Pagi ini semua jemaah (190 orang) berkonvoi dengan lima 5 buah bas untuk melaksanakan ziarah luar Mekah. Jam 7.30 pagi (waktu saudi) jemaah berkumpul di lobi hotel mennunggu kedatangan bas yang akan membawa mereka. Jam 8.00 pagi kami bergerak (aku menaiki bas no. 5), bersama 38 jemaah dan 15 orang jemaah aku sndiri. Tempat pertama di ziarahi ialah:
BUKIT THUR
Terletak lebih kurang 27 km dari Masjidilharam. Di puncak bukit ini terdapat satu gua, di sinilah tempat persembunyian Baginda Rasulullah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar al-Shiddiq dikejar oleh kamu kafir Quraisy dalam perjalanan Hijrah dari Mekah ke Madinah. Betapa peritnya perjuangan Rasulullah bersama sahabatnya. Asmah binti Abu Bakar bertanggungjawab menghantar makanan sepanjang dua insan yang mulia ini berselindung di gua ini. Kita boleh bayangkan betapa jauh dan tingginya gua tersebut. Sudah pasti Asmah seorang wanita sangat susah untuk mendaki dan menyusuri jalan untuk sampai ke puncak. Inilah ertinya sebuah perjuangan. Sehingga Allah merakamkan peristiwa ini dalam al-Quran surah At-Taubah:40.
Bukit Thur |
Di kaki bukit ini telah bina rumah kedai dua tingkat menjual pelbagai jenis cenderamata dan pakaian. Jika anda ke sini, kedatangan anda akan disambut oleh beberapa orang artis yang comel (unta yang dihiasi dengan pelbagai hiasan). Sekali naik akan dikenakan bayaran 10 RS.
Jabal Rahmah adalah sebuah bukit di mana berlakunya pertemuan Nabi Allah Adam dengan Hawa setelah terpisah sekian lama selepas diturunkan oleh Allah ke bumi dari syurga. Kita boleh mendaki, tetapi tiada yang istimewa di atas bukit hanya tiang batu sebagai penanda semata-mata. Jemaah tidak digalakkan melakukan perkara mempunyai unsur khurafat, seperti mana dilakukan oleh mereka yang jahil.
PADANG ARAFAH
Tempat ini asalnya tandus hanya sebuah gurun sahara. Tetapi sekarang telah menghijau, banyak pokok-pokok yang ditanam oleh kerajaan Arab Saudi. Inilah tempatnya para jemaah haji berwukuf pada setiap 9 hb Zulhijjah pada musim haji.
MUZDALIFAH
Mudzalifah terletak antara Arafah dan Mina. Di sini jemaah haji memunggut anak-anak batu untuk di bawah ke Mina bagi melontar Jamrah.
MINA

Jemaah juga berpelung melihat kawasan Mina dan tempat melontar (Jamrah) dari dalam bas. Tempat ini hanya digunakan setahun sekali iaitu pada musim haji lebih tepat lagi 10 - 13 hb Zulhijjah, bagi melaksanakan lontaran jamrah sebagai simbolik kebencian kepada syaitan.
LRT, Mina |
LRT, MINA
LRT di Saudi hanya beroperasi setahun sekali iaitu dalam musim haji sahaja. Operasinya dijalankan oleh rakyat Malaysia iaitu oleh KTMB.
LRT di Saudi hanya beroperasi setahun sekali iaitu dalam musim haji sahaja. Operasinya dijalankan oleh rakyat Malaysia iaitu oleh KTMB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan