KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober,
demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed
Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia
Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah,
1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.
"Oleh yang demikian, Hari
Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada
hari Jumaat, 26 Oktober, 2012" katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama