Hari ini, masuk hari ketiga kami berada di Kota Suci Mekah...tenang, damai, syahdu rasanya. Tidak perlu fikirkan untuk pergi ke pejabat, trafik jem, masalah di pejabat dan macam-macam lagi. Fikiran selalunya berserabut dengan kerana duniawi. Di sini setiap saat, detik digunakan untuk mendapatkan kereda'anNya. Masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Hati sentiasa gelora ingin menatap Kaabah yang mulia...kaki ini ditari di dataran Mu tawaf tawaduk penuh keinsafan atas kesilapan ini. Ku salut tubuh ni dengan ihram Mu, semoga Kau terima segala permintaan ku.
Ya Allah ampunkan segala dosa-doa ku, Dosa kedua ibu bapa ku, Kau kasih dan sayangi mereka seperti mana mereka mengasihi dan menyayangi ku semasa kecil ku anugerahkan mereka kekuatan iman kesihatan yang baik sepanjang hayat. Ampunkan dosa kakak, adik-adik ku, anak saudara ku, adik ipar ku, abang ipar ku, kaum keluarga dan sahabat handai yang tercinta. Kau anugerah kami pancaran iman yang terang benderang bak bulan purnama. Amin.
sesungguhnya ketenangan jua yang dicari... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan