UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 20 Mac 2011

Pertemuan singkat dengan Bapak Aidil Kamal daripada Aceh di TV ALHIJRAH, nombor 2 dari kiri.

Ahad, 20 Februari 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR, BATU KIKIR, NS
Inilah sekolah pertama aku.

Rabu, 16 Februari 2011

DAPATKAN ALBUM RAYYAN, TASBIH CINTA

Sila ke facebook RAYYAN untuk Pradengar Album

DISEBALIK TABIR 'TASBIH CINTA'
Penerbit eksekutif: Rayyan
Studio rakaman: Live Tech Productions
Susunan muzik: Nick CDRW, Haji Mahzan Manan,
Burn Crossfire (Quantize Studio)
Susunan vokal: Haji Mahzan Manan, Nick CDRW
Jurutera audio: Nick CDRW
Pemain seruling: Mohar Diman
Konsep & reka bentuk kulit album: Ahmad Hamzah
Seni khat: Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
Fotografi: Litebox Photo Studio, Studio PDM, DBP
Pengurus produksi: ABBY
Pengurusan artis: Rayyan
Terbitan dan edaran: Irama Studios Alamat: 47-2, Jalan Bandar Enam Belas, Pusat Bandar Puchong, 47100 Selangor Darul Ehsan. Tel: 013-3807442
Perhatian: Semua hak pengeluaran dan pemilik kerja-kerja rakaman dan karya-karya muzikal adalah terpelihara. Oleh itu, persembahan di khalayak ramai, penyiaran atau peniruan tanpa kebenaran adalah dilarang.
PESANAN ATAU UNDANGAN PERSEMBAHAN SILA HUBUNGI
Pengurus/Ketua Rayyan: 013 - 3807442

Selasa, 8 Februari 2011

KEM PAROI SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Sejarah Kem Paroi Seremban, mungkin ramai antara kita tidak mengetahuinya...layari blog ini yang ditulis oleh seorang Mat Saleh yang berpernah bertugas di Kem Paroi. http://twoflight.blogspot.com

Ahad, 30 Januari 2011

NABI-NABI YANG WAJIB KITA BERIMAN DENGAN
TAFSHIL ADA 25 ORANG, IATU:-
  1. Adam
  2. Idris
  3. Hud
  4. Shaleh
  5. Syu'aib
  6. Zulfikli
  7. Ibrahim
  8. Ishaq
  9. Ya'qub
  10. Nuh
  11. Daud
  12. Sulaiman
  13. Ayyub
  14. Yusuf
  15. Musa
  16. Harun
  17. Zakaria
  18. Yahya
  19. 'Isa
  20. Iliyas
  21. Isma'il
  22. Ilyasa'
  23. Yunus
  24. Luth
  25. Nabi Muhammad S.A.W.
MAJLIS ILMU
Malam tadi aku berkesempatan hadir dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus daripada Terengganu di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Kuliah bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam berkisar topik "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani". Memang hebat ustaz ni...dalam jangka masa dua jam rasanya tidak puas. Rupanya banyak lagi perkara yang perlu kita berlajar dan ketahui tentang agama ni.

Jumaat, 28 Januari 2011

GAMBAR JASAD FIRAUN ZAMAN NABI MUSA

Tulisan Arab di gambar itu bermaksud "Ambillah Iktibar wahai para pemandang (gambar)"

Khamis, 27 Januari 2011

ORANG YANG HEBAT

Orang yang hebat adalah seperti Lebah, yang mana akan:
  • Makan makanan yang baik
  • Hasilkan yang baik
  • Sumbangkan yang baik

sama-sama kita fikirkan.

Rabu, 26 Januari 2011

PERKONGSIAN ILMU
Melihat Keajaiban Kalimat Allah ILUSI PENGLIHATAN
Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat,
kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.
Tunggu 10 saat.
Lihatlah keajaibannya.
Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.
Tepat... sungguh indah sekali...
JEDDAH BANJIR LAGI
27/01/2011 3:31am

JEDDAH 27 Jan. - Hujan lebat yang turun mencurah-curah menenggelamkan beberapa jalan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi, Jeddah semalam.

Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya lagi banjir seperti 2009 yang mengorbankan lebih 120 nyawa.

Banjir itu mengakibatkan kereta-kereta yang terapung di beberapa jalan dihanyutkan ke sungai, sementara bau busuk memenuhi ruang udara disebabkan sisa kumbahan tangki bawah tanah melimpah dan bercampur dengan air banjir di bandar raya yang mempunyai seramai empat juta penduduk ini. - REUTERS

utusan Malaysia Online

Khamis, 6 Januari 2011

Rencana ini aku salin daripada email yang dihantar oleh salah seorang kenalan. Mungkin ada manfaatnya untuk kita bersama. Aku kurang pasti adakah fakta yang disampaikan tetap.

GAMBARAN KEADAAN HARI KIAMAT
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
    besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
    beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa
    malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

    o Pemimpin yang adil.
    o Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
    o Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
    o Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
    o Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
    o Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
    o Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW DI AKHIRAT

  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan Mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

  • Sedekah/amal jariahnya.
  • Doa anak²nya yang soleh.
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Rabu, 5 Januari 2011

LAMBAT SEDIKIT.....

Pagi ini hujan turun agak lebat...(hujang rahmat). Di Kuala Lumpur ini sudah menjadi kebiasaan kalau hujan, jalan raya akan menjadi lebih sesak terutamanya waktu-waktu puncak seperti sebelah pagi, tengah hari dan petang. Jadi, hari ini aku terlambatlah sedikit sampai ke pejabat (7.31 pagi), aku memilih WP1 iaitu waktu masuk pejabat 7.30 pagi dan waktu balik 4.30 petang. Namun begitu aku jarang balik jam 4.30 petang.

Ahad, 2 Januari 2011

TAMAT LATIHAN

18 Disember 2010, Kuching, Sarawak telah disempurnakan Majlis Tamat Latihan Polis di Pusat Latihan Polis Kuching Sarawak. Tahniah kepada adik (nombor 2 bongsu) atas kecekalan, ketabahan dan semangat yang jitu telah berjaya menamatkan latihan ini. Sebagai tanda sokongan beberapa orang adik, anak saudara dan ibu saudara turut hadir dalam majlis ini bagi meraihkan kejayaan yang penuh gemilang ini. Aku berhalangan untuk hadir bersama kerana kekangan tugas rasmi di pejabat. Tahniah semoga beroleh kejayaan dalam kerjaya yang diceburi.

Rabu, 29 Disember 2010

TAHNIAH....TAHNIAH....TAHNIAH

Tahniah buat pasukan Bola Sepak Negara, penyokong dan rakyat Malaysia semua. Kita Boleh... Terima Kasih PM kerana memberi cuti umum pada kami esok (31 Disember 2010).

Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri).
sumber: UTUSAN MALAYSIA ONLINE, 30 DIS 2010

Selasa, 28 Disember 2010

MINTA TOLONG

Tempoh hari aku dihubungi oleh Sipu (Haji Mahzan Manan) meminta aku menulis lirik lagu keroncong untuk dialbumkan. Mulanya aku terfikir juga boleh atau layakkah aku menulis lirik lagu?. Kalau nasyid tu...bolehlah...hanya suka-suka sahaja. Ini untuk dialbumkan dan dijual kepada khalayak umum. Tetapi Cikgu Mahzan menyakinkan aku..aku boleh buat. Dengan kepercayaan dan keyakinan yang diberi, pagi Jumaat 24 Disember 2010 dalam tempoh 3 jam lirik berjaya disiapkan, mungkin berkat hari Jumaat...idea datang tiba-tiba.
Lirik ini aku emailkan kepada Cikgu Mahzan untuk diteliti, alhamdulillah beliau menerimanya dengan pindaan dua tiga istilah. Lagu ini aku beri tajuk Hati Rindu.
Hati Rindu
Hati rasa sayu
Detik senja menjelang tiba
angin dingin menyaksikan
Sedih pilu..........
Ciptaan: HMM, Lirik: ABBY/24 Disember 2010
Inilah antara bait-bait yang terdapat dalam lagu Hati Rindu. Album ini diterbitkan oleh Irama Studios.

Isnin, 27 Disember 2010

BITARA

22 Disember 2010, Bertempat di Dewan Bankuet, Menara DBP. Kumpulan lagu Puisi Bitara telah membuat persembahan solo mereka sempena dengan majlis Perghargaan BBK 2010. Walaupun baru ditubuhkan sebulan yang lalu, namun kumpulan ini telah menunjukan kehebatan mereka tersendiri. Mereka membawakan lagu Masihkah Kau Ingat dan Penantian dengan penyanyi solo Sdr. Razid dan suara harmoni Sdr. Hamzah. Tahniah telah dapat mencuit hati pendengar.
kiri: Fazlan, Faisal, Razid, Hamzah dan Hafiz
Lokasi: Dewan Bankuet, Menara DBP