UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Rabu, 28 Mac 2012

SEKITAR PENERANGAN DAN PROMOSI PRPM SEMPENA PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN, 3 - 8 MAC 2012, DI BALAI ISLAM KOTA BHARU, KELANTAN



Terima kasih kepada Pengarah, pegawai dan staf DBP Wilayah Timur kerana mengundang kami untuk turut serta dalam pesta ini. perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad bin Haji Yakob

SEDAH..NYE

Ibu & Bapak.. Ambal sejenis hidupan lautan yang terdapat di lauatan sarawak Ketam...sedapnya.... Yang tinggal hanya pinggan...
Ambal masak pedas..aku tak berapa makan...tapi sahabat aku tu selera betul Sayur Maidin goreng

Baru-baru ini saya ke Sarawak atas urusan rasmi jabatan. Adalah sahabat sudi belanja makan makanan seafood di sebuah restoran makan laut yang terkenal di Sarawak. Memang sedap dan harganya agak murah jika dibandingkan di semenanjung. Pada sahabat terima kasih daun keladi.

Ahad, 19 Februari 2012

RENUNGAN BERSAMA: ALAM KUBUR

Sebelum kita dilahirkan kita berada di alam roh, kemudian berhijrah ke alam Rahim ibu selama sembilan bulan 10 hari, kemudian kita berhijrah pula ke alam dunia ini. Ketika kita berada di alam dunia hayat kita berbeza-beza ada hanya 1 hari, ada yang 20 tahun, ada 50 tahun ada sampai 100 tahun. Kemudian kita berhjirah pula ke alam kubur iaitu alam barzakh. Selepas itu kita ke alam akhirat. Aalam akhirat itulah yang kekal abadi. Itu terpulanglah kepada diri masing-masing sama ada masuk syurga atau neraka.

Semasa kita berada di alam roh, Allah telah bertanya kepada kita, "bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Roh menjawab, "engkaulah Tuhan kami ya Allah." Atas pengakuan itu Allah tiupkan roh ke dalam Rahim ibu. Maka kita berada di dalam perut ibu kita. Dalam ibu perut ini kita hidup dalam air. Perut ibu ini memang pelik sekali, jika kembar 5 pun masih boleh muat lagi. Nabi telah mengambarkan perut ini seperti Mina di Mekah, berapa ramai jemaah haji yang datang pun masih mampu menampungnya. Biar yang datang itu berjuta orang Mina masih mampu menampungnya.

Setelah kita lahir, kita pun hidup...setelah kita hidup kita pasti akan mati.

bersambung.....
sumber: buku neraka dan alam roh.

Rabu, 15 Februari 2012

APA ITU BAITUL MAKMUR

Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawat menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy. Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau watu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil berstightar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi ini.

Kaabah kepunyaan sendiri yang terletak dilangit yang ketujuh. Kaabah untuk malaikat itu dipanggil 'baitul makmur' dan terletak bertentangan dengan kaabah yang ada di bumi. Baitul Makmur itu berada di atas kaabah yang berada di bumi, sekiranya kaabah malaikat itu jatuh, maka ia akan menghempap kaabah yang ada di Makkah itu. Selain baitul makmur yang berada di bumi ketujuh, di setiap langit yang lain juga ada rumah ibadah tempat para penghuni beribadah kepada Allah.

Allah telah bersumpah dengan baitul makmur di dalam al-quran sebagai mana firmannya yang bermaksud: 'dan demi baitul makmur'.

sumber: buku membongkar rahsia mekah dan kaabah

Khamis, 2 Februari 2012

PAKEJ UMRAH 2012


Tuan/puan yang berhasrat untuk menunaikan umrah/ziarah bersama kami (ANDALUSIA TRAVEL & TOURS) bimbingan Dato' Ustaz Hj. Mohd Daud Che Ngah bolehlah menghubungi wakil kami iaitu Haji Abu Bakar bin Haji Buyong, Tel: 013 380 7442 / blog: http://rafakhamba.blogspot.com untuk keterangan lanjut atau tempahan.

"ANDALUSIA PENERAJU PAKEJ UMRAH HARGA MURAH"

Ahad, 1 Januari 2012

DOA HARIAN

Doa Ketika Dalam Kesempitan

"Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang"

Ahad, 27 November 2011

TAKLIMAT DAN PROMOSI PRPM SEMPENA SEMINAR AROWANA DI UNIMAS, KUCHING, SARAWAK 26 - 28 NOVEMBER 2011

Perasmian disempurnakan oleh wakil Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Mogan Dagang, Menteri Permodenan Pertanian Sarawak.

Isnin, 21 November 2011

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH


Tahniah kepada pasukan bola sepak kita yang telah menangi Pingat Emas malam tadi dengan mengalahkan pasukan Indonesia. Kami rakyat Malaysia mengucapkan tahniah...tahniah...tahniah. KITA BOLEH.


Khamis, 17 November 2011

SELAMAT KEMBALI

Selamat kembali ke tanah air buat Hajah Kak Zai dan Haji Z dengan membawa Haji Mabrur, setelah selesai menunaikan fardu Haji tempoh hari. Jadikanlah pengalaman di sana untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Jumaat, 11 November 2011

BERAKHIRNYA PROGRAM SALAM BAITULLAH

Setelah bersiaran selama 20 hari, hari ini berakhirlah Program Salam Baitullah 2011 (11/11/11). Program ini telah meruntum jiwa anak muda, dewasa mahupun wagra emas untuk menjejakan kaki di Baitullah. Walaupun saya telah 3 kali diberi peluang ke sana, tetapi perasaan rindu terhadap Baitullah tidak pernah luntur. Terima kasih penaja utama Bank Rakyat, RTM dan Tabung Haji. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa mendatang.

Selasa, 8 November 2011

KAMUS PERCUMA




Dapatkan Kamus dan Istilah PERCUMA: layari http://prpm.dbp.gov.my Martabatkan Bahasa Kebangsaan Kita. Sekarang saya berada di Sekolah Menengah Agama Datuk Mustafa, Serting Ulu, Batu Kikir, NS atas urusan sesi penerangan dan promosi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011.

Isnin, 24 Oktober 2011

PROGRAM SALAM BAITULLAH

Ikuti Program Salam Baitullah di RTM, TV1 mulai 23 Oktober 2011 - 11 November 2011, jam 9.00 malam hingga 10.00 malam untuk mengetahui perkembangan terkini jemaah haji Malaysia, dan bual bicara dengan tokoh-tokoh agama yang terkemuka.

Khamis, 20 Oktober 2011

Video YouTube Budak 2 Tahun Dilanggar & Digilis Van & Lori Di China



Sungguh Menyayat hati...semoga menjadi itibar kepada kita semua. Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun telah dilanggar dan digilis oleh sebuah van dan sebuah lori. Orang ramai yang melalui kawasan itu tidak memperdulikan keadaan kanak-kanak itu. Di manakah perasaan perikemanusiaan...? Komen anda.

Selasa, 18 Oktober 2011

TAUHID AL-ULUHIYYAH

(ertinya: Mengesakan Allah Pada Perbuatan Hambanya Yang Disuruh)

Dan bahawa Allah Ta'ala ketunggalan Ia dengan perbuatan hambaNya yang disuruh, seperti sembahyang, maka:


  • Tiada kita sembahyang, melainkan kerana Allah.

  • Dan jangan kita sujud, melainkan akan Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita bernazar, melainkan bagi Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita kerjakan ibadah, melainkan kerana Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita sekutukan Allah Ta'ala dengan yang lainnya pada ibadah kita.

  • Dann jangan kita menyembelih korban, melainkan bagi Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita menyembelih kerana hantu, tok keramat dan tok nenek.

  • Dan jangan kita harap, melainkan akan Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita takut, melainkan akan Allah Ta'ala.

  • Dan jangan kita minta tolong, melainkan akan Allah Ta'ala.

Kerana firman Allah Ta'ala, ertnya:- Dan sesungguhnya diberitahu kepada engkau, wahai Rasulullah dan kepada sekalian pesuruh yang dahulu daripada engkau. Demi Allah, jika menyengutukan engkau akan Allah Ta'ala pada ibadah - fardu takdir -,nescaya batal segala ibadah engkau, dan nescaya adalah engakau daripada sekalian yang rugi pada dunia dan akhirat. (Surah Az-Zumar: ayat 65).


sumber: Buku Anak Kunci SYURGA

Khamis, 6 Oktober 2011

TAZKIRAH HARI INI

TAUHID AR-RUBUBIYYAH
(MengEsakan Allah Ta'ala Pada Perbuatannya)


  • Tiada ada yang menjadikan, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang memberi rezeki, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang menghidupkan, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang mematikan, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang menurunkan hujan, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang memberi manfaat, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang memberi mudharat, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang menjadikan sakit, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang menyembuhkan, melainkan Allah Ta'ala

  • Dan tiada yang memberi bekas, melainkan Allah Ta'ala

Maka hantu, pelesit, tok keramat dan tok nenek, tiada memberi bekas mereka itu pada mendatangkan penyakit dan tiada pada menyembuhkan, kerana firmanNya: Ertinya: Dan demi Allah, jika bertanya engkau akan kafir-kafir Mekah dengan perkataan engkau: "Siapa yang menjadikan segala langit dan segala bumi?" Nescaya berkata mereka itu pada menjawabnya:"Menjadikan akan dia oleh Tuhan yang tiada baginya bandingan lagi yang sangat Mengetahui. (Surat Az-Zukhruf: Ayat 9).


Bahkan tiada ada perbuatan bagi yang lain daripada Allah Ta'ala, kerana firmanNya: Ertinya: Dan Allah Ta'ala menjadikan ia akan kamu dan akan perbuatan kamu. (Surat Ash-Shaffaat: Ayat 96).


Wallahu a'lam.

Selasa, 13 September 2011

MAKAN TENGAH HARI

Makan tengah hari bersama Sheikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Al Ghonim, Mufti Perancis yang dipinjamkan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir selepas beliau memberikan ceramah bertajuk 'Tranformasi Ramadan'. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam Bidang Fatwa, apa yang mengkagumkan saya ialah beliau amat fasih berbahasa Melayu, terutamanya loghat Kelantan. Masih muda, berumur 34 tahun. Kedatangan beliau ke sini adalah atas undangan Bank Islam Malaysia.


Sheikh Mohamed Abdul Aziz sedang memberikan ceramah dalam loghat Kelantan

Sheikh Mohamed Abdul Aziz bersama salah seorang pegawai Bank Islam Malaysia, yang turut hadir dalam ceramah yang diadakan di Dewan Seminar, Menara DBP, KL.

Isnin, 12 September 2011

SELAMAT BERANGKAT

Sujud ku pasrah diri

Tafakur ku di sini

Harap naungan Arsy Mu Ilahi

Di hari pembalasan nanti

Kebahagiaan hakiki yang dicari

Maghfirah Mu dipohoni

oleh: abby

Selamat berangkat ke Tanah Suci Madinah dan Makkah kepada Kak Zai, Haji Zack dan keluarga, syukur telah dipilih menjadi Tetamu-Nya. Didoakan dipermudahkan segala urusan di sana, selamat berangkat dan selamat kembali, membawa Haji Mabrur. Sesungguhnya Haji Mabrur itu balasannya adalah syurga.

Haji dan Umrah...
Ia datang dan berlalu saban tahun tanpa mungkir
Menggamit dan mengundang setiap hati, jiwa dan nurani suci
Insan kamil berjiwa kudus penuh bersenandung ikhlas dan tulus
Sujud pasrah dalam masjid mulia penuh barakah
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang penuh sejarah

Wahai saudara dan saudari bakal haji dan hajah yang dikasih
Bukan mudah menggarap haji yang mabrur
Ilmu dan persediaan harus tegar dan mantap
Minda harus positif, sihat dan terjurus
Fizikal mesti perkasa serta sihat
Hati dan niat harus ikhlas dan jujur
Manakala visi dan misi harus spesifik, telus dan jelas.

Rujukan: Buku Panduan Mengharap Haji Mabrur

Jumaat, 9 September 2011

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

Pengenalan


Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:


  1. Allah ciptakan Adam,

  2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,

  3. Allah mematikan Nabi Adam,

  4. Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram,

  5. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuannya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Kelebihan Solat Jumaat


Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM): http://pmr.penerangan.gov.my

Khamis, 8 September 2011

INGATLAH SAAT KEMATIAN


Wahai saudaraku ingatlah apa yang saya telah sifatkan dan hafal apa yang saya hikayatkan. Hendaklah engkau berpuasa dan berijtihad, taat kepada Tuhan hamba, menjaganya di waktu malam dan siang. Berdoa kepadanya di gelapan waktu-waktu sahur.

Wahai saudaraku umurmu adalah nafas-nafas yang terhitung, atasmu ada penjaga yang menghitungnya. Janganlah engkau lupakan maut kerana sesungguhnya ia tidak melupakan kamu, bersegeralah kerana sesungguhnya ia adalah nafas-nafas yang sekiranya ditahan atasmu nescaya ia terputus amalan kamu selama-lamanya.

Nafasmu keluar selama-lamanya, dan engkau berpisah dengan ahli keluargamu.

Maka ingatlah keadaanmu wahai yang lalai, pada hari engkau dibolak balikkan atas tempat pemandian oleh tangan orang yang memandikan. Kemuliaanmu telah hilang, hartamu telah dirampas, engkau dikeluarkan dari kekasih-kasihmu, anak-anak, cucu cicit yang mencintaimu.

Engkau akan dihantar dan dimasukkan ke dalam tanah dan diserahkan kepada penghuni bumi, engkau menjadi taruhan dalam liang lahad. Engkau ditangisi seketika kemudiaan dilupakan selamanya. Lalu berubahlah kebaikan dan keindahanmu, anggota-anggotamu rosak binasa, kain kafanmu hancur dan ulat datang memakan tubuhmu.

Lidahmu rosak dan matamu binasa seakan-akan engkau tidak pernah melihat dan bercakap.

Wahai anak Adam seakan-akan engkau dengan maut telah menduduki perkarangan kamu, ia menghalang kamu dari apa yang engkau inginkan. Engkau dalam keadaan nazak dan kesusahan yang amat sangat, ayah dan anak tidak dapat menolongmu, tidak ada persiapan yang boleh menyelamatkan kamu.

Tidak ada keluarga dan banteng kukuh yang boleh melindungi kamu, bukankah ia turun kepada kamu atas setiap keadaan. Maka sekarang sedarlah ketika masih berguna tangisan, sebelum tiba saat kerugian dan penyesalan.



rujukan: Buku Taman Nasihat Kebun Pendengar

Ahad, 4 September 2011

PUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL

Setelah seminggu kita merayakan AidilFitri bersama saudara mara dan keluarga tersayang di kampung mahupun di kota. Tetapi kita harus jangan lupa untuk melaksanakan segera Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal, dikenali juga dengan Puasa Enam.


Sabda Rasulullah SAW.: “Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruk-nya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.” (Riwayat Imam Bukhari).

FADILAT PUASA ENAM

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

PAHALA SETAHUN PUASA

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya menjadi 360 hari, ia menyamai jumlah hari dalam setahun iaitu 360 hari, Oleh demikian seolah-olahnya kita telah berpuasa sepanjang tahun.

Selasa, 16 Ogos 2011

VIDEO UMRAH SIRI-1, 16 - 31 MEI 2010





Sekadar berkongsi pengalaman, mungkin ada manfaatnya untuk kita bersama. Setidaknya meruntun jiwa kita untuk ke sana. Semoga Allah memberikan kita rezeki dan kesihatan yang baik, mudah-mudahan hasrat untuk ke sana mendapat restu-Nya. Amin.