UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Ahad, 27 Mei 2012

KEMBARA JIWA DI TANAH SUCI 2012, 24 APRIL 2012, SELESA

KUALA LUMPUR-JEDDAH, 24 April 2012 (Selesa)
Aku bersama Mutawwif Ust. Mohd Syafiq Mokhtar dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jemaah umrah ANDALUSIA seramai 190 orang (188 dewasa, 2 kanak-kanak), dengan penerbangan Saudi (SV).  Ini adalah kali pertama aku membawa jemaah yang ramai, sebelum ini yang paling pun hanya 45 orang sahaja.  Aku sampai agak awal sedikit di KLIA iaitu jam 11.00 pagi dan terus ke tingkat 5, kuanter K untuk menyambut kedatangan jemaah dan membantu petugas Andalusia menguruskan bagasi, agihan beg kecil dan tanda nama jemaah.

Bersama Ust Syafiq
12.45 t/hari:  Talimat perjalanan oleh pegawai Andalusia Tuan Haji Mat, dan agihan pasport, broding pas dan kad suntikan kepada jemaah.  Urusan dapat diselesaikan jam 2.00 petang.
2.00 petang:  Solat Zuhur di surau KLIA dan memakai pakaian Ihram kerana kami akan terus ke Mekah.
3.00 petang:  Berlepas ke Jeddah dengan penerbangan SV821, semua jemaah nampaknya ceria satu jam selepas itu hidangan disajikan.

Hidangan dalam penerbangan ke Jeddah

Dalam penerbangan ini mata tak boleh lelap....oleh itu masa aku habiskan dengan banyakan berzikir dan menyemak buku panduan umrah, jam 10 malam (waktu Malaysia) hidangan minuman ringan disajikan.  Jam 6.15 petang (waktu Saudi) (11.00 malam waktu Malaysia) penerbangan kami melintas kawasan miqat iaitu Qarnul-Manzil semua jemaah diminta miqat umrah di sini.  Selepas itu jemaah digalakan untuk memperbanyakan bertalbiah.  Aku tidak dapat mengambil jemaah di dalam penerbangan kerana kamera aku termasuk dalam bagasi.

6.33 petang:  Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Haji, Jeddah.  Urusan mudah di sini tiada masalah.   Jemaah mengambil bagasi masing-masing, dan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak di surau Lapangan Terbang.  Ust. Syafiq keluar lebih awal untuk menguruskan bas perjalanan ke Mekah. Dan aku terakhir sekali keluar dari Airport kerana ingin memastikan semua jemaah Andalusia dapat diuruskan sebaiknya kerana mereka adalah tetamu Allah.
pemandu ni boleh berbahasa Melayu

8.00 malam:  Kami bertolak ke Mekah dengan lima buah bas, setiap bas diiringi oleh seorang mutawwif.   Bagi jemaah yang pertama kali ke sini agak teruja melihat setiap permandangan yang di lalui.  Perjalanan dari Jeddah ke Mekah akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih, dalam perjalanan ini aku lebih banyak tertidur kerana dalam penerbangan tadi aku tidak dapat melelapkan mata...kenapa, tidak tahu sebabnya.   Aku naik bas nombor 5 bersama 38 orang jemaah yang lain, termasuk 15 orang jemaah aku sendiri, iaitu, Kak Ani, Azhar, Yati, Makcik Kalsom, Pakcik Norzan, Makcik Nab, Nenek Haniffah, Zul Bakar, Zul Kahlil, Mas Warni, Makcik Khatijah, Rafiq, Pakcik Rahman, Makcik Kesumayati dan Makcik Norhani, aku amat kagum melihat mereka ini bergitu bersemangat sekali walaupun ada antara mereka menggunakan kerusi roda dan kerusi ketika bersolat.  Aku sentiasa berdoa agar mereka ini diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik supaya dapat menuaikan ibadah dengan sempurna dan dianugerahkan dengan umrah Maqbullah.  Basi kami diiringi oleh Ust. Anuar dari Medan, Indonesia.   Ust Anuar mengambil kesempatan ini memberikan penerangan kepada jemaah kelebihan Tanah Haram Mekah dan memimpin bacaan doa ketika memasuki Tanah Haram Mekah.

11.30 malam:  Kami selamat sampai di Kota Suci Mekah, dan ditempatkan di Hotel Royal Sultan, iaitu lebih kurang 150 M dari Masjidilharam.   Sesampai sahaja di lobi hotel, kami dibekalkan dengan kunci bilik masing-masing.  Beg besar kami diuruskan oleh pekerja hotel.   Aku sebilik dengan Zul Bakar dan Zul Khalil, iaitu bilik 705, manakala Rafiq, Azhar dan Pak Rahman sebilik, iaitu bilik 706.   Kami naik ke bilik masing-masing dan berehat lebih kurang setengah jam.

12.30 pagi:  Kumpulan kami, iaitu bas nombor 5 berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjidilharam dipimpin oleh mutawwif bagi menyempurnakan tawaf, se'ai dan bergunting bagi menyelesaikan umrah pertama kami.  Selesai umrah kami iktikaf di Masjidilharam hinggalah waktu subuh.   Selepas solat subuh barulah kami balik ke hotel untuk sarapan pagi dan berehat seketika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan