UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Rabu, 30 Mei 2012

MEKAH, 25 APRIL 2012, RABU - MAKAN TENGAH HARI

WAKTU SARAPAN/MAKAN DI MEKAH
  • Sarapan pagi selepas solat Subuh
  • Makan tengah hari selepas solat Zohor
  • Minum petang selepas solat Asar
  • Makan malam selepas solat Isyak
  • Minuman panas/sejuk/roti 24 jam
Masakan yang disediakan amatlah bersesuaikan dengan selesa kita, iaitu masakan Melayu.  Kebanyakan bahan mentahnya dibawa dari Malaysia.   Untuk keselesaan jemaah, pihak syarikat juga menyediakan kemudahan 24 jam minuman panas, sejuk dan roti.  Jemaah boleh memanfaatkan kemudahan ini sepanjang berada di Kota Suci Mekah.  Selamat Menjamu Selesa.

Selasa, 29 Mei 2012

MEKAH, 25 APRIL 2012, RABU

Tiada atur cara khusus hari ini, jemaah digalakan memperbanyakan ibadah di Masjidharam atau melaksanakan umrah secara persendirian.  Aku mengambil masa yang panjang untuk berehat di bilik, agak terasa penat...penerbangan lebih kurang lapan jam antara KL - Jeddah, dan perjalanan dengan bas lebih kurang tiga jam antara Jeddah - Mekah.  Aku perlu mengumpulkan semula tenaga dan kekuatan fizikal, tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Tour Leader  kali ini sememangnya mencabar iaitu mengawasi jemaah seramai 190 orang, ini termasuklah memantau soal kebajikan, aktiviti jemaah dan sebagainya.
Buat masa sekarang ini, terlalu banyak pembangunan di sekitar Masjdilharam bagi kemudahan jemaah beribadah terutamanya perluasan dataran Masjdilharam.   Jemaah dinasihatkan memakai 'mask' bagi menutup hidung dan mulut daripada habuk yang boleh menyebabkan batuk dan demam.  Kerja-kerja pembinaan ini dijalankan 24 jam tanpa henti, apa yang difahamkan ianya perlu disiapkan sebelum tibanya bulan Ramadan akan datang bagi menampung peningkatan bilangan jemaah.


kerja-kerja naik taraf lantai dataran Masjdilharam
berhampiran Safwa Tower sedang giat dilaksanakan


Peta pembangunan Masjdilharam


Ahad, 27 Mei 2012

PENCURIKAH DIA

MASJIDILHARAM, 25 April 2012 (Rabu), 12.30 pagi
Setelah berkumpul dilobi hotel, kami bergerak ke Masjidilharam dalam satu kumpulan yang agak ramai diketuai oleh mutawwif yang dilantik oleh pihak syarikat iaitu Andalusia.   Sebelum masuk ke dalam masjid kami dinasihat supaya menyimpan selipar/sepatu di tempat yang disediakan atau di bawa bersama.  Kami memasuki masjid melalui pintu King Abdul Aziz, betul-betul berhadap dengan menara jam yang tertinggi di dunia.  Sebelum masuk mutawwif memimpin bacaan doa memasuki masjid.   Langkah demi langkah kami hayun menuju ke arah Kaabah yang mulia.   Kelopak mata antara kami mulai berlinangan dengan air mata, betul ke aku di sini...salah seorang antara kami bersuara perlahan, tapi aku mendengarnya.  Sekali lagi mutawwif memimpin bacaan doa ketika melihat kaabah yang mulia, perasaan syahdu dibayu angin malam yang agak nyaman.   Kami dibawa menuju ke lampu berwarna hijau bertentangan dengan Hajar Aswad untuk memulakan tawaf.   Sekali lagi mutawwif memimpin kami membaca niat memulakan tawaf.
"Ya Allah, aku hendak Tawaf Baitul-Haram, tujuh keliling.
 Tawaf 'Umrah, maka mudahkanlah untukku dan
 terimalah dariku, kerana Allah Taala"
Kami mulakan tawaf dalam satu kumpulan, mutawwif  dibarisan hadapan sekali sambil memimpin bacaan doa tawaf dan aku di bahagian belakang bersama Zul Bakar dan Zul Khalil, bahagian tengah adalah jemaah.  Selalunya beginilah aku lakukan agar jemaah tidak terputus dalam kumpulan.
Masuk pusingan ketiga betul-betul hadapan pintu kaabah, tiba-tiba seorang lelaki berkulit agak gelap berpakaian ihram berlari dengan agak laju dari arah  yang berlawanan dengan jemaah yang sedang tawaf.   Dataran kaabah ketika itu memang padat dengan jemaah yang sedang melaksanakan tawaf umrah mahupun tawaf sunat.  Kebiasaannya jemaah mengambil kesempatan untuk tawaf waktu sebelah malam, kerana siang hari cuaca di Mekah ketika ini agak panas sehingga mencapai 39C.
Rupa-rupanya lelaki itu dikejar oleh beberapa orang pegawai/pengawal Masjidilharam yang berpakaian biasa (jubah putih, kain serban berjalur merah).   Suasana menjadi agak kacau bilau dengan keadaan jemaah yang ramai.  Aku dapat perhatikan lelaki itu terjatuh dihadapan Hajar Aswad, aku tidak pasti sama ada dapat ditangkap atau sebaliknya.  Dalam keadaan kelam kabut inilah kumpulan kami terpisah antara satu sama lain.  Yang pasti aku, Zul Bakar dan Zul Khalil sahaja, yang lainnya aku tidak pasti di mana mereka.  Aku berdoa agar mereka dapat meneruskan tawaf masing-masing dengan sempurna, walau pun dalam keadaan pertama kali.   Aku berfikir tentu lelaki itu membuat kerja yang tidak baik atau Pencurikah dia...di hadapan kaabah pun manusia sangguh membuat kerja-kerja yang dilarang oleh agama.  Bagaimanakah di tempat lain?.   Sekiranya lelaki itu dapat ditangkap sudah tentu hukuman akan menantinya.
Kami bertiga meneruskan tawaf sehingga selesai iaitu tujuh pusingan.  Bagaimanakah Kak Ani, Azhar dan isterinya Yati?  Aku percaya mereka dapat melaksanakan tawaf dengan sempurna walaupun pertama kali menjejakan kaki di rumah Allah ini, Dia bersama kita...percayalah.
Selepas tawaf kami berdoa di hadapan Mutazam, tempat yang paling mustajap dan solat sunat tawaf berhampiran Makam Ibrahim dan berdoa.  Hati mana yang tidak sebak manakala berada di sini, tentunya tidak disedari air mata jatuh berderai.   Selepas itu kami bergerak menuju ke tempat se'ai, singgah untuk minum air zam-zam yang banyak disediakan di sini "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan ubat penawar bagi segala penyakit."
Kami mulakan se'ai dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali sehingga selesai, kemudian bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut.  Maka selesailah umrah pertama kami.
Kemudian kami berehat di Bukit Marwah...untuk menunggu masuknya waktu solat subuh, dengan harapan akan bertemu dengan jemaah yang lain.   Jam 3.30 pagi berkumandang azan pertama, memang menusuk kalbu, syahdu azan yang dilaungkan oleh Bilal yang bertugas pagi ini.
Sambil kami duduk, aku terlihat kelibat Azhar melintas hadapan aku.  Aku mengejarnya "Macam mana dah selesai" Azhar menjawap pendek "dah".  Jumpa Kak Ani dan yang lain, tanya aku.  "Ada, dia ke bilik air bersama Yati", jawab Azhar.  Aku rasa tenang mereka bertiga sudah selesai melaksanakan umrah pertama mereka dengan sempurna.
belakang kiri Makcik kesumayati, Kak Ani, Yati,
depan Makcik Kalsom
kiri belakang Makcik Kesumayati, Kak Ani,
 depan Makcik Kalsom dan Azhar
Jam 4.40 pagi, masuk waktu solat subuh sekali lagi azan dilaungkan.   Jemaah mula memenuhi ruang solat.  Kami mendapatkan ruang di dataran Kaabah yang sememangnya menjadi pilihan setiap jemaah, Alhamdulliah.   Kami tenang di sini.  Selesai solat subuh kami beredar dan balik ke hotel untuk sarapan pagi dan rehat.   Sarapan pagi hari ini nasi goreng, telur rebus, roti bakar dan air milo panas.  Tentunya sedap sekali.  Selesai sarapan kami naik ke bilik untuk rehat seketika setelah semalaman tidak berehat.   Sudah tentu kedatangan kita ke sini semata-mata hanya untuk yang Satu setelah kita diundang menjadi tetamuNya.  Amin.


KEMBARA JIWA DI TANAH SUCI 2012, 24 APRIL 2012, SELESA

KUALA LUMPUR-JEDDAH, 24 April 2012 (Selesa)
Aku bersama Mutawwif Ust. Mohd Syafiq Mokhtar dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jemaah umrah ANDALUSIA seramai 190 orang (188 dewasa, 2 kanak-kanak), dengan penerbangan Saudi (SV).  Ini adalah kali pertama aku membawa jemaah yang ramai, sebelum ini yang paling pun hanya 45 orang sahaja.  Aku sampai agak awal sedikit di KLIA iaitu jam 11.00 pagi dan terus ke tingkat 5, kuanter K untuk menyambut kedatangan jemaah dan membantu petugas Andalusia menguruskan bagasi, agihan beg kecil dan tanda nama jemaah.

Bersama Ust Syafiq
12.45 t/hari:  Talimat perjalanan oleh pegawai Andalusia Tuan Haji Mat, dan agihan pasport, broding pas dan kad suntikan kepada jemaah.  Urusan dapat diselesaikan jam 2.00 petang.
2.00 petang:  Solat Zuhur di surau KLIA dan memakai pakaian Ihram kerana kami akan terus ke Mekah.
3.00 petang:  Berlepas ke Jeddah dengan penerbangan SV821, semua jemaah nampaknya ceria satu jam selepas itu hidangan disajikan.

Hidangan dalam penerbangan ke Jeddah

Dalam penerbangan ini mata tak boleh lelap....oleh itu masa aku habiskan dengan banyakan berzikir dan menyemak buku panduan umrah, jam 10 malam (waktu Malaysia) hidangan minuman ringan disajikan.  Jam 6.15 petang (waktu Saudi) (11.00 malam waktu Malaysia) penerbangan kami melintas kawasan miqat iaitu Qarnul-Manzil semua jemaah diminta miqat umrah di sini.  Selepas itu jemaah digalakan untuk memperbanyakan bertalbiah.  Aku tidak dapat mengambil jemaah di dalam penerbangan kerana kamera aku termasuk dalam bagasi.

6.33 petang:  Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Haji, Jeddah.  Urusan mudah di sini tiada masalah.   Jemaah mengambil bagasi masing-masing, dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak di surau Lapangan Terbang.  Ust. Syafiq keluar lebih awal untuk menguruskan bas perjalanan ke Mekah. Dan aku terakhir sekali keluar dari Airport kerana ingin memastikan semua jemaah Andalusia dapat diuruskan sebaiknya kerana mereka adalah tetamu Allah.
pemandu ni boleh berbahasa Melayu

8.00 malam:  Kami bertolak ke Mekah dengan lima buah bas, setiap bas diiringi oleh seorang mutawwif.   Bagi jemaah yang pertama kali ke sini agak teruja melihat setiap permandangan yang di lalui.  Perjalanan dari Jeddah ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, dalam perjalanan ini aku lebih banyak tertidur kerana dalam penerbangan tadi aku tidak dapat melelapkan mata...kenapa, tidak tahu sebabnya.   Aku naik bas nombor 5 bersama 38 orang jemaah yang lain, termasuk 15 orang jemaah aku sendiri, iaitu, Kak Ani, Azhar, Yati, Makcik Kalsom, Pakcik Norzan, Makcik Nab, Nenek Haniffah, Zul Bakar, Zul Kahlil, Mas Warni, Makcik Khatijah, Rafiq, Pakcik Rahman, Makcik Kesumayati dan Makcik Norhani, aku amat kagum melihat mereka ini bergitu bersemangat sekali walaupun ada antara mereka menggunakan kerusi roda dan kerusi ketika bersolat.  Aku sentiasa berdoa agar mereka ini diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik supaya dapat menuaikan ibadah dengan sempurna dan dianugerahkan dengan umrah Maqbullah.  Basi kami diiringi oleh Ust. Anuar dari Medan, Indonesia.   Ust Anuar mengambil kesempatan ini memberikan penerangan kepada jemaah kelebihan Tanah Haram Mekah dan memimpin bacaan doa ketika memasuki Tanah Haram Mekah.

11.30 malam:  Kami selamat sampai di Kota Suci Mekah, dan ditempatkan di Hotel Royal Sultan, iaitu lebih kurang 150 M dari Masjidilharam.   Sesampai sahaja di lobi hotel, kami dibekalkan dengan kunci bilik masing-masing.  Beg besar kami diuruskan oleh pekerja hotel.   Aku sebilik dengan Zul Bakar dan Zul Khalil, iaitu bilik 705, manakala Rafiq, Azhar dan Pak Rahman sebilik, iaitu bilik 706.   Kami naik ke bilik masing-masing dan berehat lebih kurang setengah jam.

12.30 pagi:  Kumpulan kami, iaitu bas nombor 5 berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjidilharam dipimpin oleh mutawwif bagi menyempurnakan tawaf, se'ai dan bergunting bagi menyelesaikan umrah pertama kami.  Selesai umrah kami iktikaf di Masjidilharam hinggalah waktu subuh.   Selepas solat subuh barulah kami balik ke hotel untuk sarapan pagi dan berehat seketika.

BERTEMU KEMBALI...

Baru sekarang berkesempatan membuat catatan umrah 2012, sejak balik daripada melaksanakan umrah pada 7 Mei 2012 agak sibuk sedikit dengan tugas rasmi di pejabat.   Dan sekelumit ujian yang Allah berikan dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan.  Sesungguhnya ujian itu memberikan kita keinsafan.

Rabu, 28 Mac 2012

SEKITAR PENERANGAN DAN PROMOSI PRPM SEMPENA PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN, 3 - 8 MAC 2012, DI BALAI ISLAM KOTA BHARU, KELANTAN



Terima kasih kepada Pengarah, pegawai dan staf DBP Wilayah Timur kerana mengundang kami untuk turut serta dalam pesta ini. perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob

SEDAH..NYE

Ibu & Bapak.. Ambal sejenis hidupan lautan yang terdapat di lauatan sarawak Ketam...sedapnya.... Yang tinggal hanya pinggan...
Ambal masak pedas..aku tak berapa makan...tapi sahabat aku tu selera betul Sayur Maidin goreng

Baru-baru ini saya ke Sarawak atas urusan rasmi jabatan. Adalah sahabat sudi belanja makan makanan seafood di sebuah restoran makan laut yang terkenal di Sarawak. Memang sedap dan harganya agak murah jika dibandingkan di semenanjung. Pada sahabat terima kasih daun keladi.

Ahad, 19 Februari 2012

RENUNGAN BERSAMA: ALAM KUBUR

Sebelum kita dilahirkan kita berada di alam roh, kemudian berhijrah ke alam Rahim ibu selama sembilan bulan 10 hari, kemudian kita berhijrah pula ke alam dunia ini. Ketika kita berada di alam dunia hayat kita berbeza-beza ada hanya 1 hari, ada yang 20 tahun, ada 50 tahun ada sampai 100 tahun. Kemudian kita berhjirah pula ke alam kubur iaitu alam barzakh. Selepas itu kita ke alam akhirat. Aalam akhirat itulah yang kekal abadi. Itu terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada masuk syurga atau neraka.

Semasa kita berada di alam roh, Allah telah bertanya kepada kita, "bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Roh menjawab, "engkaulah Tuhan kami ya Allah." Atas pengakuan itu Allah tiupkan roh ke dalam Rahim ibu. Maka kita berada di dalam perut ibu kita. Dalam ibu perut ini kita hidup dalam air. Perut ibu ini memang pelik sekali, jika kembar 5 pun masih boleh muat lagi. Nabi telah mengambarkan perut ini seperti Mina di Mekah, berapa ramai jemaah haji yang datang pun masih mampu menampungnya. Biar yang datang itu berjuta orang Mina masih mampu menampungnya.

Setelah kita lahir, kita pun hidup...setelah kita hidup kita pasti akan mati.

bersambung.....
sumber: buku neraka dan alam roh.

Rabu, 15 Februari 2012

APA ITU BAITUL MAKMUR

Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawat menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy. Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau watu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil berstightar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi ini.

Kaabah kepunyaan sendiri yang terletak dilangit yang ketujuh. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil 'baitul makmur' dan terletak bertentangan dengan kaabah yang ada di bumi. Baitul Makmur itu berada di atas kaabah yang berada di bumi, sekiranya kaabah malaikat itu jatuh, maka ia akan menghempap kaabah yang ada di Makkah itu. Selain baitul makmur yang berada di bumi ketujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadah tempat para penghuni beribadah kepada Allah.

Allah telah bersumpah dengan baitul makmur di dalam al-quran sebagai mana firmannya yang bermaksud: 'dan demi baitul makmur'.

sumber: buku membongkar rahsia mekah dan kaabah

Khamis, 2 Februari 2012

PAKEJ UMRAH 2012


Tuan/puan yang berhasrat untuk menunaikan umrah/ziarah bersama kami (ANDALUSIA TRAVEL & TOURS) bimbingan Dato' Ustaz Hj. Mohd Daud Che Ngah bolehlah menghubungi wakil kami iaitu Haji Abu Bakar bin Haji Buyong, Tel: 013 380 7442 / blog: http://rafakhamba.blogspot.com untuk keterangan lanjut atau tempahan.

"ANDALUSIA PENERAJU PAKEJ UMRAH HARGA MURAH"

Ahad, 1 Januari 2012

DOA HARIAN

Doa Ketika Dalam Kesempitan

"Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang"