Rabu, 26 September 2012
Selasa, 25 September 2012
PAKEJ 2013 - SAUDI AIRLINES (SV)
Jadual Penerbangan Saudi Airlines (SV), Penerbangan terus ke Madinah/Jeddah
Harga Dari RM 5390
mulai 20 Jan 2013
mulai 20 Jan 2013
Jan - Feb 2013
Mac
20113
April -
Mei 20113
Mei -
Jun 20113
Jun -
Julai 20113
KLIK IMEJ UNTUK
BESARKAN
Hubungi kami untuk tempahan/pendaftaran
Isnin, 24 September 2012
HARGA ISTIMEWA
PAKEJ UMRAH TRANSIT SINGAPURA + ISTANBUL 2013
Dengan penerbangan Turkish Airlines
Untuk
Umrah Ziarah Transit Singapura + Istanbul (Madinah & Mekah) diskaun RM 300/pax
sehingga
31 Disember 2012..daftar segera sementara tawaran masih ada.
Hubungi
Haji
Abu Bakar bin Haji Buyong
013
- 3807442
Harga Asal RM 6990
Harga
sekarang RM 6690
KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN
Selasa, 18 September 2012
Khamis, 13 September 2012
Selasa, 11 September 2012
Rabu, 29 Ogos 2012
UMRAH 2013
Makluman semua bakal-bakal jemaah umrah, jadual penerbangan untuk pakej umrah 2013 telah dikeluarkan, penerbangan awal dijangka awal Januari 2013. Jemaah yang berhasrat untuk melaksanakan umrah bersama kami ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. boleh hubungi wakil kami Haji Abu Bakar bin Haji Buyong, untuk tempahan dan pertanyaan di talian 013 380 7442 atau e-mail ujangwrj@yahoo.com. TUNGGU APA LAGI DAFTAR SEKARANG.
Selasa, 14 Ogos 2012
Isnin, 13 Ogos 2012
Isnin, 6 Ogos 2012
5M
- Memiliki Al-Quran
- Membaca Al-Quran
- Memahami Al-Quran
- Menghayati Al-Quran
- Mengamalkan Al-Quran
Ahad, 5 Ogos 2012
3 PERISTIWA PENTING RAMADAN
- Penurunan Al-Quran
- Perang Badar
- Pembukaan Kota Mekah
- Nuzul al-Quran: Berlaku pada tahun pertama kerasulan Rasullullah, ketika Nabi saw berumur 40 tahun, pada 17 Ramadan.
- Perang Badar: Perang Badar terjadi pada tahun ke-15 kerasulan Rasulullah, ketika Nabi s.a.w. berumur 55 tahun, dalam tahun 2 Hijrah pada 17 Ramadan.
- Pembukaan Kota Mekah: Pembukaan Kota Makkah berlaku pada tahun ke-21 kerasulan Rasulullah, ketika Nabi s.a.w. berumur 61 Tahun dalam tahun 8 Hijrah pada 10 Ramadan.
Khamis, 2 Ogos 2012
PENCEN UMUR 60 TAHUN
TAHUKAH...
Presiden Amerika ke-40 (1911 - 2004) Ronald Reagan merupakan seorang bekas aktor dan gabenor California. Beliau telah berlakon lebih 50 filem sepanjang tiga dekad bergelar bintang di Hollywood.
Rabu, 1 Ogos 2012
RAMADAN FASA KE -2
Jangan bersedih,
sebab qadha' sudah tidak boleh diganggu gugat,
yang telah ditakdirkan pasti terjadi,
dakwat pena telah kering menulis,
lembaran-lembaran telah dilipat,
pahala sudah mulai dihimpunkan,
dan dosa masih tetap diampuni,
Ya Allah berikan aku kekuatan iman dan kesihatan,
untuk rafak pada Mu.

FAKTA
'Orang bijak bercakap
kerana ada perkara yang
perlu diperkatakan.
Mereka yang bodoh (bercakap)
sebab mereka perlu berkata sesuatu'
kerana ada perkara yang
perlu diperkatakan.
Mereka yang bodoh (bercakap)
sebab mereka perlu berkata sesuatu'
- PLATO
Ahli falsafah klasik Greek, pakar matematik
dan anak murid Socrates dan guru pada Aristoteles
http://ms.wikipedia.org/wiki/Plato
Ahli falsafah klasik Greek, pakar matematik
dan anak murid Socrates dan guru pada Aristoteles
http://ms.wikipedia.org/wiki/Plato
Ahad, 29 Julai 2012
PANTASNYA MASA
Pejam Celik...kita sudah memasuki fasa ke dua Ramadan, pantasnya masa ini berlalu. Diharapkan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna di bulan penuh barakah ini.
"Masa adalah kehidupan" itulah ungkapan yang pernah disebutkan oleh Syahid Hassan Al Banna seorang tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20. Ada pepatah yang menyebutkan 'time is gold' iaitu 'masa adalah emas' tetapi emas masih boleh dibeli sedangkan kehidupan yang berlalu tidak akan diperolehi semula walaupun kita menangis air mata darah, walau kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada.
Seorang hukamak menyebut 'umur yang panjang janganlah dipendekkan dengan tidur'. Bayangkan sehari kita tidur 12 jam, jika kita hidup hingga berusia 60 tahun jadi 30 tahun daripadanya kita telah habiskan dengan tidur. Alangkah ruginya....kehidupan di dunia sementara ini yang sepatutnya kita jadikan medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi terabai begitu saja.
Hassan Al Basri pernah menyebut "Umur adalah hari-hari yang terkumpul" apabila berlalunya satu hari maka terungkailah sebahagian daripada umur kita, dan masa yang berlalu itu tidak akan berulang kembali.
Yusuf al Qaradawi berkata "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan tempoh kehidupan yang seketika ini sedang mereka akan menanggung akibat yang kekal abadi di Akhirat nanti. Bayangkanlah satu hari di Akhirat adalah seperti 100 tahun di dunia. Sanggupkah kita menempuh azab Neraka Allah walau sesaat.
Saya selalu berangan-angan kalau sekiranya saya dapat kembali ke zaman kanak-kanak...saya akan memanfaatkan setiap peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya...tetapi malangnya semua itu tidak mungkin akan berlaku. Seorang penyair Arab berkata melalui puisinya "Alaita as Syabab ya'uudul An - Alangkah baiknya kalau hari muda itu datang semula hari ini". Ketika itu dia sudah terlalu tua. Memang inilah fitrahnya manusia, kita sering menangisi masa silam yang suram, namun hari-hari yang sedang kita lalui tidak juga kita hiasi dengan amalan yang akan menjadi bekalan untuk hari esok.
Sebenarnya kehidupan kita hanyalah ada beberapa hari sahaja.

- Semalam - ianya terlalu berlalu pergi tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan melainkan penyesalan dan mengambil sebanyak mungkin pengajaran daripadanya.
- Esok - semuanya belum pasti, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.
- Hari ini - yang sedang kita hadapi dan merupakan peluang dan kesempatan untuk kita memanfaatkan sebaiknya.
Khamis, 19 Julai 2012
Rabu, 11 Julai 2012
JADILAH SEORANG YANG...
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah..
sumber: email daripada kawan

FIKIRKAN....
Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia
Yang dekat itu kematian
Yang besar itu hawa nafsu
Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas
Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabar
Yang sering lupa itu bersyukur
Yang membakar amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah
Yang berharga itu iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati
Yang ditunggu Allah swt itu TAUBAT.
(Imam Al-Ghazali)

Isnin, 9 Julai 2012
MERINDUI MUSIM HAJI 2006
![]() |
| perkhemahan jemaah haji di Mina |
![]() |
| tempat melontar Jamrat di Mina |
![]() |
| gambar kenangan di Arafah waktu pagi cuaca agak sejuk |
![]() |
| ayahanda di Mina bersama rakan sebilik |
![]() |
| bersama bonda di Mina...beli buah tangan untuk keluarga |
![]() |
| bonda..wukuf di Arafah 9 Zulhijah |
![]() |
| Jabal Nur, Mekah |
![]() |
| bersama ayahanda dan bonda di Jabal Rahmah |
![]() |
| perkataan ALLAH tertera di awam....gambar diambil di Jabal Nur sesi ziarah selepas haji |
Ahad, 8 Julai 2012
RENUNGAN...
Jadikanlah yang tebal itu iman
yang nipis itu lidah
yang tajam itu akal
yang lembut itu hati
yang ringan itu solat
yang berat itu pahala
yang halus itu ilmu
yang manis itu senyuman
yang tenang dan bahagia itu kemaafan
yang nipis itu lidah
yang tajam itu akal
yang lembut itu hati
yang ringan itu solat
yang berat itu pahala
yang halus itu ilmu
yang manis itu senyuman
yang tenang dan bahagia itu kemaafan
Jumaat, 6 Julai 2012
Langgan:
Catatan (Atom)

Kuala Lumpur Time
Makkah Time
Malaysian Ringgit Converter