Pakej Umrah/Ziarah 2018

Pakej Umrah/Ziarah 2018

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Pakej Pelancongan...

Pakej Pelancongan...

BADAL HAJI & UMRAH 2017

BADAL HAJI & UMRAH 2017

Fa Izin International Travel & Tours ..JOM DAFTAR SEGERA.

Fa Izin International Travel & Tours ..JOM DAFTAR SEGERA.
وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-6, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah awal Januari 2015. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Isnin, 1 September 2014

KERATAN AKHBAR

Harga minimum pakej umrah RM4,900
28 Ogos 2014 - Sinar Harian Online 
Jemaah Haji  
KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) hari ini menetapkan harga penunjuk aras untuk pakej umrah adalah sebanyak RM4,900 yang berkuat kuasa serta merta.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertindak selaku Pengerusi MKSU berkata, harga minimum pakej umrah itu meliputi pakej standard selama 12 hari 10 malam.


"Apa yang kurang daripada itu adalah satu penipuan," katanya kepada pemberita dalam sidang media berhubung penubuhan MKSU di sini hari ini.


Beliau berkata MKSU yang berkuat kuasa hari ini ditubuhkan bertujuan bagi menangani isu penipuan pakej umrah yang dianggotai 13 anggota termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia.


"MKSU akan berperanan dalam mengawal selia pengendalian pakej umrah serta bertindak sebagai pusat sehenti dan saluran terhadap segala aduan berkaitan penipuan pakej umrah," katanya.


Mohamed Nazri berkata, setiap agensi akan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada untuk bersama memantau isu penipuan pakej umrah.


"Penyaluran aduan dan maklumat akan jadi lebih sistematik dan tindakan penyelesaian terhadap aduan akan jadi lebih berkesan dengan penubuhan majlis ini," katanya.


Katanya kementerian tersebut juga akan membuat penurunan kuasa kepada Jawhar di bawah peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 bagi membolehkan Jawhar membantu dalam pemantauan dan penguatkuasaan terutama terhadap iklan pakej umrah di surau dan masjid seluruh negara.


Menurut beliau, antara peranan anggota majlis lain termasuk menetapkan mekanisme kawal selia pengendalian pakej umrah, merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam serta memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes penipuan secara bersepadu. - Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan