Peniaga di Masjid Ja'ranah |
Masjid Ja'ranah |
Selepas ziarah luar Mekah, jemaah terus dibawa ke Masjid Ja'ranah untuk miqat umrah kali ke-2. Ja'ranah diambil dari nama seorang wanita yang hidup di daerah tersebut pada zaman dahulu. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Fakihi dari Ibnu Abbas, bahawa surah al-Nahl ayat 92 ("Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali,...") turun pada seorang wanita Quraisy dari Bani Tim yang dijuluki dengan panggilan Ja'ranah. Wanita ini disihirkan sebagai seorang wanita yang terkenal dungu.
Sekarang Ja'ranah merupakan sebuah perkampungan di Wadi Saraf, jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidil Haram, sebelah Timur Laut. Air perigi Ja'ranah terkenal dengan keistimewaan rasanya, tetapi sekarang perigi ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi kerana banyaknya berlaku khrufah dikalangan jemaah umrah atau haji.
Sekarang Ja'ranah merupakan sebuah perkampungan di Wadi Saraf, jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidil Haram, sebelah Timur Laut. Air perigi Ja'ranah terkenal dengan keistimewaan rasanya, tetapi sekarang perigi ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi kerana banyaknya berlaku khrufah dikalangan jemaah umrah atau haji.
tumit ku pecah...lagi |
Selepas itu jemaah dibawa semula ke Masjdilharam untuk menyempurnakan tawaf, se'ai dan bergunting, maka selesai umrah buat kali kedua. Tetapi aku dan sahabat yang lain menyempurnakan tawaf, se'ai dan bergunting selepas solat Asar, kerana ketika ini cuaca agak sejuk sedikit dibandingkan waktu tengah hari tadi. Semasa se'ai tumit kaki aku dah mula pecah-pecah teramatlah sakitnya, pedih, urat betis dah mula menegang agak sukar untuk berjalan, tetapi aku gagah juga.
Selepas selesai melaksanakan umrah bawa Zul Bakar, Zul Khalil, Rafiq dan keluarga jalan sekitar sebelah masjid kuching. Tiada apa yang tinggal di sini, masjid kuching pun hanya tinggal nama sahaja telah dirobohkan (kenapa kerajaan Arab Saudi tidak memelihara tinggalan sejarah ini). Semasa aku menuaikan haji pada tahun 2006, aku tinggal di kawasan ini nama hotelnya Al-Khwah. Semua bangunan di sekitar kawasan ini telah dirobohkan untuk meluaskan dataran Masjdilharam bagi menampung bilangan jemaah semakin hari semakin bertambah.
Terma kasih Rafiq kerana belanja kami minum petang Roti Arab, kari Kambing, Sayur Salad dan Air Tin. Memang sedap 'gila', apa tidaknya perut tengah keroncong pulak tu.
Jam 6 petang kembali semula ke Masjidilharam untuk solat Margrib, tawaf sunat dan solat Isyak. 9.00 malam baru balik hotel untuk makan malam dan rehat setika.
10.00 malam jumpa Mutawwif Ust. Syafiq untuk serahkan senarai nama peserta tahlil, duit sumbangan jemaah untuk majlis tahlil, duit pembelian Al-Quran (wakaf) jemaah, duit pembelian 2 ekor kambing untuk jemuan sumbangan salah seorang jemaah.
Seperti biasa 3.30 pagi ke Masjdilharam beribadah, tahajud, taubat, hajat hingga solat subuh. 5.30 pagi balik hotel untuk sarapan pagi
sarapan pagi mee sup |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan