dan mempelajari dengan lebih dekat budaya dan tradisi kehidupan Orang Asli di sini. Mereka amat menghormati dan mudah mesra dengan orang luar yang datang berkunjung ke Jeram ini.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti tempat letak kereta, surau, tandas awam, pondok rehat, chalet, gerai minuman ringan dan tapak perkhemahan yang dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Selasa, 3 Ogos 2010
TEMPAT DAN MASA YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DI BAITULLAHBatu bergayut dari Syurga. Dengan menciumnya akan mendapat keampunan dari ALLAH. Sesuatu yang telah disentuh oleh Nabi.
NO: 2 MULTAZAM
Tempat Nabi berdoa. Tempat meminta keampunan dan pelepasan dari neraka. (masa mustajab - tengah malam sehingga azan Subuh)
NO: 3 TEMPAT JIBRIL MENGIMAMKAN NABI SEMBAHYANG sekembalinya dari Israk Mikraj Sembahyang sunat adalah amat baik di sini.
NO: 4 TEMPAT ASAL MAKAM IBRAHIM
NO: 5 PANCURAN RAHMAT
Tempat meminta rezeki (masa - selepas Asar)
NO: 6 HIJIR ISMAIL
Sebahagian daripada Kaabah. Sembahyang di sini sama seperti sembahyang di dalam Kaabah.
NO: 7 MULTAZAM PEREMPUAN
Tempat meminta hindar daripada teraniaya & orang-orang zalim (masa - bila-bila masa).
NO: 9 MAKAM IBRAHIM - Tempat Berdiri Nabi Ibrahim
Tempat berdoa untuk kerukunan keluarga (masa - antara azan Subuh sehingga Iqamah).
NO: 10 PINTU BANI SYAIBAH
Tempat Nabi masuk sehingga digelar AL-AMIN. Berdiri di situ dan berdoa minta ALLAH memberi kita sifat amanah.
NO: 11 TELAGA ZAM-ZAM ASAL
Minta cahaya NUR dan MA'RIFAT (masa: antara azan Maghrib dan Iqamah)
NO: 12 TEMPAT DIMAKAMKAN 70 NABI-NABI sebelum Nabi kita. Antara HAJARTUL ASWAD, MAKAM NABI IBRAHIM dan TELAGA ZAM-ZAM yang asal.

















Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter
